Aku dan Blog

Posted on May 20, 2012 by abangensem

Penghujung 2009

Entri yang ditulis lebih kepada pengenalan tentang siapa abangensem, apa yang menariknya tentang pemilik singkatan nama AE ini dan kebanyakan entrinya dipenuhi dengan ayat-ayat rempit dan sms. Apa yang pasti matlamat aku menulis ketika itu hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dua tiga ringgit sebulan dari iklan Nuffnang.

spacer

Kursus Membuat Blog yang dihadiri di awal 2010

Enam bulan pertama 2010

Terdetik hasrat untuk menghasilkan buku digital atau ebook setelah disarankan oleh seorang rakan kerana kata beliau, kisah orang melayu yang memiliki banyak rumah begitu kurang di pasaran dan melalui teknik BLOOK, ebook pertama berjaya dihasilkan berdasarkan himpunan 6 entri bertajuk yang didasarkan kepada pengalaman aku sendiri dan aku terharu dengan sambutan yang diterima sehinggakan naskah pertama aku dibeli 2 hari sebelum hari yang sepatutnya ia dilancarkan. Siapa pembelinya? Tak lain tak bukan.. blogger Mat Joe.

Enam bulan terakhir 2010

Kekerapan mengemaskini entri semakin ketara dan aktiviti menulis ebook juga semakin giat aku jalankan. Hasilnya sebuah lagi ebook dengan tajuk ‘Tips dan Panduan Membeli Rumah Subsale’ telah mula berada di laman blog aku. Kenapa subsale? Semuanya dek kerna permintaan dari para pengunjung tetap blog aku di samping permintaan yang tinggi di internet terhadap prosedur pembelian rumah subsale. Penggal ini juga menjadi titik tolak kepada aku untuk bergiat secara serius di dalam alam blogging ini bila mana tarikh 10/10/10 menjadi tarikh perubahan domain abangensem dari dot blogspot kepada dot com. Thanks to blogger tersohor, Saudara Ariff Shah yang aku temui semasa bulan puasa tahun itu dan seterusnya sudi untuk menguruskan perjalanan blog dot com aku itu.

6 bulan pertama 2011

Pengalaman menulis blog aku telah memasuki fasa baru bila mana setiap bait yang aku tulis sebelumnya telah ditukarkan ke dalam bentuk ‘bunyi’. Ya, setiap tulisan aku sebelumnya telah aku kongsikan dalam bentuk property talk yang aku langsungkan sebulan sekali. Dari muka pucat ketika berhadapan dengan audience sehinggalah ke muka ensem bila mana crowd wanita semakin ramai yang menghadirkan diri. Thanks to pengunjung tetap blog aku, Ustaz Raisul Fadhla yang mencadangkan semua ini.

Saat ini juga ebook ketiga aku mengambil tempat di ruangan iklan di blog aku. Sekali lagi ebook ‘CARAKU’ terhasil dari teknik BLOOK, yang mengumpulkan tips-tips hartanah yang telah aku tulis dari mula berblogging hingga ke saat itu.

6 bulan berikutnya 2011

Beberapa blogger terkenal tanahair sudah mula aku rapati. Semuanya dek kerna blogging world aku yang sudah memasuki tahun ke 2. Nama-nama seperti Eyriqazz, Jejai, Zarul Umbrella, Madammondoq dan Bro Framestone telah mula memeriahkan ruangan komen setiap entri di blog aku. Hasilnya, trafik aku meningkat secara mendadak sehingga ke angka yang aku tak pernah jangkakan sebelum ini.

spacer

Walaubagaimanapun bukan jumlah trafik yang aku kejar sebaliknya ada yang lebih penting dari semua itu. Ya, talian ukhuwah yang terjalin yang didorong dari silaturrahim yang dijabat menerusi medium blogging. Thanks guys/gal for expossing me to the real world.

Ebook ke 4 mula ku karang dek kerna rentetan masalah demi masalah berkaitan pinjaman yang sering diajukan ke kotak inboxku. Setiap tips aku huraikan berdasarkan pengalaman sebenarku sehingga memungkinkan 14 buah rumah menjadi milikku dan alhamdulillah, semakin banyak respon positif yang telah aku terima dari para pembelinya dan aku harap akan lebih ramai yang bakal mendapat manafaat darinya.

2012

Everything was going smoothly. A series of talks keep on going macam biasa, malah sehingga ke utara tanahair (sesuatu yang tidak pernah aku terfikir sebelum ini). Jemputan ke bloggers’ event pun mulai kerap aku terima namun yang paling mengujakan aku di awal tahun ini ialah apabila artikel pertama aku yang mula menerjah laman majalahniaga.com hasil jemputan tim editor mereka yang telah memenuhi sesi talk aku di bulan Februari. Menuju ke penghujung Mei, tiada perancangan khusus yang ingin aku lakukan sebaliknya cukup sekadar memantapkan lagi isi kandungan blog ini dan membantu lebih ramai pengunjung blog ini untuk lebih berjaya di dalam pelaburan hartanah, insyaallah.

spacer

Syarat Penyertaan Telah Pun Aku Penuhi

AE : Entri ini adalah penyertaan aku untuk Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012.

Posted in contest | 5 Comments

Jangan Ghairah Sangat

Posted on May 19, 2012 by abangensem

Sms dari bekas peserta mini seminar aku semalam :

“Bang, ok tak kalau saya beli flat dekat Kerinchi. Murah betul bang. Ejen tu cakap sewanya dekat RM700 sebulan. Dekat pulak tu dengan LRT stesyen. Lagi satu ejen cakap rumah tu dah 10 tahun kosong, jadi saya boleh sewa dulu sebelum tukar nama”

“So tempting beb..” tanggapan awal aku.

Ya, aku tak nafikan yang area Kerinchi (bersebelahan Stesyen LRT Universiti) sememangnya lokasi hot spot untuk para pelabur dan bila ada je peluang sebegini, memang rugi kalau ianya dilepaskan begitu sahaja tetapi AWAS!! Jangan terlalu ghairah untuk percaya akan apa yang diiklankan. Kenapa? Tak logik kalau rumah di tempat se’hot’ Kerinchi dibiarkan kosong selama 10 tahun. Ada kemungkinan rumah tersebut ‘bermasalah’ dengan kehadiran entiti yang tak dapat dilihat atau pun mungkin ianya telah di‘mark’ oleh Abang Long a.k.a Ah Long dek kerna pemilik/penyewa terdahulu lari dari hutang. Oleh itu adalah lebih baik jika 2 soalan berikut diajukan kepada pemilik/ejennya :

“Kenapa tuan rumah nak jual rumah ni?”

“Kenapa rumah ni kosong lama sangat?”

Selepas itu cuba buat counter-check dengan jiran sebelah bertanyakan tentang sejarah rumah tu. Sekurang-kurangnya korang takkan ‘terkena’ dalam transaksi jualbeli ni nanti. Bila semua fakta telah korang perolehi, maka nilaikanlah semua itu sebelum pembelian dilakukan.

AE : Fikir dulu sebelum membeli.

Posted in experience | Tagged ghairah | 9 Comments

‘Robert Kiyosaki’kah AE?

Posted on May 18, 2012 by abangensem

 

spacer

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Jangan umpamakan AE dan Kiyosaki
Kerna diriku jauh lebih kacak bila dipandang

AE : Terharu aku bila ada yang menyamakan aku dengan Kiyosaki tetapi hakikat sebenarnya, aku sebenarnya belum layak lagi untuk disamakan dengan beliau. Anyway, thank you for the compliment. Really appreciate it.

Posted in my story | Tagged robert kiyosaki | 8 Comments

Rumah Untuk Disewa

Posted on May 18, 2012 by abangensem

Sedih.

Setelah hampir 3 tahun kami bersama, tiba-tiba semalam aku menerima sms dari penyewa flat seksyen 6 aku memberitahu yang dia akan keluar dari rumah tu hujung bulan ni. Turut menyertainya adalah rakan-rakannya yang lain kerana masing-masing telah pun ‘grad‘ dari pengajian masing-masing.

Jika dalam entri sebelum ini, blog aku ini telah memungkinkan aku mendapat penyewa yang baru tanpa berpenat-lelah ke 7-eleven untuk mengiklankannya, maka kali ini aku turut menggunakan medium yang sama untuk tujuan pengiklanan.

Ya. Flat 2 bilik di Seksyen 6 Shah Alam ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyewanya. Kadarnya masih lagi berpatutan memandangkan jaraknya yang agak dekat untuk ke UiTM, Pusat Bandar Shah Alam dan juga ke rumah aku. Walking distance sahaja untuk ke balai polis seksyen 6, surau dan juga pasar besar seksyen 6. Antara kelengkapan yang aku sediakan di rumah itu adalah peti sejuk dan juga dapur untuk memasak. Jadi, bagi sesiapa yang berminat, do private message me [at] abangensem98@gmail.com. Thanks.

AE : Kalau ada yang berminat, boleh la kita pergi site survey sama-sama rumah tu memandangkan aku pun dah lama tak menjenguk keadaan rumah tu walaupun sekangkang kera je dari rumah aku.

Posted in Iklan | Tagged rumah untuk disewa | 12 Comments