Tentang Penconteng


spacer

Fadhli Hamdan (Fad)
Anak ke-3 daripada 4 adik beradik dan membesar di Kuala Lumpur. Memulakan alam persekolahan di SRK Jalan Peel, kemudian Victoria Institution, MRSM Mersing, dan Rochester Institute of Technology. Minat muzik, boling, bola sepak, dan menonton wayang.

contengconteng
Masa kecik-kecik dulu, saya selalu beli buku nota sekolah yang baru dan tulis 'conteng2' kat depan. 'Buku conteng' tu jadi tempat saya luahkan segala imaginasi. Gambar rumah kampung? dinasour? awan? kereta kebal? Cakap je apa, semua saya conteng dalam buku tu.

Setelah lebih 10 tahun berhenti menconteng, sekarang ni dengan medium blog dan sticky notes sebagai kanvas contengan, saya mulakan balik hobi menconteng ni. Cerita yang dikongsi merangkumi segala sudut memori, pandangan, dan idea tentang kehidupan saya dan orang di sekeliling.

Fakta-Fakta Lain:
  • Sangat suka baca komen-komen pembaca. Kadang kadang cerita yang dikongsi pembaca jauh lagi kelakar dan nostalgik daripada entri itu sendiri. (Jadi teruskan berkongsi cerita anda)
  • Kalau saya suka sesuatu lagu, saya akan ulang-ulang lagu tu sampai berpuluh kali. Movie pun sama.
  • Sentiasa percaya Malaysia ada banyak bakat bakat yang kreatif dan menarik untuk dikongsi. Tak perlu prejudis. Berikan ruang, pasti akan berkembang.
  • Masih memasang impian untuk pergi ke Jepun suatu hari nanti.
  • Pernah berkerja sebagi pelayan kedai piza selepas SPM. Hari-hari makan piza. Kerja pula sebagai pembuang sampah semasa belajar di US. Hari-hari rindu piza.

Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini. Sokongan kuat anda membuatkan saya semakin bersemangat untuk meneruskan contengan! Terima kasih sekali lagi.

Ada sebarang soalan atau komen? Hubungi saya di contengconteng@yahoo.com

spacer
spacer
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.