K.L Sudah Bersih
Salam!
Pejam celik kita sudah berapa di hujung bulan April,esok dah masuk bulan Mei,cuti 1 hari lepas tu kita semua akan mengharungi bulan yang baru.Hampir ½ tahun dah kita berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan kita yang tidak akan habis selagi nyawa di kandungan badan.Walau apa pun alasan hidup mesti diteruskan untuk mencari keredhoan Ilahi.
Perhimpunan BERSIH sudah pun berlalu,kini hanya tinggal perbalahan antara kedua pihak,tak perlu dirisaukan sangat,apabila sudah reda,kita semua akan jadi menjalani kehidupan seperti biasa.Cuma satu pesanan jangan terlalu fanatik dengan laporan semasa,cari lain-lain sumber untuk mengetahui cerita yang sebenar.Moga-moga kita tidak menjadi orang-orang yang hanya dengar dari 1 sumber sahaja.
Hari ini ibu kota Kuala Lumpur kembali bernafas seperti biasa,cuaca dari pagi cerah dan berbahang sejak dari semalam lagi.Ada mulut-mulut nakal berkata bahangnya disebabkan perhimpunan semalam yang dihadiri oleh ribuan/puluh ribu/ratus ribu orang.Kebenaran nya tidak dapat disokong dengan fakta,anggap ia cakap-cakap kosong untuk menghiasi kata-kata gurauan.
Kalau baca surat khabar hari ni,berita pasal semalam memenuhi ruang muka depan.Surat Khabar macam goreng pisang panas hari,tak sampai jam 12 ada kedai yang sudah habis menjualnya.Surat khabar Kerajaan dan surat khabar pembangkang sama naik sama banyak laku nya hari ni.Dari situ ada keseimbangan dalam laporan.Bagi rakyat yang dahaga kan informasi pasti mencari 2 sumber yang berbeza supaya dapat disimpulkan kebenaran.Salah tetap salah,yang betul tetap betul,kena terima hakikat tersebut,baru kita berasa lapang fikiran dan aman.
Dalam pada itu tidak dinafikan juga ada yang terlalu fanatik pada 1 sumber berita sahaja,kerana mereka pada mereka mereka hanya sumber ini yang betul dan yang lain tidak.Sekali lagi saya tegaskan yang salah tetap salah,yang benar tetap benar.Bijak mentafsir kita tidak akan tersesat dengan mainan-mainan politik masa kini.
Wassalam!
loading...
loading...
Related Posts:
34 Responses to “K.L Sudah Bersih”
-
segalabenda says:April 30, 2012 at 1:30 pm
betul tu bro..sebagai rakyat yang biasa..kita perlu dapatkan sebanyak mana sumber dari kedua-dua belah pihak dan buatlah penilaian dengan adil selain relevan dan logik..ketepikan dulu ideologi kita sekejap..
segalabenda artikel terbaru saya..Review Netkl webhostingReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:50 am
Wajib kita menilai supaya kita tidak berada dipihak yg salah….
Reply
-
-
Shahrul says:April 30, 2012 at 2:11 pm
Orang yang fanatik yang susah, semua benda tak kena…dia je yang betul
macam-macam hal…
Shahrul artikel terbaru saya..665 Juta Tablet Akan Digunakan Menjelang 2016Reply-
azman says:May 1, 2012 at 12:49 am
Jangan terlalu fanatik,kena bijak menilai.
Reply
-
-
cik tom says:April 30, 2012 at 3:47 pm
sebaiknya kena dgr dr 2-2 belah pihak dan cuba nilaikan mana yg bagus..
cik tom artikel terbaru saya..Panduan Bisnes Cupcake dari Rumah Cara MudahReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:47 am
Kena bijak menilai itu yg penting…
Reply
-
-
Azie says:April 30, 2012 at 6:20 pm
Harap negara kita Aman dan sentosa untuk generasi masa hadapan.
Azie artikel terbaru saya..Iklan NuffnangReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:46 am
Harap begitulah Cik Azie..
Reply
-
-
azura says:April 30, 2012 at 6:48 pm
betul tu dah setengah tahun masa berlalu…BERSIH 3.0 pun dah jadi kenangan
azura artikel terbaru saya..Habis April Masuk MeiReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:46 am
Dah jadi sejarah!
Reply
-
-
titan says:April 30, 2012 at 8:46 pm
hehe..dah bersih habis la ni kiranya ye..
titan artikel terbaru saya..Kursus Radio Amatur MalaysiaReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:45 am
sapu bersih TITAN!
Reply
-
-
Kak Long Mawar Merah says:April 30, 2012 at 9:54 pm
Memang cepat bersih meja surat khabar.
Kak Long Mawar Merah artikel terbaru saya..Ingin terbang di WaterfrontReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:44 am
Pasti laris Kak Mawar
Reply
-
-
Jebeng Otai™ says:April 30, 2012 at 10:13 pm
pendekatan yg baik utk degar 2-2 pihak..baru leh tahu siapa yg bohong sape yg benar..
cth mcm polis langgar peserta bersih..ade yg terperosok dibawah kereta..apabila sudh diterbalikkan..tiada apa dibawahnya..
siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama2 jdik pencuri..
Jebeng Otai™ artikel terbaru saya..Internet Webhosting : Unlimited PlanReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:44 am
Saya setuju ungkapan tu..
Reply
-
-
akubiomed says:April 30, 2012 at 10:32 pm
Siapakah yang membuat pembersihan dek kekotoran yang dilakukan oleh penyokong BERSIH 3.0?
akubiomed artikel terbaru saya..Menguja deria anda dengan LG Cinema 3D Smart TVReply-
azman says:May 1, 2012 at 12:43 am
Seperti biasa Alam Flora Sdn Bhd he3..
Reply
-
-
bardboo says:May 1, 2012 at 7:54 am
saya cuma boleh perhatikan dari jauh je..
bardboo artikel terbaru saya..Apa Kata Mereka? Dan Pemenangnya Jatuh Kepada…Reply -
nizamghazi says:May 1, 2012 at 10:23 am
Saya adalah seorang yang tidak pro atau kontra pada mana2 pihak.
Cuma pemerhati sahaja. Sebab perlu buat research mendalam dahulu sebelum bertindak.Reply-
azman says:May 2, 2012 at 3:17 pm
ko mmg smart SNG…
Reply
-
-
izwanyusof says:May 1, 2012 at 7:04 pm
kali ni paling banyak manipulasi dari dua2 pihak. dah 2-3 hari saya perhati. masing2 akan pertahankan ultras masing2. buat masa ni,baik buat kerja kita dulu habiskan..
izwanyusof artikel terbaru saya..Diskspace Limit,Defacement,Blogging dan PhotographyReply -
kulanz says:May 2, 2012 at 12:02 am
BERSIH.. satu pihak kata ini, pihak yang satu lagi kata itu.. aku tak tau nak kata banyak sebab tidak terlibat secara langsung.
apa pun yang penting bandaraya KL dah bersih dari sampah sarap
kulanz artikel terbaru saya..Pencapaian Terbaik Blog Sehingga April 2012Reply-
azman says:May 2, 2012 at 3:22 pm
dah bersih semuanya…syukurlah…
Reply
-
-
Amirez says:May 2, 2012 at 1:59 am
pening kepala hari2 bila buka fb mesti ada cerita pa