Berita, Info Liga Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia
Selangor kekal lapan mata dahului Kelantan
SELANGOR kekal mendahului pencabar terdekatnya, Kelantan dengan kelebihan lapan mata apabila kedua-dua pasukan berkenaan menang ke atas lawan masing-masing dalam aksi Liga Super malam ini.
Ketika Kelantan menundukkan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Batu Kawan, Selangor tidak tergugat apabila turut mengutip tiga mata penuh selepas mengatasi Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam.
Skuad Merah Kuning itu membuka jaringan seawal minit ketujuh permainan melalui Mohd Rudie Ramli yang menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Farizal Marlias.
Bekas penyerang kebangsaan itu kemudiannya menambah gol kedua tuan rumah pada babak kedua dengan jaringan pada minit ke-64 untuk membolehkan Selangor mengumpul 50 mata secara keseluruhan.
Kelantan pula mengumpul 42 mata setelah bangkit menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Batu Kawan setelah tersentak dengan gol awal tuan rumah melalui Chun Ken Hong pada minit ke-22.
Skuad bimbingan B.Sathianathan itu bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua melalui Hairuddin Omar (m-66), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-75) dan Che Hishammuddin Hassan (m-88).
Keputusan Perlawanan:
Selangor 2 Perlis 0
N. Sembilan 3 Johor 1
K. Lumpur 1 Terengganu 1
KL Plus 1 Pahang 2
P. Pinang 1 Kelantan 3
T-Team 2 Kedah 2
Johor FC 1 Perak 0
Related Posts
Kelantan Juara Liga Super 2011
NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa
Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011
MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia
PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]16 pasukan bersaing Liga Super 2011?
SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]One Response to “Selangor kekal lapan mata dahului Kelantan”
Leave a Reply:
<a class="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
[...] 2 – 0 3 – 1 1 – 1 1 – 2 1 – 3 2 – 2 1 – 0 [...]