Biodata

spacer

Dikenali dengan panggilan Jie @ Kak Jie, Berkahwin dan ibu kepada  3 orang anak yang sedang meningkat remaja.  Along  20 tahun Angah 18tahun  dan Intan 13 tahun.

Dilahirkan di Baling, Kedah pada 18hb April .  Pertama kali menjejak kaki ke ibu negara Kuala Lumpur pada tahun 1987. Berkahwin dengan Encik Ann yang berasal dari Sabak Bernam Selangor pada 18hb September 1991. Beliau sekarang bekerja di Camp 4, Constantine, Algeria untuk COJAAL (Consortium Japaneas Autoroute Algeria) ( dah balik Malaysia 1/2/2012 dan sekarang bekerja di Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu )

Menjawat jawatan rasmi sebagai Domestic Engineer suri rumahtangga sepenuh masa selepas melahirkan anak pertama.

 

Tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan dapat menyesuaikan diri mengikut persekitaran. what you see is what you get  kind of person!

Sejarah saya seorang blogger

Saya bermula dengan blogdrive ( masih ada dan masih boleh dilogin ) pada 20hb September 2005 dan jatuh cinta untuk kali pertama dengan blogspot pada Julai 2006 yang telah menjadi arwah akibat penjenayah cyber.

spacer
Post pertama saya sebagai seorang blogger – sangat daif! Dapat 2 komen.

Tanggal 2hb May 2007 saya bermula sekali lagi dengan kujie2.blogspot.com .

spacer
Entri pertama menggunakan jenama ‘kujie2′. Entri  dua huruf itu mendapat 8 komen dari teman-teman rapat.  Entri ini lahir selepas kekecewaan saya akibat kehilangan blog ( 5 kesemuanya ) dan akaun gmail yang telah invalid.   Diceroboh , mungkin.

Alhamdulillah saya sentiasa mendapat sokongan dari teman² dan kerana mereka saya sentiasa belajar dan berkongsi. Saya akui, saya tidak mempunyai kemahiran menulis dengan hebat tetapi saya harus akui saya mempunyai kemahiran untuk berkawan. Anda semua adalah teman² yang sangat saya hargai kerana tanpa jemu menjadi kekuatan untuk saya terus berblogging.

Saya suka membaca kerana terlalu banyak maklumat baru di internet yang akan saya temui dan keinginan saya tidak pernah terhenti untuk mencuba dan belajar berbagai perkara baru dalam hidup.

Sebagai seorang surirumah sepenuh masa  yang lahir di akhir tahun 60′an dan cuma mendapat pendidikan setakat SPM ( itu pun gred 3 ) saya sangat teruja dengan segala makluamat dan informasi baru yang saya temui setiap hari .

spacer
Blog kujie2.blogspot.com pernah berada pada top 10k  di Technorati.

Suatu hari saya terfikir untuk berkembang ( tak sedar diri, selama ini dah kembang macam telan mauripan ) dan bergerak lebih kehadapan. Saya ingin memiliki ‘kad pengenalan’ alam maya sendiri.  Punya domain sendiri.

Pada 19hb Jun 2008, saya telah membeli domain kujie2.com. Ku adalah nama keluarga , Jie adalah panggilan dari arwah bapa mertua saya yang sepatutnya menjadi Zie. Angka 2 adalah pelengkap Jie2 = JITU melambangkan semangat yang teguh.

Lahirlah kujie2.com.

Saya beruntung kerana mempunyai kawan dilingkungan yang sangat rajin membantu. Sebagai seorang yang buta IT, saya perlu berada di kalangan ‘geek’ untuk mendapatkan ilmu.

Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga.  Jangan menjadi seperti lalat,  kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.

Ramai rakan-rakan yang menyumbang idea, pertolongan atau kritikan untuk membangunkan blog ini.  Sumbangan mereka sangat dihargai.

Blog bagi saya adalah medium untuk membina perhubungan , berkongsi rasa, pendapat dan pengetahuan. Apa yang saya kongsi bukanlah semata-mata kisah peribadi hidup tetapi pengajaran atau tips yang boleh dikutip untuk generasi muda sekarang.

Bagaimana saya mengembangkan kujie2.com?

Saya sentiasa percaya, setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang baik juga. Saya tiada masalah untuk berkongsi dan membimbing blogger² baru untuk memulakan blog mereka dan saya amat yakin akan tibalah harinya Allah mengirimkan seseorang untuk menolong saya kelak.

Saya pembaca – minat membaca dan dari situlah berbagai info dan tips telah saya kutip untuk memajukan blog ini. Kalau tanya saya, apa tips dan panduan untuk berjaya sebagai blogger,  jawapan saya satu – banyaklah membaca blog orang lain dan kutip yang positif. Jangan sesekali membesarkan yang negatif kerana perasaan tersebut sedikit demi sedikit akan mengambil ruang positif , motivasi diri yang ada dalam diri kita.

Berbeza generasi tetap mempunyai pertembungan pendapat dan pemikiran tetapi kenapa harus mencari hal yang boleh merenggangkan perhubungan?

Setiap di dunia ada dua sisi – baik dan buruk, cantik dan hodoh atau suka dan tidak. Jadi untuk hidup dengan lebih positif, anggun dan awet muda , ambil saja sisi-sisi indah, yang baik untuk meneruskan kehidupan. Kalau mahu diselongkar benda-benda buruk, hitam atau negatif, seribu satu senarai boleh kita catitkan.

Bina kekuatan dari dalam diri bukan sibuk untuk menyingkap tabir hidup orang lain sehingga masa dihabiskan dengan mencatit tiap salah dan silap orang.  Hidup kita bukannya lama, sementara masih berkesempatan menulis, jagalah supaya apa yang akan ditinggalkan nanti tidak membebankan diri di ‘sana’.

Masa depan kujie2.com

 

kedudukan semasa kujie2.com

Semuanya bergantung pada takdir – Qada dan Qadar.  Saya hanya makhluk yang tidak mungkin menyingkap rahsiaNya.   Apa-apa pun yang terjadi kepada blog ini – semuanya atas ketentuan Allah.

Saya tidak takut untuk kehilanganya kerana jika takut atas kehilangan, jangan sesekali kita berani untuk memiliki .  Tiada yang kekal !

Jika sekiranya memerlukan bantuan dan pertolongan, bolehlah meninggalkan pesanan anda di Tanya Kak Jie, atau  Hubungi Kak Jie atau ikuti saya di twitter.com/kujie
****************************************************************

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.