.

Friday, April 6, 2012

Home » +dunia hiburan+ » Alhamdulillah, akhirnya Yatt Hamzah Bertudung.

Alhamdulillah, akhirnya Yatt Hamzah Bertudung.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

spacer

 

Yatt Hamzah Bertudung Takut Azab Allah

Oleh: EDITORIAL MH
Tarikh: 5 April 2012
Jika minggu lepas Abby Abadi melakukan penghijrahan dengan imej bertudung,hari ini seorang lagi dramatis mengikut jejak sama iaitu Yatt Hamzah.

Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata;

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.

"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak.
spacer spacer spacer

syira qahira : semoga yatt hamzah akan terus kekal begini bersama teman-teman seperjuanganya yang baru bertudung seperti abby abadi, diana amir dan teh shuhada.
 
google Tags: +dunia hiburan+, artis malaysia bertudung, yatt hamzah pakai tudung akhirnya, comelnya yatt hamzah bertudung, cerita artis malaysia
  • spacer
  • spacer
  • spacer
  • spacer
  • spacer
  • spacer

6 comments

spacer
Reply
CintaZulaikha
April 6, 2012 10:11 PM spacer

yatt sebijik macam cikgu skolah, hehe...alhamdulillah, yatt ikhlas tuk berhijrah. ini

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.