Browsing articles in "Informasi"
Informasi, Tips
Feb 26, 2011
Jmay
6 Comments

Macam mana nak train anak korang untuk kaya macam Mark Zuckerberg

spacer

Sebenarnya ramai lagi orang kaya kat atas muka bumi neh tapi sebab aku tau rata2 pengguna internet sekarang neh tengah gila dengan facebook so aku nak buat pendedahan sikit la macam mana korang boleh menjadikan anak korang kaya macam si Mark neh. Kenapa anak korang dan bukan anak aku? Sebab aku belum ada anak lagi, korang dah ada so korang buat la..hehe.

Aku bukannya nak sanjung sangat si Mark neh tapi dari kisah kehidupan dia kita boleh mengambil beberapa pengajaran untuk kita gunakan dalam mengejar kejayaan dalam apa2 bidang sekali pun. Baiklah, kadang2 kita hanya melihat kejayaan seseorang itu apabila dia berjaya dan jarang benar kita lihat apa yang dia lakukan untuk berjaya. Bak kata pepatah ‘ Rom tidak terbina dalam masa sehari’. Semuanya memerlukan perancangan walaupun tidak teliti tetapi memfokus. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dari kecil lagi ayah si Mark telah mendedahkan anaknya ini dengan ilmu pengkomputeran. Bukan ilmu main game seperti yang kanak2 sekarang suka bermain yer tapi ilmu pengaturcaraan komputer atau orang kampung aku panggil ilmu programming. Haa, nampak? bukan si Mark neh pandai dengan sendirinya bab2 komputer neh tapi ia didorong oleh ayahnya sendiri. Ayahnya bukan sahaja beri support tapi ayahnya juga telah mengupah seorang programmer yang terkenal pada masa itu untuk mengajar anaknya ini.

Continue reading »

Informasi, Internet
Jan 28, 2011
Jmay
3 Comments

Dunia terputus hubungan dengan Mesir

spacer

Situasi perang saudara di Mesir semakin tegang dengan pemutusan rangkaian internet oleh kerajaan negara itu sendiri. Kerajaan Mesir telah mengarahkan pembekal internet memberhentikan perkhidmatan Border Gateway Protocol (BGP) yang menghubungkan rangkaian komputer seluruh dunia dengan komputer2 di Mesir. Sebelumnya, kerajaan negara itu telah menyekat rangkaian laman web Facebook dan Twitter tetapi pada hari ini tindakan yang lebih drastik telah diambil kerajaan Mesir iaitu memutuskan terus rangkaian internet diseluruh negara itu. Ini merupakan tindakan pertama seumpanya di dunia dilakukan keraajaan terhadap negara mereka sendiri. Pemutusan rangkaian internet ini adalah untuk menyekat komunikasi pihak anti-kerajaan yang menginginkan Presiden Hosni Mubarak berundur dari kerajaan.

Continue reading »

Informasi, Internet
Jan 28, 2011
Jmay
No Comments

Youtube – Dokumentari Life in a Day ditayangkan hari ini

spacer

Kalau korang perasan logo Youtube ada sedikit kelainan hari ini. Logo Youtube sedikit gelap dan ada gambar bumi disebelahnya. Sebenarnya ini bersempena dengan tayangan perdana dokumentari Life in a Day yang memaparkan aktiviti2 manusia seluruh dunia yang dirakamkan oleh orang ramai pada satu hari iaitu 24 Julai 2010. Dengan kata lain, kita akan dapat menyaksikan aktiviti2 penduduk bumi secara serentak diseluruh dunia yang berlaku pada tarikh tersebut. Projek Life in a Day sebenarnya telah diumumkan oleh Youtube pada 6 Julai 2010 dan sesiapa sahaja layak menghantar video masing2 asalkan video tersebut telah dirakamkan pada 24 Julai 2010 dan dihantar sebelum 30 Julai 2010. Sebanyak 80,000 video atau pun 4,500 jam tayangan telah dihantar oleh orang ramai ke Youtube. Tetapi hanya 1,025 video terbaik sahaja telah dipilih untuk dipaparkan dalam dokumentari ini yang memakan masa tayangan selama 90 minit.

Continue reading »

Informasi
Jan 22, 2011
Jmay
4 Comments

Budak 14 tahun mendominasi carta aplikasi percuma iTunes

spacer

Siapa yang ada iPod atau iPhone pasti pernah bermain permainan Bubble Ball. Kalau korang nak tau permainan ini sebenarnya telah dicipta oleh seorang budak berumur 14 tahun bernama Robert Nay dari Utah, U.S. Apa yang menjadi lebih menarik ialah, permainan ini kini telah menduduki carta teratas dalam senarai aplikasi percuma di iTunes Apps Store. Ianya telah dimuat turun sebanyak 1.5 juta kali oleh pengguna dan mempunyai versi yang boleh dimuat turun oleh pengguna Android juga.

Bubble ball sebenarnya merupakan aplikasi pertama yang dibangunkan oleh Robert Nay dan selepas ianya di terima oleh iTunes Apps Store pada December 2010, permainan ini terus mendapat perhatian ramai sekaligus memintas Angry Bird yang menduduki carta teratas sebelumnya.

Continue reading »

Informasi
Jan 21, 2011
Jmay
2 Comments

Keputusan permohonan ke MRSM bagi sesi 2011 telah diumumkan

spacer

Bagi adik2 yang tengah tertunggu-tunggu status permohonan mereka ke MRSM, segalanya bakal terjawab hari ini. Ibubapa atau pelajar sudah boleh membuat semakan berkenaan status kemasukan ke MRSM pada hari ini, 21 Januari 2011. Hanya perlu klik pada link di bawah tetapi sebelum itu sediakan dulu nombor angka giliran peperikasaan.

Keputusan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1

Keputusan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4

Bagi mereka yang berjaya memasuki MRSM, tahniah diucapkan bagi yang kurang bernasib baik jangan kecewa sangat. It’s not the end of the world, jika masih berminat untuk memasuki MRSM, bolehlah membuat rayuan kepada MARA melalui link yang disediakan selepas anda membuat semakan.

p.s: Aku masuk ke MRSM pun melalui pengambilan ketiga

Sumber: Portal Rasmi MARA

Informasi
Jan 4, 2011
Jmay
17 Comments

Bas 3D untuk mengatasi masalah kesesakan

spacer

Baru2 ni China sekali lagi mengejutkan dunia dengan memperkenalkan konsep bas generasi baru yang dinamakan 3D Express Coach. Bas yang berbentuk seperti terowong bergerak ini dihasilkan bertujuan untuk mengurangkan masalah trafik yang teruk di China yang berpunca dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan2 utama di China.

Bas ini mampu bergerak walaupun dalam kesesakan lalulintas kerana walaupun ia menggunakan jalan raya yang sama dengan kenderaan lain, ia mampu bergerak menerusi kenderaan yang tidak melebihi 15 kaki tingginya. Bas ini juga bakal menggunakan teknologi hijau iaitu tenaga solar bagi mengurangkan penghasilan gas rumah hijau. Pada masa kini, China telah mengatasi US dalam penghasilan gas rumah hijau! dan ini sememangnya salah satu langkah yang diambil China untuk mengurangkan masalah pencemaran udara.

Continue reading »

Informasi
Dec 7, 2010
Jmay
3 Comments

[Info] China pemegang rekod baru tren terpantas dunia

spacer

China sememangnya telah menarik perhatiaan dunia dengan perkembangan ekonominya yang pesat. Dan tidak mustahil tidak lama lagi, ia bakal menjadi kuasa besar dunia. Pada 3 Disember 2010, sekali lagi China telah mengejutkan dunia dengan mencatatkan rekod terbaru tren komersil dengan mencatatkan hadlaju maksimum 486.1 km/j, sekaligus memadamkan rekod lamanya sendiri yang dicipta dua bulan lepas (416.6 km/j). China harus berbangga kerana rekod ini dicatatkan oleh tren yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi dan kepakaran tempatan.

Continue reading »

Entri Terbaru

  • Membina wordpress theme dari “scratch”
  • Macam mana nak train anak korang untuk kaya macam Mark Zuckerberg
  • Keliru…
  • Cara memasang localhost pada ubuntu 10.04
  • Dunia terputus hubungan dengan Mesir

Pengomen Terlampau

spacer
5zalz
1 comment

Sejarah

  • April 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010

Entri Menarik dari Blog lain

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.