Pengumuman dan Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta 2012. Maaf, sudah enam hari saya tidak aktif didalam blog. Ini kerana saya telah mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Sekarang saya sudah aktif kembali setelah semalam kembali semula selepas pulang ke kampung halaman. Sebuah moment yang indah, tenang dan damai ketika dapat bercuti ke kampung. Hmmmm,,.. , ok berbalik kepada tajuk asal iaitu mengenai Pelaksanaan Gaji Minimum Sektor Swasta. Sebenarnya saya sudah lama sangat ternanti nanti akan bilalah Kerajaan ingin mengumumkan gaji minimum bagi sektor swasta, cemburu bila melihat kenaikkan beberapa kali terhadap sektor kerajaan.

Alhamdulillah, sempena hari buruh/hari pekerja 2012, kerajaan iaitu Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan (sehari sebelum hari buruh) Pengumuman dan Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta. Pengumuman akan penetapan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta telah sedikit sebanyak melegakan perasaan dan kegembiraan bagi pekerja pekerja didalam sektor swasta walaupun ada kekurangan disana sini. Akan tetapi kekurangan itu masih boleh diterima dan ini menunjukkan kerajaan juga tidak mengabaikan kebajikan pekerja sektor swasta.

Najib umum gaji minimum RM900

Selepas pengumuman bagi gaji minima sektor swasta dibentangkan, ada beberapa poin yang aku kurang jelas dan minta kawan kawan untuk menjelaskannya bagi aku dan kawan kawan yang lain. Adakah gaji minima RM900 ini adalah gaji basic? Secara realitinya masih dan ada terdapat banyak lagi gaji pekerja swasta yang bergaji antara RM450, RM550 dan juga RM650. Ini adalah realiti..

Ini adalah pengalaman aku bekerja didalam sektor swasta. Adakah ini bermakna yang gaji basic yang aku sebutkan tadi akan serta merta menjadi RM900 bila tarikh kuat kuasa dimulakan? Jika ini berlaku tidakkah kenaikkan ini terlalu banyak dan membebankan majikan walaupun pada dasarnya ini menggembirakan pekerja yang bergaji rendah dan aku bersetuju dengan penetapan gaji minima ini. Bagaimana dengan pekerja yang bergaji RM1000 dan secara tiba tiba orang bawahannya yang bergaji RM500 mendapat gaji RM900? Tidakkah ini juga bermaksud perlunya penyelarasan gaji menyeluruh pada semua tangga gaji bagi semua tahap jawatan?

Harap kawan kawan dapat menjelaskan perkara ini bagi merungkaikan masalah yang aku fikirkan ini.

.

Ok, kita pergi pada poin yang penting akan intipati isi bagi Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta.

Pertama:

Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecualipekhidmat domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

Kedua:

Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya gaji minimum yang ditetapkan ini tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Ketiga:

Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan. Walau bagaimanapun, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil atau “micro enterprises” membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori ini ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan.

 

Tweet

Related posts:

  1. Kadar Zakat Fitrah 2011 | 1432H
  2. Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau Tidak
  3. Perhimpunan Bersih 3.0 Terbaru Pada 28 April 2012 di Dataran Merdeka
  4. Gempa Bumi 2012 Indonesia 11 April
  5. Alcatraz TV Show / TV Series 2012