spacer

Roy Hodgson jurulatih England di EURO 2012

faura / May 2, 2012 / 19 comments

spacer

Roy Hodgson, pengurus pasukan bolasepak West Brom dijangka akan diumumkan sebagai pengurus pasukan bolasepak England yang baru sekiranya dia menerima tawaran Persatuan Bola Sepak (FA) England bagi membawa cabaran di EURO 2012, bulan depan.

Kontrak Hodgson yang bakal berakhir dengan West Brom juga dilihat sebagai calon pengurus kelahiran England yang paling sesuai berbanding pesaingnya Harry Redknapp .

Roy Hodgson juga menyatakan beliau cukup bangga dengan tawaran itu. Roy Hodgson memiliki pengalaman luas diperingkat antarabangsa dengan membimbing Switzerland dan Finland. Dia juga pernah membimbing kelab Inter Milan. Di Liga Perdana beliau gagal membimbing Liverpool dan telah di pecat tetapi dia merupakan pengurus yang berjaya membimbing Fulham ke liga Europa .

Melihat kepada rekod kejurulatihan yang di milikinya sememangnya dia layak untuk mengisi kerusi pengurus pasukan bolasepak yang di katakan paling panas dan paling popular di dunia. Tetapi rata rata penyokong England tidak suka dengan corak permainan Roy Hodgson yang di lihat lebih banyak bertahan dan melakukan serangan balas mengejut untuk mencari gol. Mereka lebih gemar dengan corak permainan menyerang seperti yang di amalkan oleh Harry Redknapp

Tetapi aku secara peribadi melihat bahawa pelantikan Roy Hodgson ini lebih kepada usaha terdesak pihak FA England untuk menutup kelemahan mereka yang sudah semakin terdesak apabila Fabio Capello meletak jawatan setelah berlaku pertelingkahan dengan pengurus otai dari Itali itu.

Hanya sebulan dari sepak mula EURO, bukan mudah untuk membimbing pasukan yang penuh glamour apatah lagi pemain pemain England memang terkenal dengan sikap besar kepala . Adakah Roy Hodgson mampu memikul tugas ini. jawapannya TENTU BOLEH. Tetapi untuk berjaya hanya keajaiban sahaja yang boleh membantu beliau.

Sekiranya gagal pasti beliau akan menjadi kambing hitam yang terbaru dari FA England.. aku sangat pasti spacer

spacer
Category: Sukan / Tags: Harry Redknapp gagal, Roy Hodgson Jurulatih baru England, Roy Hodgson pengurus england

19 comments

  1. spacer anif says:
    May 2, 2012 at 2:04 am

    Jurulatih England patutnya seorang jeneral tentera British! spacer Baru boleh displinkan anak-anak buahnya!
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #36spacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 2, 2012 at 8:19 am

      Nampaknya Hodgson telah pun di sahkan secara rasmi hari ini sebagai pengurus yang baru.. mungkin FA England boleh pertimbangkan cadangan melatik jeneral Tentera tu.. Hehe !.. menarik cadangan bro Anif tu spacer

      Reply
  2. spacer shraqs says:
    May 2, 2012 at 12:14 pm

    Dah conform yer. Ingatkan Harry Redknapp yang diambil. Personally sy suka style Redknapp tu spacer
    shraqs recently posted..Bang! Jom Sayang Belanja Makan Satay..spacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 2, 2012 at 3:32 pm

      harry seorang pengurus yang mempunyai muka selamba walaupun berada dalam tekanan spacer

      Reply
      • spacer shraqs says:
        May 3, 2012 at 3:21 pm

        Betul tu, cool je orgnya.

        Reply
  3. spacer yas says:
    May 2, 2012 at 1:47 pm

    England ni cuma terkenal kerana epl saja bro…kalau kt luar mmg hancusss…nak2 lawan ngan negara lain…dah tahu dahhh…hehehe
    yas recently posted..Proton Preve’ Versi Theopilus Chin – Preve Teksi & Hatchbackspacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 2, 2012 at 3:33 pm

      nak kena ada awek pom pom girl menari kat tepi padang tu baru dia orang boleh menang hehe spacer

      Reply
  4. spacer Jebeng Otai™ says:
    May 2, 2012 at 7:04 pm

    leh ke?..sbulan lagi tu.. spacer
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Gula Kapasspacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 2, 2012 at 8:45 pm

      hahaha..macam tak boleh jer spacer

      Reply
  5. spacer Shahrul says:
    May 2, 2012 at 8:01 pm

    kita tengok jauh mana die boleh pegi spacer
    Shahrul recently posted..Facebook Menguji Ikon Notifikasi Perkongsianspacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 2, 2012 at 8:48 pm

      kalau dia berjaya.. mungkin jadi legend di England spacer

      Reply
  6. spacer donnyien says:
    May 2, 2012 at 9:29 pm

    Tahniah kepada beliau.. DON Minat MU hehe..
    donnyien recently posted..Wordless Wednesday # Having Some Fun @ The Curvespacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 2, 2012 at 11:00 pm

      hehe.. camna MU leh kalah ngan CITY.. takpe masih ada harapan lagi spacer

      Reply
  7. spacer segalabenda says:
    May 2, 2012 at 11:48 pm

    rase macam susahlah england nak pergi kali ni..setakat suku akhir mungkin
    segalabenda recently posted..Segalabenda.com dan D3000 berkerjasamaspacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 3, 2012 at 10:28 am

      kalau dapat pergi suku akhir tu dah kira bagus.. jangan jangan peringkat kumpulan dah lebur spacer

      Reply
  8. spacer kulanz says:
    May 2, 2012 at 11:51 pm

    Harap Roy Hodgson boleh pegi jauh dengan pasukan England tu..
    kulanz recently posted..Wordless Wednesday: EnterFramespacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 3, 2012 at 10:31 am

      orang lama mungkin ada formula yang bagus.. tapi takut pemainnya buat hal saja

      Reply
  9. spacer tehr says:
    May 3, 2012 at 12:45 am

    Harap2 beliau ada idea bagus untuk bawa kejayaan buat england
    Walau pun sukar tapi tak mustahil, kan?
    tehr recently posted..Perlawanan Akhir Piala FA 2012spacer

    Reply
    • spacer faura says:
      May 3, 2012 at 10:33 am

      tak mustahil sebenarnya. tapi masa terlalu singkat untuk dia membuat perancangan. kalau berjaya dia akan di julang sebagai hero.. kalau tidak memang jadi kambing hitam ler spacer

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

spacer spacer
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.