Google Snippet untuk Blog Wanwidget. Selama ini penat aku godek godek untuk buat google snippet. Aku baca tutorial sana, aku baca tutorial sini dan tidak jadi. Ada saja yang tidak kena dan fail. Bila tengok kembali kebanyakkkan tutorial diluar sana hanyalah kepada pengguna blogspot sahaja. Dan untuk pengguna wordpress pula agak sukar maklumlah dah namanya pun Google Snippet iaitu milik google dan sudah tentulah ia mudah dan amat menyenangkan bagi pengguna blogspot, tak gitu.. hehe

Hari ini bila aku check google page dan aku menaip “wanwidget” di search engine google aku dapati google snippet untuk blog aku telah berjaya dipaparkan. Setahu aku aku dah buat hampir kebanyakkan perkara dan langkah yang aku perlu turuti untuk berjaya membuat google snippet bagi blog. Apa itu google snippet?

Google Snippet

Kalau ikut fahaman aku adalah, google snippet itu adalah satu bentuk kelebihan kepada blogger yang mempunyai profail di Google Plus (Google+). Di mana, setiap artikel yang ditulis dan dicari di enjin carian terutama Google akan memaparkan gambar profile blogger di hasil carian. Bukan sekadar link artikel carian yang dipaparkan, malah link ke profile Google+ blogger juga dipaparkan

Kalau korang tanya aku macam mana nak buat bagi wordpress, jawapannya aku tak pasti. Seingat ingat aku pon korang pon kena buat step by step macam tutorial yang korang jumpa pastu korang cuba cari plugin Google+ author untuk wordpress dan kemudian install plugin tersebut. Selepas intall korang isikan link Google+ korang kedalam plugin yang korang install tadi untuk activated. Tahu tahu berjaya. Itu sahaja yang aku buat. Kalau korang tanya lebih lebih aku tak boleh jawab sebab tak pasti dan benda ni dah lama dan aku baru perasan tadi

Kalau korang tengok pada gambar diatas tu, apabila korang taip “wanwidget” pada engine carian google, ia akan memaparkan wajah aku dan juga “Md Az” iaitu link kepada Google+ milik aku. Best bukan. Nampaknya ianya satu usaha yang baik dari google untuk mengintegrasikan blog dengan social networking iaitu Google+ milik mereka supaya menjadi suatu ikatan yang baik.

Tweet