Pandangan Seorang Blogger Terhadap Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya @ Lebuhraya Percuma

15

Pandangan Seorang Blogger Terhadap Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya @ Lebuhraya Percuma. Alhamdulillah, sejak aku membuat pandangan ringkas akan Isu PTPTN tempoh hari didalam blog ini telah mendapat sambutan ramai lebih lebih lagi dari kalangan bukan blogger apabila mereka menggunakan nama samaran bagi menyatakan pendapat mereka didalam kotak komen dalam Isu PTPTN yang aku ketengahkan. Malah Isu PTPTN yang aku ketengahkan telah mendapat jumlah “LIKE” yang sangat banyak berbanding mana mana artikel yang aku keluarkan sejak berblogging. Tahniah kepada pembaca yang bersedia beragumentasi dalam keadaan yang sederhana.

Pada kali ini suka kiranya aku ingin mengupas akan Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya ataupun Isu Lebuhraya Percuma yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR). Sebelum kita pergi lebih jauh, sekali lagi aku ingatkan perbincangan ini haruslah bersifat sederhana dan kita sama tolak ketepi sentimen ke-Partian supaya kita melihat sesuatu isu itu dengan minda terbuka dan positif diatas skop Logik & Realistik.

Lebuhraya Utara Selatan

Ingat, tajuk yang aku cuba bawa bukanlah isu politik, akan tetapi lebih kepada isu semasa dan bagaimanakah kita menilai sesuatu isu itu didalam konteks yang lebih sederhana. Pada Isu PTPTN yang lepas korang akan dapati aku lebih memihak kepada penyelesaian Penghapusan Riba dalam PTPTN berbanding Penghapusan terus PTPTN bagi memberikan pendidikkan percuma. Hal itu terjadi kerana kemungkinan pihak PR kurang atau tidak berjaya meyakinkan aku dengan hujah hujah yang meyakinkan bagaimana Logik & Realistiknya menghapuskan terus PTPTN dan menukarkannya dengan Pendidikkan Percuma ataupun ianya kelemahan dari diri aku sendiri apabila maklumat sebenar tidak tersalur dengan betul untuk aku menganalisanya sendiri.. Ok kita stop dahulu isu PTPTN ini. Continue reading “Pandangan Seorang Blogger Terhadap Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya @ Lebuhraya Percuma” »

Bisnes Cetak T-Shirt & Cenderahati, Button Badge & Cetak N

28

Usahawan.com memperkenalkan kepada anda Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt & Cenderahati dengan modal hanya RM2980 sahaja! Anda hanya perlukan Mesin Cetak Serbaguna 6-in-1 Heat Press untuk menjadi usahawan berjaya.. Mesin ini berupaya mencetak baju dan pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, puzzle, jubin seramik dan mousepad. Bermula secara kecil-kecilan, pulangannya adalah sangat lumayan.

CETAK T-SHIRT & CEDERAHATI

cetak t-shirt baju heat press

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan cetakan baju dan cenderahati samada secara separuh masa atau sepenuh masa, boleh menjalankannya dengan kos yang rendah di rumah, pejabat, kiosk, ekspo, kolej dan sebagainya
.
Keuntungan yang bakal anda perolehi bergantung kepada jenis produk yang dicetak.
Contohnya jika anda mencetak:
.
- 100 helai Baju berwarna putih (mark-up RM10), keuntungan RM1,000
- 100 helai Baju berwarna gelap (mark-up RM15), keuntungan RM1,500
- 100 biji mug (mark-up RM15), keuntungan RM1,500.
- 100 unit puzzle (mark-up RM10), keuntungan RM1,000 Continue reading “Bisnes Cetak T-Shirt & Cenderahati, Button Badge & Cetak N” »

Google Snippet untuk Blog Wanwidget

79

Google Snippet untuk Blog Wanwidget. Selama ini penat aku godek godek untuk buat google snippet. Aku baca tutorial sana, aku baca tutorial sini dan tidak jadi. Ada saja yang tidak kena dan fail. Bila tengok kembali kebanyakkkan tutorial diluar sana hanyalah kepada pengguna blogspot sahaja. Dan untuk pengguna wordpress pula agak sukar maklumlah dah namanya pun Google Snippet iaitu milik google dan sudah tentulah ia mudah dan amat menyenangkan bagi pengguna blogspot, tak gitu.. hehe

Hari ini bila aku check google page dan aku menaip “wanwidget” di search engine google aku dapati google snippet untuk blog aku telah berjaya dipaparkan. Setahu aku aku dah buat hampir kebanyakkan perkara dan langkah yang aku perlu turuti untuk berjaya membuat google snippet bagi blog. Apa itu google snippet?

Google Snippet

Kalau ikut fahaman aku adalah, google snippet itu adalah satu bentuk kelebihan kepada blogger yang mempunyai profail di Google Plus (Google+). Di mana, setiap artikel yang ditulis dan dicari di enjin carian terutama Google akan memaparkan gambar profile blogger di hasil carian. Bukan sekadar link artikel carian yang dipaparkan, malah link ke profile Google+ blogger juga dipaparkan

Kalau korang tanya aku macam mana nak buat bagi wordpress, jawapannya aku tak pasti. Seingat ingat aku pon korang pon kena buat step by step macam tutorial yang korang jumpa pastu korang cuba cari plugin Google+ author untuk wordpress dan kemudian install plugin tersebut. Selepas intall korang isikan link Google+ korang kedalam plugin yang korang install tadi untuk activated. Tahu tahu berjaya. Itu sahaja yang aku buat. Kalau korang tanya lebih lebih aku tak boleh jawab sebab tak pasti dan benda ni dah lama dan aku baru perasan tadi

Kalau korang tengok pada gambar diatas tu, apabila korang taip “wanwidget” pada engine carian google, ia akan memaparkan wajah aku dan juga “Md Az” iaitu link kepada Google+ milik aku. Best bukan. Nampaknya ianya satu usaha yang baik dari google untuk mengintegrasikan blog dengan social networking iaitu Google+ milik mereka supaya menjadi suatu ikatan yang baik.

  • Facebook

  • Amanz

    • Giat Mara Memperlihatkan Beg Laptop Yang Boleh Diubah Menjadi Jaket
    • Universiti Malaya Memperlihatkan Aplikasi Pembelajaran Dan Simulasi Elektronik Pada iOS Dan Android
  • english

    • LIVE STREAMING KELANTAN VS SIME DARBY FINAL PIALA FA 19 MAY 2012
    • Lazada Malaysia – Best Online Shopping Mall in Malaysia
  • tech

    • Update Google Chrome Version 19.0.1084.46 Is Out
    • Best Quran Apps for Android
  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Go to Top
    gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.