Manchester City Juara Liga Inggeris Musim 2011/2012

May 14, 2012 Posted by admin
Comments (12)

spacer

Hai friend. Tengah malam tadi Manchester City menjulang Piala Liga Inggeris musim 2011/2012. Manchester City berjaya menundukkan QPR dengan jaringan 3-2. Perlawanan terakhir yang hampir-hampir menyaksikan QPR menewaskan Manchester City. Namun jaringan Dzeko dan Aguero pada masa tambahan berjaya menyelamatkan Manchester City, sekaligus menjulang piala Liga Inggeris. Terus terang, Nal tumpang gembira dan tahniah kepada pasukan Manchester City kerana berjaya menyekat Geng Syaitan Merah menjulang Piala Liga Inggeris. Pipi merah jambu Sir Alex Ferguson (sorry jika salah eja) pastinya bertukar kepada warna merah.

P/S – Harap-harap Chelsea mampu menjulang Piala Liga Juara Juara Eropah 2012.

spacer
Category: Sukan   Manchester City Juara Liga Inggeris Musim 2011/2012
Read More

Selamat Hari Ibu – 13 Mei 2012

May 14, 2012 Posted by admin
Comments (3)

spacer Hai friend. Di Malaysia, hari ibu disambut pada hari ahad minggu kedua setiap tahun. Dan di tahun 2012 ianya jatuh pada tarikh 13 Mei. Sebagai seorang anak, Nal mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada Mama Nal, yang berada di Kudat kerana melawat adik bongsu Nal yang sangat manja. Sebak Nal rasakan, seolah olah terlalu banyak kesalahan yang Nal buat. Nal harap mama sentiasa sihat dan berjaya dalam bidang yang dia ceburi. Kepada ibu-ibu yang berkunjung di blog Ronaldmohoni.Com, Selamat Menyambut Hari Ibu, Nal ucapkan.

spacer
Category: Cerita Blogger   kad hari ibu, Selamat Hari Ibu, ucapan hari ibu
Read More

Video Wawancara Abang Nara Beautifulnara.Com

May 9, 2012 Posted by admin
Comments (14)

Hai friend. Rasa lemas badan sudah pun hilang. Kepala pun tak pening lagi. Terus mandi dan lepak depan PC sambil menyemak email. Dalam banyak-banyak email, Nal tertarik dengan satu email yang ingin mengongsikan beberapa video tentang video strategi dan tips perniagaan. Tapi bukan itu yang menarik perhatian Nal, sebaliknya Nal tertarik dengn video eksklusif kejayaan usahawan blog iaitu Abang Nara, pemilik Beautifulnara.Com. Siapa tidak kenal dengan Abang Nara. Blognya iaitu Beautifulnara.Com merupakan blog nombor 1 di Malaysia, mengikut Alexa Rangking. Pengunjung blog Beautifulnara.Com juga melebihi suku juta setiap hari.

spacer

Ok, video ini merupakan video wawancara Abang Nara oleh Shahabudeen Jalil. Video sepanjang 9:39 minit ini bakal mengongsikan pengalaman Abang Nara dalam dunia blogging secara ringkas. Walaupun ringkas, tetapi ianya mampu membangkitkan semangat blogging kepada blogger yang menontonnya. Berminat untuk menontonnya, boleh dapatkan secara percuma di [WEB USAHAWAN] Sah hingga 20 mei 2012.

 

spacer
Category: Cerita Blogger   Video Wawancara Abang Nara Beautifulnara.Com
Read More

Buffered Earning Nuffnang Ke-6 2012

May 9, 2012 Posted by admin
Comments (19)

Hai friend. Hari ini Nal kurang sihat. Badan lemas semacam. Mungkin kerana tidak cukup tidur. Kenapa tidak cukup tidur? biarlah rahsia. Ok, walaupun badan lemas semacam, hati terdetik untuk log in akaun Nuffnang.

Dipendekkan  cerita, blog Ronaldmohoni.Com mendapat BE ke 6 untuk tahun 2012. Syukur, kerana rezeki masih lagi masuk melalui blog. BE tersebut dari Digi. Terima kasih kepada pengiklan dan pihak Nuffnang kerana memberi kepercayaan kepada blog ini. Salah satu blog lama Nal iaitu , mediakini.blogspot.com, sedang dihuni 2 BE, kira oklah, walaupun sudah setahun lebih tidak diupdate.

spacer

Ok, kita tinggalkan bab BE dan Nal nak sentuh duit percuma RM220 yang Nal nak beri melalui Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.Com dan Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012. Setakat ini, pertandingan pengomen tegar telah mendapat penyertaan dan Nal yakin bilangan peserta akan melebihi sasaran Nal. Untuk Pertandingan Review Blog, ianya masih belum mendapat penyertaan, tetapi Nal yakin akan ada penyertaan yang dihantar. Bab bab review nih, kebanyakan peserta menghantar penyertaan pada saat saat akhir untuk mengelakkan review mereka ditiru dan itu adalah strategi. Ok, itu sahaja untuk kali ini, Nal nak sambung tidur.

spacer
Category: Duit Online   Buffered Earning Nuffnang Ke-6 2012
Read More

Chelsea Juara Piala FA 2012

May 6, 2012 Posted by admin
Comments (7)

spacer

Hai friend. Tengah malam tadi, Chelsea menjulang Piala FA musim 2012 selepas menundukkan Liverpool dengan keputusan 2-1. Satu hakikat yang harus diterima oleh penyokong pasukan Liverpool. Nal merapu banyak pun tak guna, yang penting corak permain Chelsea agak baik dan menarik. 2 jaringan Chelsea dari Ramires dan Drogba sudah cukup untuk menjulang Chelsea sebagai juala Piala FA. Harap-harap, Chelsea juga mampu menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah 2012.

P/S – Agak-agak, mampukah Pasukan Syaitan Merah menjulang Piala Liga Inggeris. Hehehehe.

spacer
Category: Sukan   Chelsea Juara Piala FA 2012
Read More

Kisah Penulis Blog Dan Ronaldmohoni

May 5, 2012 Posted by admin
Comments (24)

Hai friend. Hujung minggu yang agak dingin. Angin bertiup kencang. Awan mendung berarak. Namun perjuangan dalam dunia blogging harus diteruskan. Walau ribut taufan melanda. Hari ini Nal ingin berkongsi sedikit pengalaman sebagai penulis blog.

Nal mula menulis di blog sejak 2008 di blog Mediakini. Tulisan banyak berkisar tentang dunia politik. Walaubagaimanapun, Nal berhenti menulis kisah politik dipenghujung 2008 atas beberapa sebab. Artikel berunsurkan politik dihapuskan dan Blog Mediakini berdiri sebagai blog sains kesihatan.

Nal menyertai Nuffnang sebagai medium menjana pendapatan pada 13 Jan 2009. Tetapi hanya mendapat Cek pertama pada 28 Jan 2010. Setahun baru mendapat hasil sebanyak RM136.22. Dengan duit itu Nal beli Broadband untuk memudahkan proses mengupdate blog.

Seperti ada yang tidak sempurna, Nal mewujudkan blog Ronaldmohoni.Com. Blog yang menggunakan wordpress, bukan blogger.com. Beli domain, sewa hosting, satu perkara yang membuatkan Nal terujah. Tanpa berfikir panjang, Nal membina beberapa lagi blog.

Namun, dunia blogging bukanlah semudah yang di sangkah. Blog-blog yang dibina mula mendapat serangan pengodam, satu perkara yang membuatkan Nal rasa ingin berhenti dari dunia blogging. Tetapi, bukan mudah untuk berhenti apabila kita mula ketagih dengan fenomena blog, blogger, blogging.

Perjalanan masih jauh. Impian untuk menjadi blogger sepenuh masa masih lagi belum tercapai. Yang pasti, perjuangan mesti diteruskan. Khas untuk Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012.

spacer
Category: Giveaway Dan Peraduan   Kisah Penulis Blog Dan Ronaldmohoni
Read More

Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta

May 2, 2012 Posted by admin
Comments (13)

Hai friend. 30 April, jam 9.00 malam, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abd Razak, mengumumkan gaji minimum pekerja sektor swasta kepada RM900 untuk semenanjung dan RM800 untuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Bagi golongan pekerja sektor swasta, ianya satu berita yang mengembirakan. Golongan majikan pula, mula mengeluh apabila mendengar berita ini. Ada juga yang menganggap ianya salah satu strategi kerajaan untuk menghadapi pilihan raya.

Persoalannya, bilakah gaji minimum ini diwartakan? kerana gaji minimum ini hanya dikuatkuasakan sepenuhnya selepas 6 bulan diwartakan. Kita tunggu dan lihat kesudahannya

spacer
Category: Berita Terkini   Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta
Read More

Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012

April 30, 2012 Posted by admin
Comments (50)

Hai friend. Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012 ini sepatutnya dianjurkan pada bulan April 2012. Tapi ianya tidak mendapat sambutan atau dalam kata lain, tiada sebarang penyertaan. Mungkin kurang promosi atau ramai blogger yang sibuk mengikuti pertandingan lain. Oleh itu, Nal mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan ini pada bulan Mei 2012.

Syarat Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012:-

1. Buat satu post tentang pertandingan ini di blog anda, bertajuk Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012. Post tersebut mestilah mengandungi sedikit penerangan tentang pertandingan ini, syarat-syarat pertandingan, hadiah pertandingan dan senarai penaja.

2. Letakkan senarai penaja Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012, di akhir post berserta link penaja. Contohnya:-

” Pertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com dan ditaja oleh ArtisMalaysiaTerkini.Com, OhSukan.Com, Blogger Monica Lok dari gadis999, dan Shaharil.Com”

3. Komen mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 patah perkataan.

4. Pertandingan bermula 1 Mei hingga 31 Mei jam 11.59 malam.

5. Keputusan pertandingan adalah muktamad.

Hadiah Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012 ialah:-

Tempat Pertama Komen Terbanyak: RM50 + Iklan Banner sebulan di Ronaldmohoni.Com + Iklan Banner Sebulan di ArtisMalaysiaTerkini.Com + Iklan Banner Sebulan di Shaharil.Com + Iklan Banner Sebulan di OhSukan.Com.

Tempat Kedua Komen Terbanyak: RM30 + Iklan Banner sebulan di Ronaldmohoni.Com + Iklan Banner sebulan di ArtisMalaysiaTerkini.com + Iklan Banner sebulan di OhSukan.Com.

Tempat Ketiga Komen Terbanyak: RM20 Sumbangan Monica Lok dari blog gadis999 + Iklan Banner di ArtisMalaysiaTerkini.Com

Tempat Keempat Komen Terbanyak: RM10 + Iklan Banner di ArtisMalaysiaTerkini.Com

Tempat Kelima Komen Terbanyak: RM10 + Iklan Banner di Ronaldmohoni.Com

Nal harap pertandingan ini mendapat sambutan dan mendapat sekurang-kurangnya 5 penyertaan. Ok, untuk makluman, Blog Ronaldmohoni.com juga menganjurkan Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.Com pada bulan Mei 2012.

Senarai Peserta Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012

1. Norasikin

2. Belajar Blogging

3. Akhiyy

Update 14 Mei 2012

spacer
Category: Giveaway Dan Peraduan   Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012
Read More

Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.Com

April 30, 2012 Posted by admin
Comments (23)

Hai friend. Seperti yang Nal janjikan, satu lagi pertandingan akan diadakan pada bulan Mei, iaitu Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.Com. Rasanya ramai blogger yang tahu bab-bab review nih. Tulislah apa saja, yang penting jangan maki blog Ronaldmohoni.com.

spacer

Hadiah Pertandingan:-

Hadiah Pertama: RM40 dan Iklan Banner 125 x125 di blog Ronaldmohoni.Com (sebulan)

Hadiah Kedua: RM30 dan Iklan Banner 125 x 125 di blog artismalaysiaterkini.com (sebulan)

Hadiah Ketiga: RM20 dan Iklan Banner 125 x125 di blog ohsukan.com

Hadiah Keempat: RM10

Syarat Pertandingan:-

1. Tajuk adalah bebas, yang penting isinya adalah review blog ronaldmohoni.com

2. letakkan senarai link penaja di akhir review, berikut senarai penaja:-

“Pertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com, dan ditaja oleh Ronaldmohoni.Com, ArtisMalaysiaTerkini.Com dan Ohsukan.Com”

3. Pertandingan berakhir pada 31 Mei 2012.

Ok, syaratnya cukup mudah dan senang, tak payah follow atau like fb. Pemenang dipilih berdasarkan kejayaan entri menarik perhatian Nal. Jika anda berminat, boleh mula tulis review dan hantar link entri di bahagian komen entri ini. Akhir sekali, jom join Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.com Mei 2012.

spacer
Category: Giveaway Dan Peraduan   Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.Com
Read More

Perhimpunan Bersih 3.0 Di Sabah

April 28, 2012 Posted by admin
Comments (15)

Hai friend. Hari ini Nal dapat menyaksikan perhimpunan bersih 3.0 di sabah, yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah. Nal bukan peserta, cuma seorang blogger yang ingin mengetahui visi dan misi Bersih 3.0. Pada mulanya peserta Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Shopping Kompleks Suria Sabah dan hadapan Restoran Sempelang, Asia City. Mereka mula berkumpul lebih kurang Jam 10.00 pagi, mungkin lebih awal dari itu.

Lebih kurang Jam 1, peserta Bersih 3.o bergerak dan berkumpul berhampiran Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Menghampiri Jam 2 petang, peserta bersih 3.0 bergerak ke Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Pada mulanya, peserta tidak dibenarkan memasuki Padang Merdeka oleh pihak polis. Tetapi atas budi bicara, peserta bersih 3.0 dibenarkan memasuki padang merdeka.

Maka bermulalah acara, ucapan oleh wakil NGO dan parti politik. untuk makluman, peserta himpunan hijau 3.0 juga menyertai perhimpunan ini, diketuai Aktivis Encik Muthu. Pemimpin politik pembangkang seperti Jeffry Kitingan dan Cristina Liew juga kelihatan. Datuk Yong juga kelihatan sewaktu berkumpul berhampiran Mahkamah, tetapi tidak perasan kehadirannya di Padang Merdeka. Jom layan beberapa keping gambar perhimpunan bersih 3.0 di sabah:-

spacer spacer spacer spacer spacer spacer

Rasanya tak perlu untuk dinyatakan tujuan bersih 3.0 diadakan kerana semua tahu Bersih 3.0 diadakan untuk menuntut 8  perkara dari pihak SPR. Apa yang menarik perhatian ialah tiada kekacauan berlaku dan perhimpunan diadakan secara aman. Kerjasama semua pihak amat mengujahkan, tiada provokasi berlaku. Yang menariknya, padang merdeka digunakan bersama oleh Perhimpunan Bersih 3.0 dan Persembahan mencegah rusuhan oleh pihak Polis.

spacer
spacer
Category: Berita Terkini   berita perhimpunan bersih 3.0 di sabah, cerita perhimpunan bersih 3.0 di sabah, gambar perhimpunan bersih 3.0 di sabah, perhimpunan bersih 3.0, perhimpunan bersih 3.0 di kota kinabalu, perhimpunan bersih 3.0 di padang merdeka, Perhimpunan Bersih 3.0 Di Sabah
Read More
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.