Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

Posted on by hazman
18

Tengahari semalam….

Mak saya mengajak kami ( saya + ayah ) untuk makan NASI ARAB di bangi dan restoran

yang jadi pilihan sekarang nie ialah…. RESTORAN MY RICE BANDAR BARU BANGI…

rasanya mak saya amat tertarik dengan tawaran ” produk kecantikan PERCUMA ” untuk

setiap pembelian rm50 …. hehehhee

spacer

Signboard yang agak besar dengan warna kuning menjadi warna korporat restoran nie…

untuk sampai ke sini ianya terletak di SEKSYEN 8 BANGI ( sebaris MFC CHICKEN ) dan

andai hendak menuju PKNS BANGI pastinya anda boleh nampak restoran ni terletak

di seberang jalan sebelah kanan anda….

spacer

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya singgah makan di restoran nie di mana sebelum

nie kali pertama saya makan NASI ARAB SAUDI

spacer

Saya pesan NASI ARAB DAMSYIK AYAM manakala ayah saya pesan NASI ARAB

DAMSYIK KAMBING….

spacer

Manakala emak saya order NASI ARAB MANDY AYAM… dan harga sepinggan ialah

rm13.80 untuk kambing tambah lagi seringgit rm14.80

spacer

Kalau pergi restoran makanan arab atau makan nasi arab mesti saya pesan minuman

yang ada unsur NEGARA TIMUR TENGAH nie…. Arabian Iced Tea …

spacer

Inilah ruang meja makan di restoran MY RICE BANDAR BARU BANGI … simple tapi

selesa juga bagi saya….

spacer

spacer

NASI AYAM MANDY untuk emak saya…. dan apa yang anda boleh lihat set nasi arab

nie semuanya dihidangkan bersama dalca , acar dan timun salad – tanpa sambal

tomato yang biasa kita lihat di restoran makanan arab yang lain… kiranya fusion la nie…

spacer

spacer

NASI ARAB DAMSYIK KAMBING untuk ayah saya….. memang kegemaran beliau kalau

dapat makan nasi arab nie mesti nak pesan lauk kambing…. nasib baik diorang tak jual

susu kambing kan…. hehehehe

spacer

spacer

And lastly…. NASI ARAB DAMSYIK untuk diri saya…..nasinya agak berbeza dari segi

rempah ratus yang digunakan berbanding dengan NASI ARAB MANDY…. dan ada dua

ketul ayam….isinya memang lembut , mudah untuk dimakan….sedap dicicah bersama

‘ KUAH DALCA ‘ yang unik rasanya….

Okey ….

Kepada sesiapa yang nak terjah ke RESTORAN MY RICE BANGI ini alamanya :-

No. A-3A, Seri Bangi 

Jalan 8/35 , Seksyen 8

Bandar Baru Bangi 

Selangor

Tel : 03-89223436

Email : myrice.aspirasioptima@gmail.com

Twitter This
Posted in Makanan Sedap | Tagged jjcm bangi, nasi arab bangi, resepi nasi arab damsyik, resepi nasi arab mandi, restoran makanan arab, restoran my rice bangi, tempat makan sedap bangi | 18 Replies

Radio ERA.fm dan HITZ.fm promosi OH My ENGLISH…

Posted on by hazman
6

Semalam saya berkesempatan untuk menonton rancangan Oh My English !

sebuah rancangan pendidikan yang membantu dan mengajar kita untuk

menggunakan perkataan di dalam bahasa inggeris dengan betul….

spacer

Rancangan ini disiarkan setiap hari AHAD pada pukul 10-11 pagi di saluran

TVIQ – astro 610 .. Kalau dilihat fokus rancangan ini lebih kepada pelajar

sekolah rendah dan menengah… sebenarnya kita yang dewasa ini pun boleh

dapat manfaatnya….

spacer

Pada saya watak yang menarik perhatian ialah…. AZLIN lakonan si cantik manis

IZARA AISHAH …. Dan menariknya ada stesen radio yang terlibat dalam iklan promosi

OH MY ENGLISH nie…

Video promosi OH MY ENGLISH radio HITZ.FM

Video promosi OH MY ENGLISH radio ERA.FM

 

p/s : Saya pun masih lagi memperbaiki bahasa inggeris saya agar lebih baik….

Twitter This
Posted in informasi | Tagged astro tvIQ 610, gambar izara aishah seksi, oh my english, oh my english tv commercial, radio era.fm, radio hitz.fm, rancangan tv pendidikan | 6 Replies

Gambar & Video gol KELANTAN vs SIME DARBY -Piala FA 2012

Posted on by hazman
8

spacer

Setelah sekian lama menunggu akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan

bola sepak THE RED WARRIORS – Kelantan dengan menewaskan pasukan

SIME DARBY FC… 1-0 dengan jaringan penalti

spacer
sumber
Gelagat penyokong Kelantan sebelum perlawanan akhir Piala FA, petang tadi.

Kelantan vs Sime Darby [1-0] Final Piala FA 2012 | Gol Ghaddar

Twitter This
Posted in Sukan | Tagged aksi final piala fa, gelagat penyokong the red warriors, jaringan penalti ghaddar, kelantan vs sime darby, pasukan the red warriors, sime darby vs kelantan, video gol kelantan vs sime darby | 8 Replies

Layan FINAL PIALA FA sambil makan PUTU PIRING + TEBALOI MUKAH

Posted on by hazman
8

Malam nie pasti nya ramai peminat bolasepak MALAYSIA akan meluangkan masa

untuk menyaksikan perlawanan akhir PIALA FA …. Tidak kiralah menontonnya

melalui siaran langsung di televisyen mahupun pergi terus ke Stadium Nasional

Bukit Jalil….

spacer
 sumber

Namun saya dah rancang dah aper yang saya nak makan semasa rehat 15 minit

separuh masa pertama nanti di samping mendengar celoteh para pengulas sukan tu

nanti…

spacer

Ni dia…. TEBALOI dari MUKAH, SARAWAK….. merupakan makanan dalam kategori

‘snek crackers’ yang amat sesuai di makan bersama air teh ‘o’ panas…. Kalau tak

percaya cuba BLOGGER PEMINAT TEGAR FATIN LIYANA nie….

spacer

Dan ini pula adalah ramuan untuk TEBALOI MUKAH SARAWAK nie…. dan skang ni

siap ada perisa pandan , coklat dan strawberi lagi siot….

spacer

Dah settle makan tebaloi tu…. makan pulak putu piring nie…. memang best apabila rasa

kelapa tu masuk mulut…. dan mengikut harga pasaran skang nie rm2 = 5 keping putu

pilih…. cuma skang nie agak sukar nak cari orang yang jual putu bambu ( buluh )…..

 

p/s : Apa lagi makanan yang best sambil tengok GAME BOLA kat tv yea ????

Twitter This
Posted in Makanan Sedap, Umum & Santai | Tagged kelantan vs sime darby 2012, live streaming final piala fa, replika piala malaysia, siaran langsung skrin besar final piala fa, sime darby vs kelantan 2012, the red warriors | 8 Replies

KELANTAN vs SIME DARBY 2012-THE RED WARRIOR bakal julang Piala FA

Posted on by hazman
4

Saya ada terbaca info mengenai bahawa malam ini ada majlis pelancaran

CITRAWARNA 1MALAYSIA 2012 yang akan berlangsung di DATARAN MERDEKA pada

malam ini…. Akan tetapi saya lebih yakin tumpuan akan lebih diberikan kepada

perlawanan akhir PIALA FA 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil…

spacer

Penyokong pasukan the RED WARRIORS sudah tentu akan memenuhi

sebahagian besar tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil….. dan kita tahu

semangat mereka menyokong pasukan amatlah tinggi termasuklah gadis

mahupun wanita….

spacer
sumber
Kapten pasukan Sime Darby Es Lizuan dan Kapten Kelantan Mohd Badhri Radzi bergambar bersama Piala FA baharu pada sidang akhbar Perlawanan Akhir Piala FA 2012. Sime Darby memandang tinggi kemampuan pasukan Kelantan namun menjanjikan suatu saingan sengit sementara Kelantan tetap menghormati pasukan Liga Perdana itu yang telah menumbangkan juara bertahan tahun lalu Terengganu pada peringkat separuh akhir. Kedua-dua pasukan bakal akan berusaha untuk memenangi piala tersebut buat kali pertama.
Dan untuk penyokong pasukan bolasepak kelantan SAYA SHARE DIKIR WARRIOR untuk

anda semua….

Dikir Warriors MHI TV3

 

p/s : Pasukan mana yang anda sokong KELANTAN atau SIME DARBY ???

Twitter This