spacer

Amalan-Amalan Yang Melapangkan Rezeki

by wazy on May 18, 2012 · 3 comments in Tazkirah

Assalamualaikum…

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan Diri Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

spacer                                                             Gambar Dari Google
[Teruskan Membaca…]

spacer

Wordless Wednesday #21

by wazy on May 16, 2012 · 4 comments in Wordless Wednesday

Tips Untuk Tidak Malas Update Blog

by wazy on May 15, 2012 · 6 comments in Blog

Assalamualaikum…

Sejak akhir-akhir ini saya lihat ramai blogger yang lahir dengan blog masing-masing.Pelbagai niche dan genre pun ada,jika dah ada blog tentu kita kena kemaskini atau update blog ye tak ? Tak kisah la update sehari satu entri atau dua hari satu entri.Dan yang paling penting,blog anda sentiasa mempunyai perkembangan terkini dan terbaru.

Mungkin semua blogger dah melalui perkara ini termasuklah saya sendiri,iaitu Penyakit Malas Nak Update Blog.Antara sebab-sebab terjadinya faktor tersebut mungkin terlalu sibuk dengan kerja atau urusan harian.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit Tips Untuk Tidak Malas Update Blog,mungkin dah ramai rakan-rakan blogger mengamalkannya dan sedang mengamalkan salah satu tips ini.Antaranya ialah :-

Tentukan Hari Menulis Blog

Untuk tips ini,kita mesti tetapkan pendirian untuk menulis di blog contohnya pada setiap hari Isnin,Selasa Dan Rabu dapat menulis satu tajuk untuk dikongsikan oleh pelawat blog.Boleh juga untuk selang seli dua hari dengan satu entri,mana-mana pun tak kisah,janji kita boleh tumpukan penulisan di blog dengan lebih konsisten.
[Teruskan Membaca…]

Slot Akasia Seindah Sakura TV3

by wazy on May 14, 2012 · 0 comments in Slot Akasia

Assalamualaikum…

Setelah Slot Akasia Cinta Buat Emelda sampai ke episod akhir,Seindah Sakura mula menemui penonton pada 7 Mei 2012 dan boleh disaksikan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam sebanyak 24 episod.Drama Seindah Sakura di adaptasi dari Novel Seindah Sakura karya Liza Zahira.Slot Akasia Seindah Sakura Tv3 ini merupakan arahan Zul Huzaimy Marzuki dan Terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd.Manakala Mohd Ruslan Osman dan Tengku Noraishah Tengku Hj Ab Aziz selaku penerbit.

Drama Slot Akasia Seindah Sakura Tv3 menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala Fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah.Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan ramai lagi pelakon hebat. Drama Seindah Sakura menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.

Sinopsis Seindah Sakura

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seorang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah .Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.
[Teruskan Membaca…]

  • Iklan Sponsor

    spacer
  • Arkib Blog

  • Pengomen Tegar

    • spacer Jebeng Otai™ (5)
    • spacer akubiomed (4)
    • spacer onlajer (4)
    • spacer Denaihati (2)
    • spacer sweetkurma (2)
    • spacer adamfaiz (1)
    • spacer Affan Ruslan (1)
    • spacer azmanisma (1)
    • spacer beckhr00y (1)
    • spacer By Carlos Hemet (1)
  • Entri Hangat

    • iPad 2 Idamanku - 6,161 views
    • Gadjet Impian : iPad 2 - 2,531 views
    • Permulaan Dunia Baru - 2,170 views
    • 3 Panggilan Seumur Hidup - 2,038 views
    • Slot Akasia Cinta Buat Emelda TV3 - 2,028 views
    • Promosi Hebat Dari Studio Inspirasi NS - 1,880 views
    • Derhaka…Adakah Hanya Anak Kepada Ibubapa ? - 1,602 views
    • Slot Akasia Tentang Dhia TV3 - 1,498 views
    • Tahniah Harimau Malaya - 1,278 views
    • Gambar Menarik #1 - 1,221 views
  • spacer
    spacer
    spacer
    spacer
  • Page 1 of 2812345...1020...»Last »

    gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.