spacer spacer

Aku dan Dunia Blog

spacer May 3rd, 2012 spacer azman

 

SECARA jujur nya saya tidak dapat mengingati tarikh sebenar saya mula berminat dengan blog.Kalau tak salah saya blog pertama saya di buat sekitar tahun 2009.Itupun saya hanya sekadar minat menulis tentang luahan rasa hati saya.Pada masa itu tidak berniat untuk bersungguh-sungguh.Orang ada blog saya pun nak ada blog juga,senang cerita pada masa tu sekadar ikut-ikutan tidak serius seperti sekarang.

Seperti biasa dan saya rasa semua penulis blog yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan ada pengalaman masing-masing.Bila saya ingatkan semula,saya tersenyum sendiri,banyak perkara-perkara bodoh yang saya lakukan.Ada diantara nya saya tidak ceritakan.Biarlah saya simpan untuk kenangan buat diri saya.Maaf terlalu bodoh untuk diceritakan disini.

Hari pertama blog saya dicipta,terasa sungguh bangga dan macam tak percaya,saya mempunyai sebuah blog dan saya dapat menulis dan dapat dibaca oleh sesiapa sahaja.Saya merasakan saya sudah sangat bagus ketika itu.Saya terus menulis dan menulis tentang apa sahaja,ada kisah sedih,gembira,perasan tidak puas hati dan bermacam-macam lagi.

Saya ketika ini tersenyum sendirian bila mengenangkan semua itu.Tapi bagi saya itu semua pengalaman sebagai seorang blogger.Siapa nak bagi semua tu,melainkan kita mencuba nya.Bak kata pepatah;

 “Tak kenal maka tak cinta dah kenal mula nak menulis apa sahaja”

Merajuk dengan blog

Saya pernah merajuk dengan blog saya,terasa seperti malas untuk menulis lagi apabila setiap hasil tulisan saya tidak di komen oleh sesiapa.Pada masa itu saya menganggap jika tidak ada komen dari pembaca bermakna tulisan kita tidak dibaca oleh orang.

Anggapan saya,saya menulis hanya sia-sia.Agak lama juga blog saya kosong tanpa ada nukilan yang terbaru kerana saya sudah bosan menulis.Semangat saya jatuh berkecai seperti tidak mampu untuk disambung semula.

Suatu hari saya berjalan dari 1 blog ke 1 blog yang lain,melihat bagaimana mereka menghasilkan entry yang menarik dan banyak pula yang datang member komen.Dari situ saya dapat semangat semula dan muncul “mentol idea” bagaimana saya mahu menghasilkan entri yang baik dengan cara saya sendiri.Sebenarnya tidak susah cuma kena ada sedikit homework bagaimana untuk menarik minat pembaca.

Belajar dari kesilapan

Setelah mendapat semangat semula,saya terus berusaha mengkaji dimana kelemahan blog saya.Dari situ saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan blog saya sendiri.Blog saya agak berserabut pada masa itu,terlampau banyak widget2 sampah yang menganggu keselesaan pembaca.

Kesilapan ketara yang saya lakukan adalah lagu dalam blog saya.Kita merasa seronok jika ada lagu diblog kita,tetapi kita tidak pernah terfikir keselesaan orang lain pula.Saya tidak nampak perkara sebegini boleh menyebabkan pembaca terus menekan butang x.

Mungkin saya syok sendiri itu.Banyak lagi diantara punca mengapa blog kita tidak disukai,hanya anda dapat mengkaji kelemahan di blog masing-masing,kalau boleh cuba dapatkan komen dari rakan-rakan yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog.Moga-moga mereka sudi membantu.

 Pengalaman manis menjadi blogger

Apabila sudah bergelar blogger,pengalaman pahit dan manis  pasti tidak dapat dielakan,ibarat macam uda dan dara,dimana ada manis di situ jugalah ada pahit nya.Semuanya itu menjadi pengalaman paling berharga.Pengalaman manis apabila sebuah entri yang kita hasilkan itu hidup sehingga kini.Saya pernah menceritakan tentang saya menjadi seorang penasihat undang-undang kepada yang mempunyai masalah cara-cara ikat jamin di mahkamah.

Walaupun entri tersebut sudah lama di publish tetapi saya dapat banyak pertanyaan tentang cara-cara ikat jamin.Paling saya tidak dapat lupakan,ada seorang isteri kepada isteri OKT (ORANG KENA TAHAN) yang merujuk kepada saya sehingga suami nya boleh bebas dari tahanan,pada mula nya si isteri agak risau dan buntu,dan apabila di terangkan dia agak cool dan dapat bertenang.Saya berasa puas dapat menolong nya.Sehingga kini dia masih berhubung dengan saya dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada saya.

Pengalaman pahit menjadi blogger

Dalam dunia blog,tidak semua suka akan tulisan kita,tak di nafikan juga ada yang tidak puas hati apabila ada perkara bercanggah pendapat dengan kita.Biasa nya apabila bercanggah pendapat, mereka mula menyerang habisan-habisan dan mereka mula berhujah.Apabila hujah kita tidak dapat dipatahkan mereka mula menyerang peribadi kita.Sebagai seorang blogger kita kena terima hinaan,kutukan apabila ada yang tidak bersetuju dengan kita.

Kalau dalam mana-mana negara sekali pun memang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.Kita tidak dapat lari dari perkara sebegini.Kita kena bijak mengawal situasi agar terkawal.Jika kita juga beremosi maka  makin marak lah api kemarahan mereka.

Nasihat saya

Dalam dunia blog macam –macam perkara kita jumpa,bak kata pepatah “seribu orang seribu rasa”.Apa yang paling penting kita kena matang dalam membuat sesuatu perkara.Kena bijak mengawal situasi  dan bijak menjaga imej kita sebagai blogger.Jangan terlalu emosi apabila menyampaikan sesuatu perkara yang kita tidak suka.Jadilah blogger yang matang dan berwibawa.Jika kita hendak kekal lama,cari kawan seramai mungkin dan binalah rangkaian dengan meraka.Jangan sesekali putuskan talian persahabatan dengan blogger yang lain.Kita manusia tidak sempurna yang sempurna hanya Allah Taala!

Keep on blogging!

 

*ENTRI INI UNTUK PENYERTAAN

GIVEAWAY PAPAN KEKUNCI DOT COM 2012

 

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Aku dan Dunia Blog, 9.5 out of 10 based on 2 ratings

Related Posts:

  • No Related Posts
spacer Posted in Kontest
« Ketika Nak Hujan!
Buku Permata Yang Hilang (Hamka) Kereta Mayat »
You can leave a response, or trackback from your own site.

39 Responses to “Aku dan Dunia Blog”

  1. spacer Myra Jay says:
    May 3, 2012 at 5:41 am

    Good luck Bro..

    Mmg banyak kenangan dalam berblog ni kan..? Setiap orang ada kisah sendiri spacer

    Penah jd penasihat undang2 ye? Boleh refer sini la kalau sesiapa ada masalah ikat jamin spacer

    Reply
  2. spacer azmanisma says:
    May 3, 2012 at 9:09 am

    Banyak sangat kalau nak cerita semua tak habeh he3..

    Reply
    • spacer Myra Jay says:
      May 4, 2012 at 11:25 am

      Yela, kalau lagi lama berblog lagi banyak kenangannya kan spacer
      Myra Jay artikel terbaru saya..Resepi Ayam Dendengspacer

      Reply
  3. spacer Izzuddin Fauzi says:
    May 3, 2012 at 9:22 am

    Secara serius… Hehehe… I’cant stop blogging… Pernah stop blogging 3bulan then gian balik…

    That me… And I hope that bro akan tersu berblogging… Don’t stop… Ada kebaikannya…

    Raiting you: 9.5/10 +1
    Izzuddin Fauzi artikel terbaru saya..Rakaman Fatin Liyana dan Daiyan Trisha @ (MHI) TV3spacer

    Reply
    • spacer azmanisma says:
      May 3, 2012 at 9:36 am

      Insyallah bila dah rakan blog beri sokongan bersemangat pulak rasanya..

      Reply
  4. spacer Shahrul says:
    May 3, 2012 at 9:37 am

    best la baca pengalaman bro…keep on blogging

    Reply
    • spacer azmanisma says:
      May 3, 2012 at 10:10 am

      Semua orang ada pengalaman tersendiri kan he3..

      Reply
  5. spacer Kujie says:
    May 3, 2012 at 11:07 am

    kak jie dah sampai tahap – suam suam kuku. Sebab blog dah ada, teruskan dgn seadanya. Keghairahan tak mcm dulu.

    banyak pengalaman yang ditempuh , semuanya dijadikan panduan utk diri sendiri dalam mengimbangkan kehidupan dalam dunia cyber.
    Kujie artikel terbaru saya..Bukan Merungut Cuma Berkongsi Jalan Hidupspacer

    Reply
    • spacer azman says:
      May 3, 2012 at 5:45 pm

      Kak Jie lagi byk…suam pun masih ada peminat setia…

      Reply
  6. spacer hazman aka species1980 says:
    May 3, 2012 at 12:14 pm

    Menarik jugak perjalanan dunia blogging bro nie…. tapi yang paling penting cara dan gaya bahasa kita pasti akan berubah dari semasa ke semasa kan….

    Reply
    • spacer azman says:
      May 3, 2012 at 5:44 pm

      yup betul tu…kena ada gaya tersendiri…baru best…enak kl dah tanya bila nak publish masa ko gi lunch hari tuh hehehehe..

      Reply
  7. spacer azura says:
    May 3, 2012 at 1:43 pm

    alhamdulillah tq En Azman…semangat berblog itu memang perlu…boleh tak jika saya publish di blog saya untuk penyertaan ini…
    azura artikel terbaru saya..Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012spacer

    Reply
    • spacer azman says:
      May 3, 2012 at 5:42 pm

      silakan…salah satu syarat nyer kan hehehe..

      Reply
      • spacer azura says:
        May 3, 2012 at 9:14 pm

        tq En Azman…saya dah publish tq
        azura artikel terbaru saya..Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012spacer

        Reply
        • spacer azman says:
          May 4, 2012 at 12:59 am

          ok thanks Zura..

          Reply
          • spacer azura says:
            May 6, 2012 at 4:39 pm

            en azman saya mohon email artikel ni ke azura@papankekunci.com ikut syarat… boleh tak maaf yer lambat beritahu
            azura artikel terbaru saya..Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012spacer

            Reply
  8. spacer akubiomed says:
    May 3, 2012 at 1:53 pm

    Asam garam kehidupan blogger terutama yang baru hendak berjinak-jinak didalam bidang penulisan. ‘It is part of learning process’. Selamat berjaya kepada bro. spacer
    akubiomed artikel terbaru saya..Juara didalam kehidupan sayaspacer

    Reply
    • spacer azman says:
      May 3, 2012 at 5:40 pm

      tq…tq..

      Reply
  9. spacer iza says:
    May 3, 2012 at 4:23 pm

    Assalam..
    Moga berjaya.
    Setiap blogger, pasti ada pahit manis kehidupan..
    iza artikel terbaru saya..SEO Lelaki Kacak.spacer

    Reply
    • spacer azman says:
      May 3, 2012 at 5:40 pm

      thanks Iza…

      Reply
  10. spacer cik tom says:
    May 3, 2012 at 5:59 pm

    byk pengalaman berblogging ni..ada pahit n manis nya..tp semua tue jd pengalamn terindah+semangat utk berblogging selagi termampu..
    cik tom artikel terbaru saya..

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.