Kategori: Peribadi | 3 May 2012 |
Bukan Merungut Cuma Berkongsi Jalan Hidup

September 2009 – Januari 2012 suami saya bertugas di negara kedua terbesar di benua Afrika, Algeria. Walaupun terletak di benua Afrika, penduduknya adalah  campuran Arab dan Perancis yang berkulit putih dan berhidung mancung.

Bukan di tengah bandar kotaraya tetapi  tempat kerjanya jauh di tengah benua merentasi timur dan barat Algeria.

spacer

Algeria bukanlah negara maju, menurut suami keadaannya adalah seperti Malaysia 30 tahun dahulu. Cuba bayangkan  infrastruktur Malaysia di tahun 70′an-80′an.

Selama tempoh bertugas di sana, perhubungan sejauh lebih 10,500 ± kilometer  tidak pernah menjadi masalah.  Negara  4 musim itu mempunyai jaringan komunikasi yang sangat baik.

Dengan perbezaan masa 7 jam, setiap jam 7 malam waktu Malaysia saya akan menunggu di depan komputer untuk bervideo call memandangkan di sana adalah waktu rehat ( waktu makan tenghari ) jam 12 tenghari.  Semua cerita anak beranak tidak pernah ketinggalan.

Kami boleh meraikan ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan hari raya secara langsung melalui komputer masing-masing.  Boleh merasai semua keadaan walaupun jarak jauh.

Hanya sesekali kami mengalami gangguan internet tetapi talian telefon bimbit tidak pernah menjadi masalah.  Bila-bila masa ada talian dan boleh berhubung.  Berskype, yahoo video call atau gunakan applikasi percuma viber.

 

spacer

Kembali ke masa sekarang……

Mac 2012 – Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ( Tasik Kenyir ) Malaysia negara membangun, canggih , hebat .  Jaraknya cuma  400± kilometer dari rumah.

Tiada internet – wifi apalagi.  Viber jauh sekali.  Video call jangan mimpi!

Talian telefon yang terhad – Hari Jumaat apabila suami memandu keluar ke perkampungan terdekat ( lebih kurang 30 KM ) untuk sembahyang Jumaat, barulah kami boleh membuat panggilan secara jelas.

Suami bekerja 10 jam sehari berterusan untuk 3 minggu dan mengambil cuti terkumpul untuk balik bercuti 3 hari.  Memandu 6 jam untuk balik dan 6 jam lagi untuk kembali semula ke tapak projek.

Inilah kisah perkahwinan jarak jauh kami – kepada pasangan lain yang bertuah mempunyai keluarga lengkap , bersyukurlah.  Peliharalah dengan sebaiknya.  Janganlah terlalu demand  masing-masing nak menang.  Bukan ada piala pusingan pun!

Tolak ansur dan terima jalan hidup kita seadanya  adalah kunci penting untuk mendapatkan kesejahteraan dalam perkahwinan.  Tak kiralah perkahwinan jarak jauh atau perkahwinan depan batang hidung. ( tatau antonim yang betul )

©kujie – ini bebelan dari entri wordless wednesday semalam tu……

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
spacer
Kujie
View all posts by Kujie
Kujies website

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Jauh Bukan Berjauh Hati
  2. Hidup ini bukan sekadar untuk ketawa
  3. Saya Bukan Ranking Ke 16 Dunia!
  4. Jalan Pandang Depan…
  5. Tak Setuju Tak Apa , Cuma Mohon Untuk Difahami
Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru …Cuma Ajakan »

53 Berkongsi Rasa!

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.