spacer

Mohd Nazmi Faiz Mansor di Portugal

faura / May 17, 2012 / 19 comments

spacer

spacer

spacer

Kehadiran Mohd Nazmi Faiz Mansor di Portugal untuk menjalani latihan pemilihan di kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar telah mendapat liputan meluas daripada akhbar dan juga blog blog di sana. Hasil carian aku di Google, kehadiran beliau juga turut mendapat liputan dari negara jiran. Ini mungkin kerana beliau di pilih berdasarkan bakat dan merit.

Mohd Nazmi Faiz berpeluang ditawarkan kontrak untuk bermain dengan kelab yang berpangkalan di bandar Aveiro, Portugal itu sekiranya beliau mampu memikat pengurusan kelab tersebut. SC Beira-Mar merupakan kelab yang pernah dibintangi legenda Portugal, Eusebio da Silva .

Nampaknya satu lagi bintang berbakat besar dapat dilahirkan oleh negara kita. Walaupun sepatah haram aku tak faham apa yang mereka tulis tu. Tetapi aku harap nanti ada berita gembira buat seluruh peminat bolasepak di Malaysia.

Sesi ujian akan bermula dari 13 hingga 21 Mei .Semoga berjaya Mohd Nazmi Faiz Mansor .

Category: Sukan / Tags: Mohd Nazmi Faiz Mansor bakal lagenda bolasepak, Mohd Nazmi Faiz Mansor jalani ujian di portugal, Mohd Nazmi Faiz Mansor SC Beira-Mar

Gambar helmet Zulfahmi Khairuddin

faura / May 15, 2012 / 26 comments

spacer
New Design By Zaki Airbrush & Design.. #63

Sebentar tadi Zulfahmi Khairuddin baru saja mempamerkan Helmet SHOEI baru yang telah di gunakan oleh beliau semasa perlumbaan di twitter dan FB. Memang design yang baik dan cantik yang menyerlahkan lagi nama negara di mata dunia. Terbaiklah!!!

Category: Sukan / Tags: design helmet zulfahmi khairudin, helmet shoei zulfahmi khairuddin

Bento Box kreatif

faura / May 15, 2012 / 30 comments

Pernah dengar pasal Bento Box ?. Yang aku tahu Bento Box merupakan bekal makanan tengah hari yang disediakan oleh masyarakat Jepun untuk dibawa oleh anak anak mereka ke sekolah.

Bento Box akan dihias dengan cantik untuk menarik minat anak supaya mereka boleh mendapatkan makanan seimbang. Contohnya seperti gambar di bawah.

spacer

Read more

Category: Kongsi cerita / Tags: bento box makanan kesihatan, bento box menakutkan, gambar bento box

Perlukah sambut hari ibu

faura / May 13, 2012 / 18 comments

spacer

Tiap tiap kali tibanya sambutan hari Ibu maka banyaklah ulama yang akan bercanggah pendapat dan mengeluarkan hukum berkenaan sambutan tersebut. Ada yang mengatakan haram di sisi agama Islam dan ada yang berkata ianya adalah harus selagi tidak melanggar hukum Syarak. Hari Ibu di sambut Bukan hanya di Malaysia dan Eropah malahan negara negara Arab juga menyambut hari Ibu.

Biarlah alim ulama ini berdebat mengenai hujah mereka berkenaan hukum sambutan hari Ibu. Bagi aku senang saja. Kalau korang rasa hukumnya adalah HARAM, Maka jangan sesekali korang sambut hari Ibu. Tetapi jangan pula korang mencela mereka yang berpendapat hukumnya adalah HARUS. Hormatilah pandangan sesama kita, bukankah itu lebih baik.

Hari Ibu bagi aku adalah setiap hari yang aku lalui. Selagi aku masih bernafas di dunia ini pastinya Ibu sentiasa dihati dan fikiran aku. Setiap hari aku berdoa untuk Ibu. Ya ALLAH panjangkanlah umur Ibuku dan berikanlah kesihatan yang baik kepadanya. Setiap kali melihat Ibu tertawa dan makan masakannya, aku merasakan bahawa ianya adalah satu nikmat yang tiada tolok bandingnya yang ALLAH kurniakan.

Mungkin aku tidak mahu meletakkan hari Ibu pada satu tarikh khusus yang tertentu. Tetapi percayalah bahawa setiap Ibu yang mempunyai anak pasti akan menyimpan hasrat untuk sekurang kurangnya menerima ucapan ataupun ciuman kasih dari anaknya pada setiap sambutan hari Ibu. Belum pernah lagi aku mendengar ada Ibu yang memarahi anaknya kerana menyambut hari Ibu. Cuba kita lihat di TV. Pasti ada siaran berkenaan hari Ibu dan sudah pastinya Ibu kita akan tahu bila tiba tarikhnya. Ibu tidak akan meminta sesuatu dari kita semasa sambutan hari Ibu tapi sebagai anak janganlah pula kita buat bodoh ajer macam orang yang tidak mempunyai perasaan.

Raikanlah Ibu kita pada setiap detik dan waktu selagi kita masih berkesempatan.
SELAMAT HARI IBU buat kedua dua Ibu kami Zainah bt Yusup dan Hamisah bt Md yusuf, tak lupa juga kepada semua wanita yang bergelar Ibu.

Ikhlas
RAHMAN DAN FAUZIAH.

spacer
Category: Kongsi cerita / Tags: doa buat ibu, hukum sambutan hari ibu, sambutan hari ibu, ucapan hari ibu
« Older Entries  
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.