HAZMAN VS FOOD ( 30 Satay Ayam + 4 Nasi Himpit )
First of all….
Saya nak ucapkan terima kasih kepada PAKAR INTERIOR DESIGN blogger yang baik
hati telah buat post entry khas untuk promosikan HAZMAN vs FOOD nie….sungguh
terharu la rasanya….
Beliau juga ada suruh saya jadikan APAM BALIK PASAR MALAM untuk jadi makanan
untuk slot HAZMAN vs FOOD…. InsyaALLAH cadangan itu kan lakukan bila saya masuk
syif pagi….. ( baru boleh singgah pasar malam kan…. )
Pada hari Isnin lepas…. ada PASAR TANI kat taman rumah saya dan niat di hati tidak
kesampaian sebab tak de orang jual APAM BALIK huhuhu…. then lepas tawaf DUA KALI
saya decide terus beli sate ayam je laaa…. Sekali tengok gambar di atas rasanya pasti
tak dapat agak kan brapa cucuk sate dalam plastik tue …. betul tak ?
Nasi himpit ataupun ketupat segara nie saya amik dalam empat bantal ( paket ) je….dan
anda perasan kan skang orang jual just ada timun je…. dah takde lagi bawang-bawang
macam time kita muda-muda dulu…. ahakssss
Mula-mula saya terfikir la brapa la patut saya beli untuk slot nie kan….Kalau SEPULUH tu
memang suatu kebiasaan , LIMA PULUH tu macam belum boleh lagi…. so saya amik
TIGA PULUH sebagai aksi panas perut la kan….
Peringkat awal …. saya makan dalam 10 CUCUK dengan cara biasa je…. sambil makan
nasi himpit tu seketul seketul la kan cicah kuah kacang tu…. tapi rasa macam lambat la
pulak kan…. then terus saya….
Amik baki DUA PULUH cucuk sate ayam yang tinggal letak kesemuanya dalam bekas
mangkuk kuah kacang…. setelah diasingkan dari lidi sate tue…GAUL sebati lepas tu
makan macam biasa je guna sudu dan garfu…. hehehehe…. SETTLE HABIS termasuk
la dengan nasi himpit tue…..
Dan mulai hari ini saya MOHON UNDIAN rakan-rakan dan PEMBACA BLOG
HAZMANFADZIL.COM untuk vote saya untuk
NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT
Sila klik pada BANNER atau LINK di atas untuk berikan UNDIAN anda…. Segala undian
anda amatlah saya hargai….semuanya akan berikan perangsang untuk saya jadi
FOOD BLOGGER YANG HEBAT….
p/s : Kalau tak menyusahkan UNDILAH SETIAP HARI yea… hik3x
35 thoughts on “HAZMAN VS FOOD ( 30 Satay Ayam + 4 Nasi Himpit )”
Fuhhhh..terbaekk bro..
JAI´s last [type] ..Identiti Datuk J Kontroversi Dengan Tasha Shilla Dibongkar oleh Blogger?
Jejai : Kalau dapat makan MEE KOLOK + MEE JAWA + SATE + MEE SAPI + NASI AROK…. baru la terbaek…. hahahaha
hazman aka species1980´s last [type] ..Wordless Wednesday : Wajah Ayu Duta Safa Restaurant Ampang
wah.. sedapnyer.. buat rasa nak makan jer…
Redlomo : selalu kalau kuah die sedap memang set sate jadi best…. suka makan sate aper yea ?
hazman aka species1980´s last [type] ..Cubaan makan 1,000 biji gula-gula @ manisan ( IDEA )
pehhh..smpi 30cucuk ko bantai bro??? power r!:-p
JAMAR : Okey la bro… kategori sederhana la nie…. kalau LIMA PULUH yess… power rangers….hehehe
hazman´s last [type] ..Hazman vs Food ( Kepak + Dada + Drumstik + Rangka Ayam )
Abg Man.. Makan2 jugak.. tapi kesihatan kena jaga yer..
Tapi sate tu sedap.. hihihi..x de bawang lah best..
Nurul : Sebab tu la skang nie minum nesvita OATMEAL tue… untuk KASI BALANCE skit….
hazman´s last [type] ..Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA
mana leh bergantung pd tu je…sila la jg pemakanan anda…kami plak yg risau huhu
afasz´s last [type] ..Jom Cek Tulang
Faz : thanks again…. kalau cenggitu kena fikir makan salad SUPER SIZE la pulakkk
hazman´s last [type] ..HAZMAN vs FOOD ( Ayam Kicap + Sotong 3 Rasa + Daging Merah + TELUR BUNGKUS )
Bagus2.. Kesihatan kena jaga k..
30 untuk aksi panas perut?? STEADY!!!
gamep01nt´s last [type] ..Tragedi Asam Gelugor
Gamepoint : thanks sebab singgah blog nie…. 30 puluh adalah kadar yang saya rasa mampu tanpa fikir2x banyak … my target LIMA PULUH CUCUK….
hazman´s last [type] ..Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA
pakar ker ? malu nya :p wow 30 batang.. eliss boleh habiskan 20 batang kot :p tapi nak daging laa semuanya. ayam kalau part yang ada kulit2 suka la..hehehe
eliss´s last [type] ..Doktor suruh saya kurangkan berat badan, cis !
Eliss : Kalau wanita makan 20 cucuk tu dah kira hebat la bagi saya… anyway rugi kalau makan sate kulit…UNTUNG kat tukang jual la dapat jimat daging ayam tue… hehehehe
hazman´s last [type] ..HAZMAN vs FOOD ( OBLONG AYAM + DAGING + KAMBING )
wow satay..akak pun suka gak ni..
ada org nak belanja burger bakar kaw-kaw??? wah dia pun ajak akak gak ni
Kak Ina : si eyriqazz laaa…. dia kan suami yang kesunyian dan keseorangan skang nie…hehehehe
hazman aka species1980´s last [type] ..Hazman vs Food ( Kepak + Dada + Drumstik + Rangka Ayam )
terbaik la bro.
Bro,