Apa Kata Mereka? Dan Pemenangnya Jatuh Kepada…

by Bardboo on May 1, 2012 · 35 comments

Assalamualaikum.

Akhirnya dah tamat gak ‘Sharing is Caring’ Contest & Giveaway. Walaupun tak ramai yang join, tapi saya tetap puas hati sebab dah dapat banyak input dari blogger2 yang dah buat entri review. Memang terbaiklah entri2 yang dihasilkan. Kat sini saya senaraikan peserta yang dah join beserta dengan perkara2 yang diorang sarankan. InsyaAllah saya akan buat, tapi benda ni ambil masa. Kena buat satu per satu dulu.

spacer

1. AkuBiomed – Skodeng blog Bardboo yang nun di Perancis

Nampak gayanya AkuBiomed jadi peserta pertama yang menyahut cabaran buat review. Dan secara kebetulan juga, AkuBiomed terpilih sebagai peserta bertuah untuk ‘lucky draw’. Nanti sila emel saya ye untuk urusan hadiahnya.

spacer

Peserta ini menyarankan saya untuk:

  • kurangkan jumlah entri di bahagain front page kepada 4 atau 5 – dahbuat
  • memaksimumkan penggunaan feature image dengan menggunakan address link – tak faham apa maksudnya, tapi akan explore nanti
  • buat Google Snippet – yang ni memang dah banyak kali cuba sejak baca mengenai google snippet di blog Denaihati. Tapi sampai sekarang tak setel2 lagi. Kena usaha lebih lagi nampaknya lepasni

2. Kimmie – Giveaway di Blog Bardboo | “Sharing is Caring’

Kimmie sarankan saya untuk:

  • tambah widget entri popular – akan dibuat dalam masa terdekat
  • gantikan paparan entri terbaru dengan paparan lain – yang ini saya tetap akan kekalkan rasanya. Sebabnya bagi saya, bukan semua orang rajin nak pergi ke homepage untuk tengok senarai entri terbaru

3. Ibu Mifzal Arsyad – Review Blog Bardboo

[JOM TERJAH ] Orang ni gila ke apa nak main selak2 plak masa trafik jammed??

Yang dicadangkan:

  • Gunakan plugin Post Thumbnail – bila dah baca entri ni, baru saya perasan yang bahagian homepage blog ni nampak terlalu kosong. Jadi, benda ni memang saya akan buat lepasni

4. Kulanz Salleh – Menyelongkar Penulisan Blogger Wanita Cantik

Ini entri review paling panjang. Saya rasa mesti ambil masa lama untuk hasilkan entri ni. Yang dicadangkan oleh beliau adalah:

  • hilangkan comment moderation – ok akan dibuat sekejap lagi
  • seo optimization – saya sangat suka apa yang Kulanz kongsikan untuk bahagian ini. memang saya perasan bahagian SEO ni di theme thesis, tapi tak pasti apa yang perlu diletakkan
  • setting size gambar/media – memang perasan ada entri2 yang gambarnya dah ‘terlebih sudah’ saiznya. sekarangni dah tahu dah kat mana nak setting saiz2 tu. thanks!

5. Berkenalan Dengan Blogger Wanita Dari Perancis

Entri yang ini pun boleh tahan panjangnya. Dah la ditaip masa tengah demam, memang tabik spring la! Hehe. Yang disarankan leh HadiHanafee ialah:

  • gunakan plugin wp nagivation – sejujurnya saya pun memang tak suka dengan nagivation ‘previous/next’ yang disediakan oleh thesis ni. tapi untuk guna wp-nagivation tu, banyak setting yang perlu dibuat. jadi saya kena pilih satu hari yang betul2 free untuk buat benda ni. InsyaAllah
  • gunakan plugin Gzip compression – yang saya musyilkan di sini, macam mana dengan guna plugin ni boleh kurangkan penggunaan bandwidth pengguna ek? boleh sesiapa jelaskan tak?

6. Ziefauzi -Blog Review | Bardboo.com

Ini pula merupakan peserta terkahir untuk contest ni, dan kak zie cadangkan saya untuk:

  • tambah border – ok akan buat jap lagi
  • besarkan atau ketengahkan header – yang ni kena pertimbangkan dulu, hehe..sebabnya sekarangni mata tengah suka tengok header yang kecil2 je
  • susun entri elok2- sekaragni blog masih terterrabur lagi. InsyaAllah, akan disusun dengan betul2 selepas ini.

Yaey siap gak entri ni! Ambil masa sejam tu. Ok nak rehat sekejap, pastu baru buat sikit2 perkara2 yang dah dicadangkan oleh mereka2 ini yang berani menyahut cabaran. Terima kasih!

Oh untuk pemenangnya pula. Setelah baca balik kesemua entri2 review, saya dah buat pilihan untuk pemenang contest ini adalah Kulanz Salleh. Sebabnya terlalu banyak input yang saya dapat dari entri beliau. Dan saya rasa kalau korang2 baca entri review tu pun, korang boleh dapatkan beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk blog sendiri. Jadi kepada Encik Kulanz, sila contact saya juga ye untuk urusan pemberian hadiah.

Dan untuk pengomen terbanyak plak, jatuh kepada Kimmie dengan jumlah komen sebanyak 56. Tahniah! Jangan lupa emel ye untuk urusan hadiah juga. =)

Google+
  • Email
  • Print
  • Related posts:

    1. Terima Kasih Buat Mereka
    2. Mereka Rajin Komen: Disember 2011
    3. Mereka Rajin Komen: Januari 2012
    4. Tutorial – Tukar Blog NoFollow kepada DoFollow
    5. Mereka Rajin Komen: Februari 2012
    6. ‘Sharing is Caring’ Contest & Giveaway
    7. Betul Ke? Kata orang…
    spacer

    Bardboo – sudah menulis sebanyak 714 artikel untuk Blog Bardboo.

    Penulis merupakan seorang wanita yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata. Buat masa sekarang, penulis dan keluarganya menetap di Toulouse, Perancis. Blog Bardboo ini digunakan sebagai tempat untuk penulis mencatatkan kisah hidupnya di perantauan. Penulisan di blog ini merupakan inisiatif penulis sendiri, dan sebagai perkongsian dengan semua.

    { 35 comments… read them below or add one }

    ← Previous Comments

    spacer kulanz May 14, 2012 at 3:13 am

    Maaf lambat pula beri respon sini..
    terima kasih sebab memilih entri aku sebagai pemenang, penghargaan yang besar maknanya..
    pasal seo optimization tu, nanti akan diceritakan lebih lanjut..
    kulanz recently posted..Undian Digi WWWOW Awards 2012 Berakhirspacer

    Reply

    spacer syahrilhafiz May 5, 2012 at 6:39 pm

    woot! tahniah bro Kulanz, dia memang otai SEO, tanya bab bab thesis, wp and so on boleh settle kot.hehe
    but the way, review dari kulanzsalleh cukup puas hati dan blog ini sekarang saya masuk puas hati..hehe bagus32
    syahrilhafiz recently posted..Google Update Pagerank Kedua 2012spacer

    Reply

    spacer titan May 5, 2012 at 6:15 pm

    tahniah kepada para pemenang. spacer
    titan recently posted..Kecelaruan Maklumat – Mat Luthfi dan Titanspacer

    Reply

    ← Previous Comments

    Cancel reply

    Leave a Comment

    spacer spacer

    spacer
    spacer

    Previous post: La Vallee Village dan Disney Village | Percutian di Paris

    Next post: RM150 Cash | Give Away From lidarahim.com

    gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.