Tonton Video MiniNiaga

Sistem web jualan lengkap yang akan memudahkan anda untuk menjual produk secara online!

“Flarebiz Network mencipta sistem yang benar-benar mantap dan memudahkan kerja seseorang...” — Agensi Bernama (4 Mei 2010)

Apa Itu Sistem MiniNiaga?

MiniNiaga merupakan satu sistem pengurusan maklumat (CMS) yang dicipta khas untuk mempermudahkan kerja anda membina dan menguruskan sebuah web jualan minisite. Sistem ini juga dilengkapi dengan segala fungsi yang diperlukan oleh anda untuk menjual produk secara online.

Dengan MiniNiaga anda mampu membina dan menguruskan laman web jualan produk perniagaan anda dengan mudah, pantas dan profesional!

Bagaimana MiniNiaga Dapat Membantu Anda?

Dengan sistem MiniNiaga anda boleh menyiapkan sebuah web jualan minisite anda sendiri tanpa perlukan bantuan dari programmer. Anda boleh membina minisite untuk menjual apa sahaja produk yang anda inginkan menerusi Internet. Ya, anda boleh buat kesemuanya dengan sendiri!

Sistem MiniNiaga juga akan membantu anda untuk menguruskan jualan dan belian dengan lebih sistematik agar anda dapat memaksimakan keuntungan perniagaan online. Anda akan menguruskan perniagaan online anda dari satu admin panel sahaja yang akan memaparkan segala info berkaitan web jualan anda.


Salah satu aspek yang sedikit cerewet adalah dari segi menyiapkan borang pesanan dan pengurusan rekod pembeli. Kini, saya hanya perlu menggunakan MiniNiaga untuk membuat semua itu. Mudah, cepat dan tidak terlalu teknikal. — Mohd Zulfadhli, www.SmartUsaha.com

Cuba demo sistem MiniNiaga atau beli sekarang!

5 Sebab Mengapa Anda Wajib Menggunakan MiniNiaga

#1 — Tanpa Kod Pengaturcaraan & Kemahiran Teknikal!

Dengan MiniNiaga, anda tetap boleh menyiapkan sebuah web jualan yang boleh berfungsi sepenuhnya walaupun anda tidak tahu sebarang kod pengaturcaraan seperti HTML, CSS dan PHP.

Mininiaga hanya melibatkan dua perkara teknikal yang kecil iaitu pemasangan sistem dan juga grafik minisite. Pihak kami telah sediakan solusi tersebut dengan menyediakan web tutorial lengkap pemasangan sistem dan juga template minisite.

#2 — Gerenti Jimatkan Masa & Wang Ringgit!

MiniNiaga akan menjimatkan banyak masa peribadi anda kerana anda boleh menyiapkan sebuah minisite kurang daripada 24 jam. Namun, ia bergantung kepada tahap kemahiran seseorang individu menggunakan komputer dan Internet.

Kos untuk menggunakan sistem MiniNiaga adalah jauh lebih murah berbanding kos untuk membeli perisian lain dengan tujuan membina sebuah web jualan yang lengkap.

#3 — Satu Sistem Web Jualan Yang Sangat Lengkap!

Sistem MiniNiaga dilengkapi dengan pelbagai fungsi utama seperti tempahan produk, ruangan maklumat produk, deskripsi dan gambar produk, medium pembayaran, pengurusan affiliate dan sebagainya.

Ruangan admin panel juga memberikan anda kebebasan untuk mengubahsuai laman web jualan mengikut cita rasa anda sendiri tanpa memerlukan sebarang perisian atau kemahiran teknikal yang lain.

Ia adalah sistem terbaik dan sangat memudahkan! Tak menyesal kalau dapatkannya. Alhamdulillah pada bulan pertama menggunakan MiniNiaga ini, jualan 1166 unit produk dapat diproses dengan baik — Siti Jamilah, www.Neige.OneDroPerfumes.info


Miliki Sebuah Web Jualan Yang Lengkap!

MiniNiaga merupakan sistem pembinaan minisite yang paling terkini. Ia ibarat sistem 'Plug & Play' dimana anda hanya memerlukan beberapa klik sahaja untuk menyiapkan web jualan anda! Sistem yang sekaligus menyelesaikan masalah kebanyakan usahawan internet baru yang kurang pengetahuan teknikal web. Gerenti!

Kami berani jamin tiada lagi sistem pembinaan minisite seperti ini. Berikut adalah fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem MiniNiaga:

  • Rekabentuk minisite yang fleksibel.
  • Mempunyai admin panel.
  • Dilengkapi sistem affiliate.
  • Mempunyai borang tempahan.
  • Sistem invois automatik.
  • Sempurna di semua web browser.
  • Menerima bayaran bank tempatan.
  • Menerima Paypal & NBePay.
  • Merekod jualan.
  • Mempunyai text editor.
  • Mesra SEO.
  • Sesuai untuk produk fizikal & digital.

Dan banyak lagi! Baca penerangan lanjut mengenai fungsi hebat MiniNiaga di sini ataupun tonton video tour MiniNiaga.

Cuba demo sistem MiniNiaga, lihat perbandingan versi digital & fizikal atau beli sekarang!

Contoh Web Jualan Yang Menggunakan MiniNiaga

Setakat hari ini sistem MiniNiaga telah digunapakai oleh berpuluh-puluh usahawan di luar sana yang inginkan jalan pintas untuk membina sebuah web jualan dan cara yang sistematik untuk menguruskan perniagaan Internet mereka. Lihat beberapa contoh web jualan yang menggunakan sistem MiniNiaga:

Big Teddy Bear
Produk Lelaki
Bacalah Anakku
www.BigTeddybear2u.com
www.ProdukLelaki.com
www.Bacalah-Anakku.com

Hukum Tarikan
Produk Vemma
Info OneDroPerfumes
www.HukumTarikan.com
www.ProdukVemma.com
www.Neige.OneDroPerfumes.info

Mereka telah mencuba kemudahan dan kehebatan sistem MiniNiaga kami, anda bila lagi?

“Dengan MiniNiaga, klik..klik...klik.. siap satu minisite!” — Mazlie Nadzri, www.MazlieNadzri.com Testimonial Pengguna MiniNiaga
Bantuan: +603 4023 4641
Atau hubungi: Zairol di 019 385 5569 / Roslina di 019 313 1796. Emel bantuan: support@mininiaga.com
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.