Belajar Blogging & Niaga Online

Belajar blogging / Buat duit online tanpa modal / Panduan Affiliate / Tcs College

Pengalaman benggong aku sebagai penulis blog

with 4 comments

Sebelum aku melompat keluar melalui tingkap tidur, biar aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku sebagai penulis blog.  Aku mula berblogging sekitar tahun 2008 apabila aku terpengaruh dengan iklan2, blog2, forum, ebook dan macam2 lagi yang aku jumpa di google yang berkaitan buat duit online.

Aku apa lagi, bila baca artikel orang lain, tengok diorang punya screenshot cek dari nuffnang & sebagainya membuatkan aku rasa bersemangat nak blogging juga. Maklumlah, nak duit punya pasal. Ya, dulu aku mula berblogging gara2 terpengaruh dengan kata2 orang pasal boleh buat duit dengan blog. Dengan teknik “TRY & ERROR” aku buat la blog percuma di blogger.com

Mula2 tu memang rasa rajin nak kemaskini blog, artikel banyak aku taip, tapi kebanyakkannya merapu je bila aku baca balik. -.-” Waktu tu aku dah join nuffnang, dan aku pun mencuba la nasib. Perrghh! Senang la sangat buat duit dengan blog! Dapat la 25 sen macam tu dalam seminggu tapi yang paling seronok bila dalam 1 minggu tu langsung tiada 1 sen pun. Seronokkan? Bila difikir2kan balik, rasa macam tak berbaloi & buang masa aku je.

Akhirnya, aku pun mula malas dah nak kemaskini blog. Cek pertama dari nuffnang kalau tak silap aku, dapat selepas 1 tahun! Sengal.. -.-”  Waktu tu aku turut terpengaruh dengan google adsense, affiliate program, ptc, dll. Semuanya bila aku buat separuh jalan. Ada la juga dapat hasil tapi dari segi masa & tenaga yang dihabiskan memang tak berbaloi. Akhirnya, aku tinggalkan juga.

Banyak produk digital yang aku beli ebook, video tutorial dll untuk belajar lagi banyak pasal blogging. Aku ingat lagi banyak aku tahu, lagi banyak pendapatan aku boleh dapat. Tapi aku silap. Lagi banyak aku tahu, lagi binggung aku dibuatnya. Tak tahu nak mula yang mana dahulu. Bila cuba google adsense, tiada klik terus “give up”, cuba promosikan produk affiliate tak ada yang nak beli aku pun “give up”, dengan nuffnang pun aku hampir “give up”.

Itu lah kalau korang nak tahu, penyakit “Limpahan Maklumat”. Silap aku dulu, aku tak fokus. Fokus ni bukanlah perkara senang, tapi tak mustahil. Caranya kena bagi komitmen dalam satu pekerjaan je dalam suatu masa (tempoh) & kesabaran yang tinggi diperlukan. Kedua, silap aku bila buat separuh jalan, tak pandai nak bersabar. Aku lupa, budak kecik yang baru hendak belajar berjalan pun mula2 merangkak2 berbulan2 lamanya kemudian barulah dia boleh berjalan. Aku pula, nak duit cepat je. Apa, ingat duit tu jatuh dari langit ke?-.-” Dan yang ketiga silapnya aku dulu mula blogging sebab nak duit sangat yang mana akhirnya “Frustrated”.

Aku harap korang tak jadi macam aku, tak salah niat nak dapatkan duit dari blog. Tapi, lebih baik jangan jadikan ianya sebagai keutamaan sebab manusia ni sifatnya bila dia mahukan sesuatu, dia akan berkeras nakkan benda tu, tapi bila tak dapat “Syok sendiri stress”. Betul kata pakar2, otai2 blogger.

“Bila blogging, berfikir la seperti pelawat. Kenapa diorang melawat sesuatu blog? Apa yang diorang harapkan? Ingat! Diorang harapkan maklumat / Informasi yang dicari2. Berikan kepada diorang, dan pastinya diorang akan datang lagi & besar kemungkinan diorang akan menyampaikan kepada orang lain bertapa bagusnya blog korang”.

Dari situlah bermulanya pelawat yang semakin ramai berkunjung. Bagi blogger: Pelawat = $$$ . Kalau inginkan $$$, hargailah pelawat blog korang. Berikan yang terbaik, nescaya hasilnya pun baik. Blog saharol.com ni dibina sebab aku nak belajar pasal domain+hosting, cpanel, squeeze pages, dll. Blog ni pun baru mula nak dikemaskini selalu sebab sebelum ni terbiar je atas sebab2 peribadi & …. MALAS. Ssshhhh! Jangan malas2!

P/s: Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat buat sesiapa sahaja yang membacanya. Artikel ini ditulis sebagai tanda penyertaan bagi “Give away Papan Kekunci Dot Com 2012″

Yang nak tidur,

Admin

Written by saharol

May 7th, 2012 at 9:20 pm

Posted in Belajar blogging,Buat duit dengan blog,Buat duit online tanpa modal,Pertandingan & Give away!

Tagged with belajar blog, belajar blogging, buat duit dengan blog, buat duit dengan fiverr.com, hadiah untuk dimenangi, pengalaman menulis blog, penulis blog, pertandingan dah give away blog

« Aku sibuk..sebab ada Expo MARA UPTOWN Bagi Bulan Mei 2012
Aku mabuk.. »

4 Responses to 'Pengalaman benggong aku sebagai penulis blog'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Pengalaman benggong aku sebagai penulis blog'.

  1. memang benar kadangkala bila dalam seminggu iklan blog tak tak ada jana pendapatan buat kita hampa tapi semakin hari semakin hebat kita berblog…tq kerana turut serta dalam give away ini dan mohon anda menghantar sesalinan artikel ini ke azura@papankekunci.com mengikut syarat penyertaan tq…

    spacer

    azura

    8 May 12 at 3:25 AM

  2. memang betul.macam bisnes,customer is alway right.pelawat dtg nak carik maklumat,bukan nak dgr kita merper merapu raban.hahha tabik spring kat awok

    spacer

    mohammednajib

    8 May 12 at 11:37 AM

  3. [...] Nur Azam Shahdan 6. Miss Lin Azlina 7. Bro Ronaldmohoni 8. Miss Nurul Azieyan 9. Bro Azri Johan 10. Bro Saharol Related Posts:Pengalaman www.ronaldmohoni.com sebagai penulis blogPengalaman www.padinno.com [...]

    spacer

    Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012 | papan kekunci dot com

    8 May 12 at 12:14 PM

  4. Seronok baca pengalaman ni. Memang tak semua yang kita ingini begitu mudah tercapai, kan!

    spacer

    Kak Long Mawar Merah

    11 May 12 at 11:56 AM

Leave a Reply

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.