Berkenalan Dengan Blogger Wanita Dari Perancis

by Hadi Hanafee on April 28, 2012

Assalamualaikum. Semoga anda sihat selalu. Alhamdulillah kesihatan saya hari ini beransur baik daripada demam panas dan tekanan darah rendah sejak dua hari yang lepas. Tekanan darah rendah tu dah biasa kena, cuma demam panas ni baru pertama kali. Risau juga takut melarat sampai ke otak. Alhamdulillah, cuma panas badan dan lemah saja, kepala langsung tak rasa pening.

Hari ini saya berkesempatan untuk berkenalan dengan seorang blogger wanita dari Perancis. Bukanlah perkenalan empat mata, hanya sekadar berkenalan di alam maya saja. Entah bila agaknya berkesempatan untuk bercuti ke sana. Teringin juga nak melawat Eiffel Tower yang menjadi mercu tanda negara Perancis.

spacer

Siapa Blogger Wanita Dari Perancis Ni?

Sejujurnya saya baru kenal beliau sekitar awal April yang lalu. Blogger wanita ini adalah anak kelahiran Klang yang kini menetap di Toulouse, Perancis bersama suami, Abdul Karim dan seorang anak lelakinya, Izz Ammar. Pemilik Blog Bardboo ini bernama Siti Badariah Baharin dan menggunakan nama Bardboo sebagai identitinya dalam dunia blog hasil gabungan nama panggilan beliau dan juga suami. Bagi saya, nama Bardboo ini sangat unik dan mudah diingati.

Blog Bardboo banyak berkisarkan tentang pengalaman beliau di Perancis, kisah-kisah yang berkaitan dengan wanita dan juga keluarga. Bagi saya yang belum pernah menjejakkan kaki di Perancis ni sedikit sebanyak dapatlah juga merasa bagaimana kehidupan di Perancis. Nak bercuti ke sana nanti senang sebab dah ada beberapa gambaran yang boleh didapati daripada blog Bardboo ni. Contohnya entri Eiffel, I’m in Love ni.

Perkara Yang Disukai Dengan Blog Ini?

Theme Yang Kemas

Kali pertama saya menjengah blog Bardboo sudah membuatkan mata saya tertarik untuk melayari blog beliau. Susunan yang kemas dengan menggunakan Thesis Theme yang sangat mesra SEO dan gabungan warna biru lembut yang membuatkan mata rasa lebih relaks. Pandai Puan Bardboo memilih warna. Jauh lebih menarik daripada blog saya ni.

Tips Ibu Bapa

Cerita tentang keibubapaan, sangat sesuai untuk saya dan isteri yang masih lagi mentah menjadi seorang ayah dan ibu kepada seorang cahayamata perempuan yang baru berusia setahun 5 bulan. Masih banyak yang perlu kami belajar walaupun ilmu keibubapaan itu sudah pun kami telaah semasa anak kami masih dalam perut lagi. Tapi mana nak sama antara pengetahuan semata-mata dengan pengalaman mereka yang sudah pun melaluinya. Sedikit sebanyak perkongsian tentang keibubapaan daripada Bardboo dapat kami ambil sebagai panduan.

Kelajuan Blog

Antara kayu ukur utama dalam sesuatu blog adalah kelajuan blog tersebut untuk load sepenuhnya. Bagi blog Bardboo ianya boleh dikatakan cukup lagu dengan mengambil masa bawah 5 saat melalui analisis daripada GTmetrix walaupun pada ketika capaian Internet saya yang perlahan waktu ini iaitu sekitar 0.42 Mbps sahaja.

spacer

Blog Bardboo juga mendapat skor 86/100 pada laman hadapan blog melalui analisis menggunakan Firebug Page Speed. Ianya sudah dikira cukup bagus dan boleh dibanggakan.

Secara keseluruhannya blog Bardboo adalah blog yang sangat baik dari segi pengisian, prestasi blog dan juga rekabentuk blog yang tersusun kemas serta sejuk mata memandang. Sekali imbas ianya mencirikan diri pemilik blog yang matang.

Perkara Yang Tidak Disukai Dengan Blog Ini

Amat susah untuk mencari sebarang kecacatan yang ada pada blog ini mahupun setiap isi yang dikongsikan oleh Puan Bard. Sekadar melengkapkan syarat penyertaan contest ini saya cuma ambil satu saja iaitu butang navigation yang terletak di bawah homepage dan juga setiap archive page. Bagi saya, penggunaan butang navigation dalam bentuk nombor adalah lebih menarik berbanding menggunakan butang Previous Entries dan Next Entries.

Tak layak sebenarnya saya hendak komen tentang butang navigation ni memandangkan butang navigation blog saya ini pun masih lagi belum ditukar kepada navigasi bernombor. Blog saya ini pun masih banyak yang perlu diubahsuai untuk menjadikannya lebih unik daripada Thesis Theme yang biasa.

Cadangan Untuk Memperbaiki Blog Ini

Seperti yang saya katakan tadi blog Bardboo ini sangatlah baik bagi setiap aspek. Cuma ada beberapa perkara kecil saja yang boleh dipertimbangkan oleh pemiliknya untuk memperbaiki lagi blog ini. Antaranya:

1# Meningkatkan Lagi Kelajuan Blog

Daripada analisis kelajuan blog yang telah saya jalankan tadi ianya sudahpun menunjukkan kelajuan blog ini di tahap yang memuaskan. Namun jika boleh dipertimbangkan Puan Bard boleh meningkatkan lagi kelajuan blog dengan menggunakan Gzip Compression Plugin serta dapat mengurangkan penggunaan bandwidth pengguna. Saya kurang pasti sama ada blog Bardboo ini sudahpun dipasang dengan plugin Gzip ataupun tidak memandangkan terdapat konflik di antara keputusan daripada Firebug Page Speed (belum dipasang) dan juga Woorank (sudah dipasang).

2# Menggantikan Page Navigation Lama Dengan WP-PageNavi

Satu cara mudah untuk mencantikkan lagi blog Bardboo yang sudah pun tersedia cantik dan kemas adalah dengan menggantikan page navigation yang lama dengan WP-PageNavi Plugin seperti contoh gambar di bawah:

spacer

Jika Puan Bard sukakan teknikal bolehlah mengubahsuai CSS plugin ini mengikut kesesuaian blog Bardboo. Ini hanyalah cadangan saya, tidak menjadi masalah sekiranya Puan Bard mengabaikan plugin ini. Setiap orang mempunyai pandangan dan minat yang berbeza.

Cukuplah setakat ini dahulu. Saya perlukan rehat secukupnya untuk baik daripada demam. Ada banyak kerja saya yang tertangguh terutamanya satu projek amal yang akan saya kongsikan di blog ini nanti, insyaAllah.

Entri ini diterbitkan bagi menyertai ‘Sharing is Caring’ Contest & Giveaway anjuran Blog Bardboo.

{ 2 comments… read them below or add one }

spacer bardboo April 29, 2012 at 10:35 am

terima kasih ye sebab sudi join contest yang tak seberapa ni.. =)

Reply

spacer Hadi Hanafee April 30, 2012 at 9:06 pm

sama2. sekadar mencuba nasib. mana tahu ada rezeki spacer

Reply

Cancel reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

  • Apa Kata Mereka? Dan Pemenangnya Jatuh Kepada…

Previous post: Nuffnang Perkenalkan Kod Iklan Baru Yang Lebih Ringan

Next post: Cabaran SEO Lelaki Kacak

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.