papan kekunci dot com

wanita yang menaip di ruang sesempit blognya

Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ini saya sebagai pemilik papan kekunci dot com ingin memberitahu umum bahawa bermulanya “Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012″ dengan tajuk berkisar “Pengalaman anda sebagai penulis blog”. Untuk menyertai give away saya buat pertama kali ini anda hanya perlu:

1. Buat satu artikel ringkas tentang pengalaman anda sebagai penulis blog.

2. Tajuk adalah bebas.

3. Like page Papan Kekunci Dot Com.

4. Letakkan link artikel anda di bahagian komen dan sesalinan artikel ke email saya azura@papankekunci.com.

5. Tarikh tutup give away adalah pada 27 Mei 2012.

6. Setiap penyertaan artikel perlu berakhir dengan ayat “Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012“.

Artikel untuk give away kali ini mengikut kredibiliti individu itu sendiri. Saya mengalakkan penulisan Bahasa Melayu yang lengkap. Apabila penyertaan anda telah berada di ruang komen, sesalinan artikel mohon di hantar ke email saya azura@papankekunci.com untuk saya publishkan di blog saya sebagai tanda penghargaan kepada setiap penyertaan.

Hadiah Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012

1. Cabutan pertama RM50 x 2 peserta

spacer

Wang tunai akan terus ke account pemenang. Pemilihan adalah secara rawak.

2. Cabutan kedua Sepacket Chezzy Sauce x 5 peserta

spacer
Chezzy Sauce di tempah dari Kak Yong Shoppe. Pemilihan adalah secara rawak.

3. Cabutan ketiga Buku Nota Conteng Conteng x 5 peserta

spacer
Buku Nota Conteng-Conteng akan di tempah dari Conteng Conteng. Pemilihan adalah secara rawak.

4. Tiga penyertaan paling menarik dan kreatif akan menerima sebuah header design yang akan di tempah dari Budak Nakal. Hadiah cenderamata yang saya pilih adalah “header design“. Pemilihan pemenang adalah mengikut kreativiti peserta.

5. Bagi menghargai jasa rakan blogger yang setia memberikan komen yang tertinggi ke blog saya dan oleh kerana pemilihan pemenang secara rawak dan setelah berfikir sehabis baik, 5 rakan blogger terhebat di blog Papan Kekunci Dot Com akan menerima sepacket Chezzy Sauce setiap seorang. Ini adalah cenderahati khas buat sahabat blogger yang setia. Lima rakan blogger yang bertuah mengikut turutan yang telah memberikan komen terhebat di kira dari Januari 2012 hingga April 2012 ialah :

1. Akubiomed (136)
2. tehr (127)
3. chii (121)
4. puan kutu (100)
5. suri (83)

Tarikh tutup give away adalah pada 27 Mei 2012. InsyaAllah beberapa hari selepas tamatnya give away ini keputusan penuh pemenang akan di umumkan secepat mungkin dan pemberian cenderahati give away akan di buat seawal bulan jun.

*Jika berlaku kehabisan stok atau sebarang kesulitan produk dan perkhidmatan maka cenderahati give away akan di tukar dengan nilai ringgit yang sama dengan harga semasa produk dan perkhidmatan tersebut.

Update Peserta Give Away

1. Bro Azman
2. Bro Shahrul Site
3. Bro Jebeng Otai
4. Bro Padinno
5. Bro Nur Azam Shahdan
6. Miss Lin Azlina
7. Bro Ronaldmohoni
8. Miss Nurul Azieyan
9. Bro Azri Johan
10. Bro Saharol
11. Cikgu Tehr
12. Miss Zaty
13. Bro Akubiomed
14. Miss Jazzeyqa
15. Miss Nur Qider
16. Miss Syira

May 1, 2012 at 12:00 am
100 comments
azura

Pengalaman nurqider.wordpress.com sebagai penulis blog

Terima Kasih Miss Nur Qider sebagai peserta kelima belas (15) give away papan kekunci dot com 2012. Ikuti kisah sahabat blogger “Pengalaman Menulis Blog” sambil menambah ilmu pengetahuan dan sebagai rujukan.

Tajuk ini sangat menarik untuk dikembangkan isinya (tiba-tiba rasa macam baru dapat tajuk karangan dari cikgu Bahasa Malaysia waktu Tingkatan 4 dahulu *senyum). Kenapa aku menulis blog? Aku pernah menulis tentang sebabnya dan diabadikan di halaman pengenalan ringkas mengenai blog ini (Qider’s Piece of Mind about).

Aku memang gemar menulis. Dorongan yang kuat untukku menulis adalah supaya aku dapat mengekalkan penguasaan bahasa di tahap paling optimum (bahasa Melayu dan Inggeris). Tetapi aku mula memasuki dunia blogging apabila aku membaca tulisan teman sekuliahku menggunakan platform blog dari Friendster. Disebabkan keterujaan aku terhadap tulisannya serta beberapa kawan lain selepas itu, aku mula menulis di blog menggunakan platform yang sama, Friendster blog. Sebenarnya, kesemua mereka banyak memperihalkan kisah hidup seharian, tetapi olahan mereka begitu menarik minatku untuk terus membaca, dan terus membaca.

Ada juga tulisan yang lain yang sangat memberi inspirasi dan juga kadangkala mententeramkan hati yang sedang gundah gulana. Ada juga tulisan yang begitu kelakar dan ada juga tulisan yang sangat merangsang otak untuk berfikir. Hal ini semua aku dapati setelah aku mula berpindah dari platform Friendster blog ke WordPress. Aku memilih WordPress kerana padaku ia platform yang ringkas dan kemas serta menepati jiwaku. Juga kerana teman sekuliahku itu turut menggunakan platform yang sama, jadi mudah untukku merujuk jika aku perlukan nasihat dalam penggunaan platform ini.

Banyak yang aku pelajari selama menulis blog ini. Antaranya, mengawal emosi dalam menulis, mengekalkan identiti dalam tulisan dan cuba untuk mengoptimumkan manfaat kepada pembaca yang berkunjung. Aku tidak menggalakkan diriku untuk menulis dalam bahasa yang kesat, menggunakan kependekan atau ringkasnya bahasa SMS serta menulis perkara-perkara gossip yang hanya akan mencacatkan kesempurnaan blog ini.

Aku juga banyak mengenali pelbagai lapisan jenis tulisan dari membaca dari satu blog ke blog yang lain. Ia banyak mengajarku dalam mencari gaya dan mengekalkan gaya menulis, memilih perkataan dan kadangkala mencipta perkataan

Aku tidak pernah mengharap kepada pembaca yang ramai, kerana aku tahu hanya sekalian yang rapat denganku sahaja yang membaca hasil tulisanku di sini. Aku pernah menimbang untuk menggunakan hosting berbayar demi menjana pendapatan dari penulisan di blog, tetapi setelah berbincang dengan teman itu dan aku sendiri pun menulis menggunakan komputer riba milik syarikat, kadangkala menulis ketika waktu bekerja ataupun publish menggunakan wifi di pejabat, maka aku terus padamkan niatku itu dan kembali kepada niat asalku, aku menulis supaya penguasaan bahasaku dapat diasah dengan baik,ia juga merupakan terapi untukku dalam menghadapi hidupku selama ini, serta seperti yang aku pernah tulis secara panjang lebar di halaman pengenalan, ia adalah untuk anak-anakku,keluargaku dan sahabat dalam mengenaliku dengan lebih rapat. Ada banyak perkara yang hendak diceritakan, tetapi lidah kelu untuk berbicara,maka menulis adalah lebih baik.

‘It’s not that I had a very interesting life, but it is me who think and make my life
interesting despite of so many spiteful moments’

Setahun dua ini, aku banyak terbantut untuk menulis perkara-perkara yang membahagiakan kerana diselaputi emosi negatif berpanjangan, jadi aku banyak membaca semula hasil tulisanku sebelum ini dan ia telah banyak membantuku mencari ketenangan dan menguruskan fikiranku tentang kehidupan.

Menulis membuatkanku gembira dan semoga aku akan terus dan terus menulis perkara yang menggembirakan selepas ini.

Entri ini adalah untuk penyertaan Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi
p(^_^)q

May 15, 2012 at 12:00 pm
2 comments
azura

Misteri Segitiga Masalembo

spacer

Baru-baru ini sewaktu mencari maklumat tentang Pentas Sunda, terjumpa satu kawasan di Indonesia yang digelar Segitiga Masalembo (Masalembo Triangle). Ikuti serba sedikit maklumat tentang Segitiga Masalembo ini.

Pulau Masalembo sebenarnya adalah sebuah pulau kecil yang berada di hujung paparan Pentas Sunda. Pulau¬pulau kecil ini berada di daerah “pertigaan” laut, iaitu laut Jawa yang berarah barat timur dan Selat Makassar yang memotong berarah utara-selatan. Pola kedalaman laut di Segitiga Masalembo ini sangat jelas menunjukkan bentuk segitiga yang nyaris sempurna berupa segitiga sama sisi. Pada dasar Selat Makassar ada batuan Kalimantan dan batuan Sulawesi yang berbeza. Hal ini disebabkan kerana adanya perbedaan mencolok antara Indonesia barat dengan Indonesia Timur.

Kalimantan merupakan sebagian dari Paparan Pentas Sunda (Indonesia Barat) sedangkan Sulawesi merupakan sebagian darat Indonesia Timur. Garis yang membahaginya dulu diketemukan oleh Wallace disebut sebagai Garis Wallace. Garis Wallace ini sebenarnya ada juga implikasi atau manifestasi dari aspek geologis (batuan penyusunnya). Dari jenis batuannya kita tahu bahwa di bawah Selat Makassar ini terdapat tempat yang sangat kompleks geologinya. Di atasnya terdapat Selat Makassar yang juga memiliki karakter khusus di dunia ini dimana mengalirkan air yang sangat besar.

Kalau dibandingkan dengan Segitiga Bermuda, lokasi Segitiga Masalembo juga tidak menunjukkan keanehannya. Sepertinya ini lebih ditentukan oleh faktor gangguan alamiah yang bukan mistik. Yang mungkin paling dominan adalah faktor meteorologis termasuk di dalamnya faktor cuaca, seperti angin, hujan, awan, kelembaban air, dan suhu udara yang mungkin memang merupakan manifestasi dari konfigurasi batuan serta kondisi geologi, oceanografi, serta geografi yang sangat unik.

Kalau memang Masalembo Triangle ini banyak menimbulkan masalah transportasi (lalu lintas), tentunya perlu rambu-rambu lalu lintas laut yang lebih canggih ditempatkan di lokasi ini. Misalnya mercu khusus atau penempatan radar pemantau. Yang tak kalah penting adalah penelitian saintifik tentang perilaku arus air laut serta cuaca di daerah ini. Hanya sekdar maklumat misteri segitiga Masalembo dari negara jiran.

May 14, 2012 at 9:19 pm
1 comment
azura

Pengalaman princessofhemp.blogspot.com sebagai penulis blog

Terima Kasih Miss Jazzeyqa sebagai peserta keempat belas (14) give away papan kekunci dot com 2012. Ikuti kisah sahabat blogger “Aku Seorang Blogger Malaysia” sambil menambah ilmu pengetahuan dan sebagai rujukan.

Assalamualaikum,

Entry ini aku tulis sempena GA oleh Papan Kekunci. Saja nak mencuba sebelum menganjurkan GA sendiri pada masa mendatang. Boleh lihat entry ini.

Aku mula berblog secara rambang pada tahun 2008 selepas aku melanjutkan pelajaran aku di sebuah kolej swasta. Tak banyak pengalaman yang aku boleh cerita atau kongsi namun aku juga pernah berasa putus asa di saat tiada sebarang sambutan dari kalangan blogger yang lain. Perasaan putus asa itu sering melanda aku tetapi syukur kerana ianya hanya sebentar. Aku masih boleh melawan untuk sentiasa memperbaharui blog ini.

Sebab utama aku berblog pada mulanya hanya sekadar coretan diari peribadi kepunyaan aku. Aku pernah dihentam teruk oleh rakan-rakan kolej ku akibat ketidakpuasan hati terhadap sebuah entry yang aku tulis telah dikatakan menjatuhkan maruah mereka.

Ya, ianya antara faktor utama aku hampir berputus asa. Namun, Alhamdulillah setelah itu aku kembali menjadi lebih yakin untuk berkongsi informasi yang berguna buat mereka yang membaca. Aku akui bahawa blog aku ini lebih kepada peribadi namun aku juga tidak lupa akan kehadiran pembaca blog yang lain.

Lama kelamaan aku mula terpengaruh dengan blog setelah membaca blog blogger Malaysia yang lain. Baru aku tahu mereka juga ada komuniti mereka sendiri. Ada juga yang bekerja hanya sebagai blogger sepenuh masa. Kadang kala aku terfikir, alangkah indahnya jika aku boleh turut serta di dalam setiap aktiviti mereka. Blogger juga mempunyai gaya hidup mereka dan masih seorang yang berjaya dan berpelajaran. Jadi siapa boleh cakap menjadi blogger hanya sekadar picisan sahaja?

Setelah beberapa tahun berblog aku sudah mengerti dari manakah pendapatan blogger itu tercipta. Ianya bukan datang seperti itu sahaja. Melalui pengiklanan seperti Nuffnang dan lain-lain, pengiklanan daripada rakan blogger yang lain malah kita juga boleh berniaga secara dalam talian (online).

Ya, aku juga berjaya melakukan perniagaan seperti itu. Alhamdulillah. Sangat banyak aku belajar sejak aku mengenali erti blogging. Aku berharap suatu hari nanti aku berpeluang membuka empayar perniagaanku sendiri dan bekerja di rumah sahaja.

Apa yang boleh aku kongsikan kepada semua, pengalaman berblog dari tahun 2008 sehingga hari ini amatlah bermakna dan banyak mengajar aku dalam dunia intelektual ini. Aku berharap juga aku akan menjadi ‘SESEORANG’ di dalam dunia Blogger Malaysia suatu hari nanti. Insyallah.

nota kaki: tak menang pun tak apa. sekadar berkongsi. =)

May 14, 2012 at 10:00 am
5 comments
azura

Batu Belah Batu Konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya

Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya

Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka

Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka

Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka

Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti

Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

May 13, 2012 at 8:37 pm
9 comments
azura

Pengalaman www.akubiomed.com sebagai penulis blog

Terima Kasih Bro Akubiomed sebagai peserta ketiga belas (13) give away papan kekunci dot com 2012. Ikuti kisah sahabat blogger “Pengalaman menulis blog” sambil menambah ilmu pengetahuan dan sebagai rujukan. Ikuti pengalaman Bro Azrin sepanjang bergelar penulis blog.

Mula menulis blog pada tahun 2008.

Pengalaman menulis saya blog bermula pada tahun 2008. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan membaca beberapa kejayaan blogger menulis di blog menjana wang dengan blog macam senang dapat duit. Keinginan untuk mengetahui cara menulis blog dan bagaimana buat duit dengan blog tetapi tidak tahu bermula dari mana.

Objektif menulis blog kerana mahu duit dari blog.

Saya merasa hairan bagaiman blogger buat wang dengan membuat blog duit dari rumah dan menjana duit dari blog. Ia menimbulkan minat saya untuk mengetahui cara buat duit dari rumah. Saya mempercayai blog adalah cara menambah pendapatan sampingan dapat duit cepat.

Saya mengunakan google search engine untuk mencari maklumat cari duit dengan internet sehingga terjumpa satu laman anak tempatan menjual buku ebook cara membuat blog dengan Word Press. Dengan bermodal RM50 saya membeli buku ebook pertama untuk belajar cara menulis di blog. Bermula saat itu saya mengikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.

Saya membina blog dengan mengunakan platform Word Press dengan membeli pakej hosting dari NetKL dan sehingga hari ini saya masih setia dengan NetKL. Apa bila berjaya membina blog dengan hasil usaha sendiri dengan hanya membaca buku ebook panduan menulis blog yang dibeli pada harga RM50.

Ntah macam mana mood menulis blog menurun sehingga saya menguburkan domain yang dibeli begitu sahaja. Ini gara-gara mahu buat duit melalui blog. Kemudian saya membuka blog dengan blogspot dengan harapan boleh buat duit dengan blogspot. Saya mendaftar Adsense untuk buat duit dengan google dan berpendapat menulis blog dengan blogspot boleh dapat duit tanpa modal. Sekali lagi saya bermula dari bawah kerana platform Word Press dan Blogspot berbeza.

Saya juga terlibat dengan beberapa laman program buat duit luar negara yang menawarkan peluang cara-cara buat duit yang menjanjikan cara buat duit mudah. Caranya mudah adalah dengan klik iklan dapat duit yang disiar beberapa minit dapat buat duit cepat tetapi apabila sampai untuk cash out macam-macam alasan yang diberikan dan ada termasuk laman tersebut tidak boleh di akses. Saya berasa tertipu dengan rahsia buat duit dengan internet.

Pada tahun 2010 saya menulis blog semula tetapi dengan mengunakan nama domain baru dan masih memilih hosting NetKL sekali lagi untuk pembinaan blog baru. Kali ini saya tidak meletakkan wang adalah agenda utama. Saya kembali menulis blog. Blog Cikgu Dahlia adalah sumber saya mendapat senarai untuk membuat blogwalking selepas membaca tips menulis blog daripada Red Mummy mengenai membuat blog walking untuk cara blog kita dikenali dan untuk mendapatkan trafik blog.

Saya menyertai contest dan give away sebagai satu cara untuk memperkenalkan blog. Hasil penyertaan saya dapat duit blog dan ia ibarat duit segera. Saya mula mengenal dan belajar untuk menulis blog dengan lebih baik setelah mengenali beberapa blogger tempatan. Dari Bro Etomyam saya dapat tip trik blog dan beliau banyak berkongsi ilmu seperti, alexa blog ranking, backlink blog, free pagerank checker dan diblog ini saya praktiskan tip blog yang dipelajari. Kemudian saya mengenali bro Kulanz, bro DenaiHati, Kak Jie dan Yanmie tempat sumber saya mengali ilmu blogging pada awal saya membina blog.

Setiap orang mempunyai kisah silam ketika mula-mula menulis blog. Apa yang saya dikongsikan didalan entri ini boleh dijadikan tauladan dan pengajaran.

Entri ini adalah penyertaan saya untuk Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012.

May 13, 2012 at 12:00 pm
5 comments
azura

Novel Jika Itu Takdirnya

spacer

Novel Jika Itu Takdirnya – karya Santana Abady

sekilas kasih yang ku damba
serumpun sayang yang menjelma

terbitan nscr

Fahami bait-bait di akhir novel ini,

Mak,

pada kala ini mak masih bersama Ayu, Mak akan menyaksikan kebahagiaan yang sedang Ayu kecapi… Huzairi terlalu baik terhadap Ayu… dia menjaga Ayu dengan limpahan kasih yang tidak terhingga banyaknya..ternyata inilah jodoh yang ditentukanNya buat Ayu…

Mak,

kini, Mak punya dua orang cucu kembar, Nur Ainina dan Nurilyana.. mirip wajah Ayu bermakna mirip wajah Mak…

Mak,

walaupun Ayu sudah dimiliki, namun di hati ini masih merindui belaian kasih sayang Mak.. masih merindui senyum dan tawa Mak.. malah, kalau Ayu ada masalah, Ayu masih tercari-cari kata-kata manis Mak. Ayu rindu nasi lemak dan sambal tumis Mak, karipap yang Mak buat..semua tu tak dapat Ayu cari..

Kasih dan rindu ayu terhadap Mak takkan hilang walau ditelan zaman,takkan boleh diganti dengan sejuta emas dan permata.. hanya yang menemani Ayu adalah kenangan kita berdua… Ayu tetap menyayangi Mak.. selamanya…

Antara novel yang pernah saya baca dan menulis mengenainya. Hari ini Hari Ibu bagi tahun 2012, Selamat Hari Ibu.

May 13, 2012 at 12:20 am
1 comment
azura

Pengalaman www.ezatyanuar.blogspot.com sebagai penulis blog

Terima Kasih Miss Zaty sebagai peserta kedua belas (12) give away papan kekunci dot com 2012. Ikuti kisah sahabat blogger “Acara Berbalas Pantun” sambil menambah ilmu pengetahuan dan sebagai rujukan. Sambil mengenali blogger Zaty.

Assalamualaikum….

Pengalaman zaty sebagai penulis blog?? Zaty buat blog pada asal nya niat untuk berkongsi tips, petua atau kata-kata motivasi. Tapi, zaty tidak lah pandai mencipta petua sendiri. Kalau nak pun, perlu “copy paste” dari sumber yang lain. Jadi, macam tak seronok pula. Bila melawat blog orang lain, kebanyakan mereka menulis mengenai pengalaman mereka sendiri. Blog seperti diari (tapi, diari yang bagi peluang orang lain baca) hihi…

Memang tak salah. Kadang-kadan

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.