Tahun 2012 – Hidup untuk lebih kacak

Posted on by titan

Ya, kita sudah masuk tahun 2012. Semuanya nampak indah. Yang buruk, biarlah kita tinggalkan pada tahun 2011. Dan dengan itu, aku nak beritahu yang blog ini hanya akan aku tulis jika ada benda penting dan ada benda yang aku nak sampaikan. Yang lebih, aku akan cerita kat sini >> earncent.com/blog

Jadi, harap tidak ada yang keliru. Blog tersebut akan jadi medan utama untuk aku menulis dan berkongsi tentang apa-apa yang aku rasa perlu. Yang penting, blog-blog kendalian aku akan terus kacak dan membantu korang semua berdasarkan pengalaman aku yang tidak seberapa ini.

Baru sahaja tamat Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang berlangsung pada bulan Oktober 2011. Aku dah umumkan keputusan pemenang pada hari ini. Boleh rujuk disana jika mahu. Dan insya-Allah aku akan anjurkan dalam 3 pertandingan sepanjang tahun 2012 jika dipanjangkan umur dan jika ada apa-apa yang menghalang.

Blog aku masih banyak yang diperbaiki. Theme baru blog ini pun aku main pilih aje. Takde niat lagi nak tukar theme baru, begitu juga dengan blog lagi satu. Yang aku utamakan adalah menjana pendapatan melalui blog-blog aku. Harap apa yang aku dapat nanti dapat membantu aku untuk bayar bil sana-sini sikit dan tidak menyusahkan sesiapa.

Semoga, tahun 2012 ini akan lebih kacak berbanding tahun-tahun lepas.

Ps: Tema tahun 2012 – Hidup untuk lebih kacak.

Popularity: 1% [?]

Posted in news, titan | Tagged blog earncent, blog titan, blogger 2012, earncent, hidup untuk lebih kacak, tahun 2012, titaniumhijau