Anda, Ibu Bapa & Bisnes?

by Labanon on March 17, 2012

Salam & hai.

spacer

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini saya banyak meluangkan masa bersama insan-insan yang hebat. Sangat rugi andaikata saya tidak dapat mengutip permata berguna sepanjang bersama mereka.

Sepanjang berkecimpung di dalam dunia perniagaan, saya telah bersua muka dengan ramai individu hebat yang berjaya di dalam pelbagai bidang mereka ceburi. Setelah di renung kembali, rupanya orang yang berjaya ini mempunyai banyak persamaan.

Minggu lepas saya berkongsi pentas bersama Datuk Ameer Ali (Pengarah Urusan Mydin Holdings) dan Dato’ Hafsah Hashim (CEO SME Corp) bagi satu program keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Satu Resepi Kejayaan Bisnes

Mendengar ucapan daripada seorang billionaire dan seorang wanita korporat adalah sesuatu yang cukup berharga. Salah satu resepi kejayaan yang telah dikongsikan oleh Datuk Ameer Ali ialah berbakti kepada ibu bapa.

Beliau telah menerima pelbagai anugerah di peringkat negara ataupun antarabangsa di atas kejayaan Mydin menerajui bisnes trading di Malaysia. Apa yang menarik, beliau akan bawa kedua ibu bapanya bersama ke mana sahaja beliau menerima anugerah. Beliau akan menempah meja khas bagi kedua ibu bapanya sebagai penghargaan di atas jasa mereka.

“Kawan kita boleh tukar, suami isteri pun masih boleh ditukar ganti, tetapi ibu bapa merekalah satu-satunya di dunia ini..” – Dato’ Hafsah (CEO SME Corp)

Ketika mengikuti tim Majalah Niaga ke majlis pelancaran buku ‘Mydin The Untold Story‘ juga saya sempat melihat ibu dan bapa beliau berada di kerusi paling hadapan. Terharu sungguh melihat bagaimana seorang billionaire tidak sesekali melupakan jasa orang tuanya.

Tahun lepas, saya di jemput oleh Imran Koyube (CEO ILuvIslam) bagi meluangkan masa makan malam bersama Dato’ Hussamuddin Yaacub (CEO Karangkraf Group) di rumah beliau. Bukan rumah mewah beliau yang hendak diceritakan tetapi apa rahsia di sebalik kejayaan cemerlang Karangkraf sebagai syarikat ‘printing’ no 1 Malaysia.

Bisnes Meningkat Naik Kerana Ibu?

spacer Dato’ Hussamuddin berkongsi secara peribadi bisnes beliau mula meningkat naik apabila mula menjaga ibunya! Ya, bisnes beliau naik mendadak apabila mula berbakti kepada ibunya, bawa ibunya menunaikan umrah dan sebagainya. Beliau berkali-kali menekankan bahawa restu ibu bapa adalah resepi penting untuk berjaya di dalam bisnes.

Semalam ketika menonton filem The Billionaire daripada Thailand, saya terdetik untuk mencoretkan entri ini. Filem tersebut menceritakan kisah benar bagaimana seorang remaja boleh menjadi seorang billionaire pada usia yang cukup muda. Salah satu elemen yang cukup menyentuh hati saya ialah bagaimana ibunya tidak henti-henti memberikan sokongan kepada anaknya yang tersayang.

Walaupun beliau tidak melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi sebaliknya memilih untuk menjalankan bisnes. Bagaimana ibu sentiasa memberi sokongan dan dorongan ketika melalui hari-hari sukar sebagai usahawan.

Ibu Bapa Adalah Resepi Kejayaan!

Tuan dan puan.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang saya lalui sepanjang bergelar seorang usahawan, saya cukup bersetuju bahawa sokongan, restu dan doa ibu bapa adalah satu resepi penting kejayaan bisnes.

Adanya saya hari ini bersama Flarebiz Network juga disertakan resepi tersebut. Walaupun berbeza pendapat dengan kedua ibu bapa pada mulanya kerana tidak mahu melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi alhamdulillah mereka berdua sentiasa menyokong saya. Ketika saya melalui saat-saat sukar sebagai seorang usahawan, tiada siapa yang sudi lapkan air mata yang mencucuri pipi ini selain ibu yang tercinta.

Ketika bisnes mengalami jalan buntu, tiada siapa yang sudi mendengar ibu juga yang menjadi tempat luahan perasaan. Di saat tiada siapa yang percaya dengan apa yang saya ingin lakukan, ibu juga yang memberi sokongan penuh berserta doa.

Sokongan Ibu Bapa Adalah Segalanya!

“Ibu, benarkah kehidupan ini terlalu sukar?” - Top Ittipat, Thai Billionaire

Pernah satu ketika saya berkata kepada diri sendiri ketika hendak melangkahkan kaki ke Kuala Lumpur, “kepercayaan orang lain tidak penting malah kepercayaan diri saya sendiri juga tidak penting, tetapi kepercayaan ibu bapa terhadap apa yang ingin saya lakukan ini adalah paling penting.

Kepada ibu bapa, sentiasalah berkata-kata positif terhadap anak-anak mu kerana apa yang terkeluar dari mulut mu adalah satu doa.

Akhir kata, berbakti terhadap kedua ibu bapa bukanlah kewajipan para usahawan semata-mata tetapi kewajipan bagi mereka yang bergelar anak. Peliharalah kedua ibu bapa mu seperti mereka menjaga mu ketika kamu masih kecil kerana sesungguhnya rahmat Allah itu meliputi mereka yang berbakti kepada orang tua mereka.

Sekian.

P.S: Sayangkan kedua ibu bapa anda? Kongsikan artikel ini agar rakan-rakan anda juga mendapat manafaat yang sama.

{ 13 Comments }

Tweet


Dapatkan entri terbaru terus ke emel anda!

Subscribe dan dapatkan audio soal jawab eksklusif mengenai perniagaan internet yang bernilai RM37 secara percuma.


  1. samanosuke_04 (17 Mar 2012)
    spacer

    salam singgah… comel blog adli nie, btw saya pun nak mcm top ittipat :p

    Reply
    • Labanon (18 Mar 2012)
      spacer

      w’mslm. Terima kasih sudi singgah. Heh, anda sepatutnya jadi seperti beliau kerana anda juga sangat menggilai game keh keh keh!

      Reply
  2. indah Azeman (19 Mar 2012)
    spacer

    Apa-apa pun yang kita buat.. restu ayah dan ibu mmg sangat penting. Doa daripada mereka yang akan banyak membantu dalam menentukan kejayaan kita. Semoga dipanjangkan umur ibu bapa. So that kita masih berpeluang untuk membalas jasa walaupun xseberapa dengan apa yang diorang dah berikan. Amin~..

    Reply
    • Labanon (19 Mar 2012)
      spacer

      Yeah betul tu. Sementara masih diberi peluang oleh-NYA. spacer

      Reply
  3. izan (19 Mar 2012)
    spacer

    nice sharing..doa ibu bapa amat penting & jgn lupa..doa anak2 utk ibu bapa pun sama spacer

    Reply
    • Labanon (19 Mar 2012)
      spacer

      No problem. Thanks for reading. spacer

      Reply
  4. ahmadyani (19 Mar 2012)
    spacer

    Ini juga antara sebab kejayaan Tuan Ali Hassan , tuan punya al Ikhsan Sport. Berbakti kepada ibubapa adalah antara dasar perniagaan beliau. Dasar yang berjaya diterapkan kepada CEO syarikatnya dan semua pekerja al Ikhsan.

    Reply
  5. Intan (20 Mar 2012)
    spacer

    Terima kasih Adly atas perkongsian yang bermanfaat, ilmu yg sudah diketahui….tapi kadang-kadang dilupakan secara tak sengaja.

    Reply
  6. hafiz (23 Mar 2012)
    spacer

    nice sharing..

    Reply
  7. insyirah (23 Mar 2012)
    spacer

    thnx bro sbb recommended movie nih =) it’s really inspiring me

    Reply
  8. Ladfe Amir (27 Mar 2012)
    spacer

    terima kasih atas artikel yg bermanafaat.
    yg penting ilmu tanpa restu ibu bapa biasanya akan menjadi ssuatu yg tidak bernilai harganya kelak.

    restu ibu dan bapa satu perkara yg penting dlm hidup

    Reply
  9. nazarudinyaacob (15 Apr 2012)
    spacer

    masih menunggu artikel baru dari tuan adly.

    Reply
  10. anni(21apr2012) (22 Apr 2012)
    spacer

    redha Allah datangnya dari keredhaan ibubapa’…HAMBAnya ini terkadang terlepas pandang!..^^

    Reply

Tinggalkan Komen Anda

Click here to cancel reply.

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.