Kisah Penulis Blog Dan Ronaldmohoni

This entry was posted by admin Saturday, 5 May, 2012
Read the rest of this entry »

Hai friend. Hujung minggu yang agak dingin. Angin bertiup kencang. Awan mendung berarak. Namun perjuangan dalam dunia blogging harus diteruskan. Walau ribut taufan melanda. Hari ini Nal ingin berkongsi sedikit pengalaman sebagai penulis blog.

Nal mula menulis di blog sejak 2008 di blog Mediakini. Tulisan banyak berkisar tentang dunia politik. Walaubagaimanapun, Nal berhenti menulis kisah politik dipenghujung 2008 atas beberapa sebab. Artikel berunsurkan politik dihapuskan dan Blog Mediakini berdiri sebagai blog sains kesihatan.

Nal menyertai Nuffnang sebagai medium menjana pendapatan pada 13 Jan 2009. Tetapi hanya mendapat Cek pertama pada 28 Jan 2010. Setahun baru mendapat hasil sebanyak RM136.22. Dengan duit itu Nal beli Broadband untuk memudahkan proses mengupdate blog.

Seperti ada yang tidak sempurna, Nal mewujudkan blog Ronaldmohoni.Com. Blog yang menggunakan wordpress, bukan blogger.com. Beli domain, sewa hosting, satu perkara yang membuatkan Nal terujah. Tanpa berfikir panjang, Nal membina beberapa lagi blog.

Namun, dunia blogging bukanlah semudah yang di sangkah. Blog-blog yang dibina mula mendapat serangan pengodam, satu perkara yang membuatkan Nal rasa ingin berhenti dari dunia blogging. Tetapi, bukan mudah untuk berhenti apabila kita mula ketagih dengan fenomena blog, blogger, blogging.

Perjalanan masih jauh. Impian untuk menjadi blogger sepenuh masa masih lagi belum tercapai. Yang pasti, perjuangan mesti diteruskan. Khas untuk Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012.

spacer
spacer
Tags: Kisah Penulis Blog Dan Ronaldmohoni
Category: Giveaway Dan Peraduan
You can follow any responses to this entry via RSS.
You can leave a comment or trackback from your own site.

24 Responses to “Kisah Penulis Blog Dan Ronaldmohoni”

  1. spacer Norasikin
    05/05/2012 at 3:49 pm

    memang getir menjadi blogger. Kalau ikutkan hati, ingin saya tulis apa saja yg terdetik dihati tp akhirnya saya pilih hanya yang berkualiti sahaja supaya supaya dapat menjadi rujukan saya sendiri selain membantu orang lain

    Reply
    • spacer admin
      05/05/2012 at 6:30 pm

      Norasikin@ betul tu kak.

      Reply
  2. spacer Belajar Blogging
    06/05/2012 at 2:50 am

    Macam tu pulak kisah bro. Saya pun sama mula blogging tahun 2008 tapi semuanya dilakukan secara “TRY & ERROR”. Jadi, last2 blog tu terbiar. Mula guna dotcom sendiri lepas beli ebook berkaitan wordpress. Tapi, itupun terbiar lama. Jarang2 update, nak kata tiada idea. idea tu datang berlambak2, cuma bila nak menaip, nak menerangkan agak susah. Pening kepala memikirkan ayat yang sesuai & juga disebabkan kemalasan tahap tinggi. Hehehe

    Reply
    • spacer Norasikin
      08/05/2012 at 11:28 pm

      Saya pulak, nak mula menaip tu yg susah. Bila dah start menaip, mcm tak boleh berhenti pulak. Rasa mcm byk sangat nak ckp dengan harapan pembaca saya faham apa yg ingin saya terangkan

      Reply
      • spacer Belajar Blogging
        09/05/2012 at 12:12 pm

        Macam terbalik pula kes kita ni kan? Hehehe. Tapi memang betul, kadang2 ada je yang tak faham dengan apa yang kita sampaikan. Pernah kena dah sebelum ni. Susah betul nak buat orang faham. Kena terangkan lagi sekali..-.-”

        Reply
        • spacer cik tom
          15/05/2012 at 5:21 pm

          ciktom bila menaip pun jadi susah nak berhenti…hehe..
          tp kl ciktom dh siap taip satu2 entry tue makan masa nak publish sbb pastu edit2 plk xnak bg pnjg meleret n membosankan yg baca..

          Reply
  3. spacer azura
    06/05/2012 at 4:45 pm

    alhamdulillah ada juga rezeki berblog jika memang rezeki itu milik kita…tq join contest saya…mohon hantar artikel ini ke email saya azura@papankekunci.com mengikut syarat penyertaan…tq yer

    Reply
  4. spacer sjiehan
    08/05/2012 at 3:30 am

    goodluck bro!! saya pon x berani sgt tulis bab politik

    Reply
    • spacer Norasikin
      08/05/2012 at 11:29 pm

      saya memang tak minat politik dan tak de ilmu pun pasal politik. Tak gemar langsung dengan asam garam politik ni

      Reply
    • spacer Belajar blogging
      09/05/2012 at 12:01 am

      Sama la. Sebab bab politik buat ramai orang bergaduh, berpecah belah. Macam2 andaian, gosip, cerita yang dibuat untuk menjatuhkan pihak lawan. Bagi saya, apa yang diorang buat memang membazir masa saja, tak profesional & menghabiskan duit rakyat. Kalau la diorang jadi pemerintah, hancur negara.

      Bagi blogger lak, kalau yang sokong umno misalnya, kebiasaannya memang kasi tunjuk “badside” PAS, dan macam tu juga sebaliknya. Sekarang popular pasal bersih 3.0. Macam2 andaian, cacian, cerita,bla.bla.bla.

      P/s: Perkataan “diorang” ni tak merujuk kepada mana2 kumpulan, baik umno atau pas. Ia merujuk kepada sapa saja yang bersifat/berkelakuan macam yang saya sebutkan di atas. Harap2 ada pemimpin yang betul2 berkaliber di masa hadapan untuk mengurus negara ni. Kita lak sebagai rakyat, kena sentiasa berwaspada dengan apa yang disampaikan oleh media massa,dll bahkan jangan sampai sebab korang penyokong mana2 kumpulan, korang buat2 tak tahu je bila kumpulan yang disokong buat salah. Bagi yang beragama Islam, kita diajar agar menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara/berita yang disampaikan. Jangan terima bulat2 je. Bukan semuanya betul belaka.-.-”

      Reply
  5. spacer farahaznil
    08/05/2012 at 8:29 pm

    walaupun farahaznil dah berblogging selama 3 thn rasanya..tapi masih lagi tak jmpa apa nichie blog farahaznil..dgn kekangan masa agak sukar utk menumpukan sepenuhnya kepada dunia blog..hoho

    Reply
    • spacer admin
      08/05/2012 at 9:45 pm

      farahaznil@ kekangan masa? betul.

      Reply
    • spacer Norasikin
      08/05/2012 at 11:32 pm

      soal masa mmg tak boleh nak buat apa la. Cuma buat ikut keutamaan. Selalunya saya utamakan tanggungjawab dulu sebagai pendidik isteri dan ibu. Blog mungkin no 10 kot

      Reply
  6. spacer titan
    09/05/2012 at 11:17 pm

    biasalah tu. usaha tetap kena teruskan. hoho..

    Reply
    • spacer admin
      10/05/2012 at 9:13 am

      titan@ hoho spacer

      Reply
  7. spacer akhiyy
    10/05/2012 at 1:26 am

    teruskan perjuangan sebagai blogger..hehe

    Reply
    • spacer admin
      10/05/2012 at 9:10 am

      akhiyy@ thanks spacer

      Reply
  8. spacer chii
    13/05/2012 at 6:28 pm

    politik?? alamek..larii..ehehe..

    teruskan berblogging ya =) and all the best for giveaway =)

    Reply
    • spacer admin
      13/05/2012 at 8:42 pm

      chii@ thanks spacer

      Reply
  9. spacer cik tom
    15/05/2012 at 5:26 pm

    good luck!!
    tengok ramai blogger yang join contest ni..
    ciktom nak join contest dr blog ni dulu..
    pastu kl smpt br join contest lain..

    Reply
  10. spacer titan
    15/05/2012 at 9:19 pm

    hoho..aku tak tahu la kenapa aku tak dapat masuk blog azura ni..hmmm..

    Reply
    • spacer admin
      15/05/2012 at 11:10 pm

      titan@ apasal pula, Nal boleh masuk pun. spacer

      Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012 | papan kekunci dot com
  2. Pengalaman www.ronaldmohoni.com sebagai penulis blog | papan kekunci dot com

Leave a Reply

Click here to cancel reply.