HAZMAN vs FOOD (Nasi LEMAK + AYAM + BRIYANI PASAR MALAM SEROJA)
Minggu nie adalah giliran saya kerja syif pagi…
Dan inilah peluang untuk saya singgah di pasar malam untuk beli makanan bagi slot
makan-makan HAZMAN vs FOOD…. Ye laa.. kalau minggu depan turn keje petang
dah sah-sah tak boleh kan sebab kena bertugas di pejabat kan….
Kalau nak diikutkan semalam ada terlintas untuk saya beli yong tau fu…. tapi apabila
melihatkan orang yang jual tu macam lambat jee…malas saya nak menunggu… so terus
cari gerai yang jual NASI…. dan inilah hasilnya….TIGA BUNGKUS NASI saya beli….
Mula-mula saya makan nasi lemak ayam berempah …. amik bahagian dada dan mintak
diletakkan sambal lebih….sambal tu nampak pekat kan… tapi takde la pedas sangat
sebab ada rasa manis-manis bawang rasanya….
Dah habis makan nasi lemak sebungkus tu…. amik pulak nasi briyani ayam masak
merah nie…. tertarik dengan bahagian kepak yang agak besar nie… memang sedap la
rasanya… cuma nasinya agak keras so saya kena panaskan dulu sebelum menikmati
nasi briyani nie….dan saya stop makan jap sebab nak gi solat maghrib….
Then… dah selesai menunaikan solat maghrib saya sambung pulak makan nasi ayam
dan sekali lagi bahagian isi dada ayam juga jadi pilihan….walaupun time masa budak-
budak dulu suka makan bahagian ‘drumstik’
Semua nasik nie saya beli di gerai yang sama dan dijual dengan harga yang sama rm4
setiap satu….Dan untuk rekod inilah kali pertama saya makan tiga jenis nasi dalam
masa sejam…. hehehehe
p/s : Antara ketiga-tiga nasi di atas yang mana satu nampak lebih menyelerakan anda ???
32 thoughts on “HAZMAN vs FOOD (Nasi LEMAK + AYAM + BRIYANI PASAR MALAM SEROJA)”
Makan sampai 3 bungkus?
Perggghhh memang power la…
MJ sebungkus pun dah kenyang terbelahak
Myra Jay´s last [type] ..Top Komen Suku Pertama (Jan-April 2012)
Myra Jay : Ni kes lama la jugak nie… dari tengahari tak makan apa2 …. hehehehe
hazman´s last [type] ..MOMOK MISTERI menjelma di SUNGAI KANTAN
pergh hebat mu make banyok weh
Zarul Umbrella´s last [type] ..Rezeki dikongsi bersama
Zarul : Nie kalau next time kawe nak makan nasi kerabu XTRAVANGANZA pulok …. HAHAHAHAHA
hazman´s last [type] ..Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB
wah…sedapnye..
sayadisini´s last [type] ..Tiada Kata
Sayadisini : Kalau perut kosong tengok hidangan nasi camni kat pasar malam… sumer nampak best jee… hihihihi
hazman´s last [type] ..HAZMAN vs FOOD ( McD CHICKEN FOLDOVER + DOUBLE CHICKEN McDELUXE )
Dasyat arrr… kagum habes dpt makan 3 bungkus nasi.. nasi tuuu.. kalo kuih muih leh tahan lagi.. kagum habes!!
nasi biryani tu menarik perhatian saya~ yum yum!
Nafira´s last [type] ..…Progress Reno | Kena Lebih Gigih Ke Tapak Reno…
Nafira : Kalau slot makan-makan HAZMAN VS FOOD nie saya banyak buat dengan makanan di pasar malam…. kalau kuih tu kena fikir gak sebab banyak sangat yang dijual kuih yang manis… huhuhu
hazman´s last [type] ..HAZMAN vs FOOD (10 BIJI PAU SEDAP PASAR MALAM PEKAN SALAK)
Fuuuyyyooo 3 bungkus dalam masa sejam.. Memang Hazman VS Food betul..
Nurul : Kalau tiga bungkus dalam sejam tu okey laa….ada masa perut nak ‘rehat’…. kalau 3 bungkus dalam masa 15minit … tu barulah CHAMPION namanya….
hazman´s last [type] ..Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB
tak larat rasanya nak makan 3bungkus nasi dlm masa sejam.
Denaihati : Ni pasal saya tak makan dari lunch time… just bayangkan kita makan time satu famili dulu2x… selamba je tambah 2,3 pinggan kan… lebih kurang camtu je la gayanya…. hehehehe
hazman´s last [type] ..Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB
saya suka nasi lemak ayam goreng berempah tu !!!!! sila tapaukan 2 bungkos !! hehehe
sha´s last [type] ..BIG TASTE CAFE SECTION 7 SHAH ALAM
sha : InsyaALLAH…. okey je tapi kalau 2 bungkus tu makan sorang or satu famili…. hihihhi
hazman´s last [type] ..HAZMAN vs FOOD ( McD CHICKEN FOLDOVER + DOUBLE CHICKEN McDELUXE )
mak aihhhh… 3 bungkuss.. oh no. ckp nak belanja eliss satu bungkus ? ;P
elissmie.com´s last [type] ..Mudahnya buat Popcorn sendiri
Eliss : InsyaALLAH… tapi kita plan makan2x kat bangi laaa…kajang pun okey gakkkk…nak gak jumpa pakar bahasa komputer Uitm NIE KAN…..
hazman´s last [type] ..HAZMAN vs FOOD (10 BIJI PAU SEDAP PASAR MALAM PEKAN SALAK)
santapan sebelum jumaat briyani kambing
onlajer´s last [type] ..Masa untuk jadi budak-budak