Lama tinggalkan blog

Posted on by Sobri Mansor
6

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Jangan terkejut dengan entri yang aku buat ni. Tiba-tiba muncul. Tak tau khabar berita dan diam membisu hampir 2 minggu. Aku bukan sengaja mendiamkan diri. Tetapi atas sebab kehendak kerjaya yang menyebabkan blog ini ditinggalkan buat sementara waktu. Dalam masa aku tinggalkan blog ini, aku hanya sempat membuat sesi blog walking ke blog rakan-rakan yang lain. Dalam  masa itu juga, blog aku tidak boleh diakses selama hampir seminggu dek kerana gatalnya tangan aku ini buang satu security plugin yang aku pasang. Menggelabah puyuh aku. Cuba mintak bantuan dari penyedia hosting. Alhamdulillah, support yang diberikan memang mengagumkan diri aku ini. Blog aku masih boleh diselamatkan. So, aku jadikan pengajaran agar selepas ini, tangan aku ni jangan menggatal-gatal unutk buang security plugin sesuka hati aku lepas nih. Kena try dan error dulu. hehehehehe

spacer

Contest Cabaran SEO Lelaki Kacak yang bro Titan anjurkan tu masih lagi aku ikut. Pantang aku bukak laptop ini dan melayari internet, perkara pertama yang akan aku buat adalah melihat siapa yang duduk di tangga pertama carian keyword “Lelaki Kacak” di google. Memang bersaing sengit sekarang nih.

Aku tak sempat nak print screen kedudukan teratas mereka yang mendominasi kedudukan dalam cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 seperti mana yang aku dah buat sebelum ni. Mungkin korang boleh tengok dan cari sendiri. Lepas tu, boleh update dalam entri ni sebagai panduan kepada rakan-rakan yang lain. Entri lelaki kacak aku pun dah tak tau duduk mana. Dekat atas pokok ke, bawah meja ke, dibelakang logo carian google ke?

Dalam masa blog aku sunyi sepi sebelum ni, aku minta maaf pada rakan-rakan yang pernah menziarah blog ni tapi aku tak balas balik kunjungan korang tu. Bukab aku nak sombong tapi atas sebab-sebab tertentu. Insyaallah aku takkan hampakan harapan korang tu. nanti aku buat kunjungan balas ye.

Ok lah. Masa pun tak mengizinkan. Jarum pendek pada jam dinding pun dah nak tunjuk hampir ke angka 9. Masa untuk keluar keluar keje dah.

Jumpa lagi. Upssssssss, entri ni aku buat dari android phone guna aplikasi wordpress for andriod. Memang terbaikkkkkk.

Posted in Sembang2 | 6 Replies

Kekasih gelapku meragam

Posted on by Sobri Mansor
11

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Semalam aku bernasib baik sebab dapat mengelak dari menolak kereta. Panjang juga cerita yang aku nak kongsikan dengan korang nih. Korang nak gelak ke, nak guling-guling ke, itu korang punyer pasal. Janji aku puas hati sebab dapat luahkan kepenatan aku petang semalam dek kerana kekasih gelapku meragam tiba-tiba.

spacer

Nak jadikan cerita, mula-mula jadi kereta aku meragam, di tengah panas matahari terik terpacak dekat kepala, air-cond kereta aku tak berapa nak sejuk. Puas aku cuba on dan offkan. Sama je. Aku terus matikan air-cond dan berdesup pergi ke Puchong. Dalam perjalanan nak ke Puchong, aku cuba juga hidupkan air-cond. Sejuk kejap je. Lepas tu panas balik. Aku matikan balik suis air-cond. Bila sampai je dekat tol dari Putrajaya nak menghala ke Puchong, betul-betul turn aku untuk bayar tol, kekasih gelapku tiba-tiba mati. Aduh…. janganlah buat hal dekat sini. Time aku dekat tol nak bayar ko buat perangai pulak. Aku cuba juga start enjin tak juga berjaya. Belakang aku ada la kereta 3 biji beratur nak bayar tol juga. Aku buat bodoh je. Cuba juga hidupkan enjin. Awek yang jaga tol tu suruh aku jalan ke depan juga. Apa punyer turrr la. Tak nampak ke kereta aku tak jalan. Siap pasang lampu kecemasan lagi. Tangna dia suruh juga aku jalan. Kereta belakang jangan katalah. Hon banyak kali lah. Last-last aku keluar dari kereta suruh diorang masuk lane lain untuk bayar tol. Orang yang lalu semua tengok aku buat muka pelik. Lama juga aku dekat lane tu. Awek yang jaga tol dekat lane aku boleh pulak suruh aku keluar dari lane. Tetiba temperature kepala aku naik. Tapi aku sabo lagi. Dalam 10 minit duduk jadi tunggul dekat situ, aku cuba start enjin, alhamdulillah hidup. Terus aku bayar duit tol sambil aku perli balak awek tol tu. Aku ambik resit tol dan berenti dekat tepi.

Dah berenti, aku bukak bonet depan. Bukak je bonet, terkejut aku. Minyak hitam kereta aku dah memercik keluar. Aku tak tau keluar dari mana. aku bukak tangki radiator. Terkejut beruk aku sebab kosong terus. Patut la tetiba dia mati sebab suhu enjin jadi panas. Terus minta bantuan kawan aku yang kebetulan memang duduk dekat Puchong juga. Minta tolong bawakan 2 botol air kosong. Dalam kereta aku memang dah takde stok air kosong sebab aku tertinggal dekat rumah.

Kawan aku sampai dalam 10 minit. Bagi botol air mineral. Terus aku tuang dalam tangki radiator. 2 borol air mineral besar habis. Tak penuh pun tangki radioator kekasih gelapku ni. Takpe la. Sekadar nak bagi cukup syarat je bagi kekasih gelapku aku ni hidup dan bagi aku tengok apa punca masalahnya. Aku start enjin kereta alhamdulillah hidup. Aku tengok air tetiba keluar dari casing atas radiator. Kompom casing radiator bocor. Ni alamatnya nak minta belanja la lagi. Adussssss…

Kawanku aku cadangkan bawak kereta aku pegi bengkel dekat area Puchong Jaya. Dekat situ ada satu kedai memang specialist dalam bab radiator kereta nih. Cuma nak bawak kereta aku pergi ke kedai tu yang menjadi masalah. Nasib baik on the way ke Puchong Jaya tu aku kena tempuh 3 pam minyak. So aku boleh berhenti, isi air dalam radiator dan dan jalan balik. Sampai je dekat kedai, aku terus mintak brother tu tengok rediator kekasih gelapku tu. Sekali lagi aku bernasib baik. Brother tu kata, bukan radiator aku yang rosak, cuma casing atas radiator je yang retak. Jadi kena tukar casing je. Harga dalam RM150. Duit lagi. Aku cuba minta kawtim dengan brother tu. Dia masuk dalam dan suruh aku tunggu. Dalam 10 minit dia keluar bagitau boleh. Dia bagi aku harga RM100 tapi resit takde. Kira kaytim aku dengan dia je tanpa melalui owner kedai. Aku kata tak kisah janji korang repiar keta aku jadi ok balik. RM100 tu termasuk tukar casing baru dan servis radiator. Dalam 45 minit, kereta aku dah siap. Aku pinjam motor brother tu pergi cucuk duit dekat ATM CIMB.

Jadi moral of the story, pertamanya bila korang rasa air cond kereta korang tiba-tiba tak boleh sejuk, especially kereta Wira macam aku, lebih baik korang berhenti dulu dekat tepi dan periksa condition enjin kereta korang dulu elok-elok. Keduanya, cari la kedai yang boleh menawarkan harga yang masuk akal di saat korang dalam keadaan gabra macam aku semalam. Cuba cari kawan-kawan korang dulu sebelum korang buat sebarang keputusan yang mungkin membuatkan korang akan menyesal seumur hidup lepas tu. Yang ketiga, apa-apa hal pun, standby la duit dalam bank bila berlaku kecemasan macam aku semalam. Itupun nasib baik ada bajet lagi dalam akaun bank. Buatnya kering, memang aku kena tinggalkan kekasih gelapku tu dekat kedai dalam seminggu sementara gaji bulan ni nak dapat. hehehehehe…..

Oklah, hari ni kekasih gelapku kembali sihat. Alhamdulillah, berjalan megah seperti biasa di atas jalanraya. Tetiba pulak pagi tadi aku tengok condition tayar dah tak berapa cantik. Adussss…. duit lagi nak kena tukar tayar plak lepas nih…..

Oklah…. cukup sampai di sini saja sesi mengarut aku…..

Posted in Sembang2 | 11 Replies
Page 1 of 9112345Seterusnya102030Seterusnya»Last »