Selamat Menunaikan Umrah buat Mak dan Ayah
Sekali lagi aku ke KLIA. Kalau pada hari Bersih 3.0 sabtu lalu aku menghantar nenek, mak dan ayah saudara aku untuk menunaikan umrah, kali ini adalah mak dan ayahku sendiri. Kali terakhir, mereka ke sana mengerjakan haji adalah pada tahun 2003 atau 2004 kalau tak salah aku. Dan sememangnya niat mereka termakbul untuk kembali ke sana. Alhamdulillah.
semua ahli keluarga ada kecuali abangku yang menunggu di KLIA
My ilham hanya seorang anak kecil, yang masih belum tahu apa-apa. Dalam fikirannya hanya dunia kanak-kanak yang sememangnya indah. Ilham sangat manja dengan tokwannya. Maklumlah, dibelai dari kecik lagi diusung naik motor sana sini.
My brother, hazmanfadzil.com pun ada sekali. Maklumlah, orang MAS. Juga my sis dhiyaz86 dan maly.
Sepupu ilham iaitu Sakinah punya laaa sibuk nak merangkak. Kami berehat seketika selepas check in jam 12 tghari di Kopi Time. hmmm… ilham mana? Ni haaaaa…
Keletihan sangat selepas bermain dan berlari sini sana. Pabila ilham di tempat orang ramai seperti Terminal KLIA ini, mata aku sentiasa berwaspada dengan gerak langkah ilham. Walaupun sampai berpeluh-peluh berkejaran dengan ilham. Sekarang ni taknak dah dia kena dukung kalau di tempat macam ni. fuuuuuhh..
Sudahnya, sampai mak dan ayah melangkaui pintu perlepasan antarabangsa pun, ilham masih khusyuk tidur. Takpe lah. Hanya 12 hari berpisah dengan tokwan dan opahnya. Buat mak dan ayah, selamat menjalani ibadah umrah dengan penuh tawadduk. moga kita semua dilindungi dan dirahmatiNya. Ameeen..
17 thoughts on “Selamat Menunaikan Umrah buat Mak dan Ayah”
Selamat pergi dan pulang menunaikan Umrah.
akubiomed ajak kita terjah..Melayan kerenah anak bermain Hopper ball
Selamat Menunaikan Ibadah Umrah buat ayahnda dan ibunda KID. Semoga Ibadah diberkati dan Perjalanan Lancar hendaknya..Aminnn
JAI ajak kita terjah..Pemenang Kontest Cabutan Bertuah RM200 – Part 1
semoga pergi dan balik dalam keadaan yang sihat…
Nana ajak kita terjah..Slot Akasia TV3 – Cinta Buat Emelda
Semoga selamat perjalanan dan dipermudahkan urusan, Aminnn
Myra Jay ajak kita terjah..WW : Ayam Dendeng
Selamat menunaikan umrah buat ibubapa bro.
Baru ni tau blog ni dengan hadzmanfadzil.com bersaudara.
lunaticg ajak kita terjah..Marilyn Monroe 2012 Silver Proof Coin
Syam : Alhamdulillah…. dapat kita adik beradik kumpul sama2 kan… InsyaALLAH kita jumpa lagi 12 MAY nanti bila diorang pulang dari tanah suci yea….
hazman aka species1980 ajak kita terjah..Wordless Wednesday : NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT
Selamat menunaikan Umrah.. AMIN.. moga selamat pergi & selamat pulang..
Aloo comelnyer Ilham.. Keletihan suda.. hehehehe
aduh tetiba aku pulak rindu nak kesana lagi…seelamat menunaikan ibadah buat kedua org tua bro
Zarul Umbrella ajak kita terjah..Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Award – Update
Assalam… Kali pertama membaca blog bro..
Selamat menunaikan umrah… Selamat pergi dan selamat pulang dengan keredhaannya…
Izzuddin Fauzi ajak kita terjah..DiGi WWWOW Award, Kami Makin Kuat
moga selamat menunaikan umrah…moga selamat pergi dan balik…moga diberi kesihtan yg baik disana dan selepas pulang..
amin….
afasz ajak kita terjah..Pasar Tani Kuala Besut
Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga selamat diperjalanan pergi dan pulang, juga senantiasa diberi kesehatan….
Dadan ajak kita terjah..Ronaldo Kalahkan Messi 2-1 di Media Sosial
selamat menunaikan ibadah haji kepada kedua orang tua bro
boni ajak kita terjah..Temui Kartunis Bophairy! Reja Mus! Poyo! Di PBAKL 2012
wah ilham pun dah besar.. sekejap ja kan..
CMRatu ajak kita terjah..Gambar MSSPP Bola Baling Zon Balik Pulau 2012
selamat menunaikan umrah juga..
Jebeng Otai™ ajak kita terjah..Wordless Wednesday : Gula Kapas
semoga selamat sampai dan pulang
rozuan ajak kita terjah..ANUGERAH PENGKOMEN TERBANYAK APRIL 2012 | ANUGERAH KHAS BLOG
semoga selamat pergi dan balik dr mengerjakan umrah utk orang tua bro. semoga mendapat umrah yang mabrur.
moga selamat pergi dan selamat kembali…..:)
Kancilbiru ajak kita terjah..Kedai Pomen