Apabila Maksiat Semakin Biasa

May
2012
03

posted by Cikgu Hairul on Motivasi

30 comments

spacer

Semasa memandu ke tempat kerja tadi saya mendengar Radio Ikim. Perbincangan agak berat. Ia berkisar tentang maksiat yang dilihat semakin biasa. Laluan ke tempat kerja macam biasa sesak. Tersengguk-sengguk, bersimpang siur, berserabut. Sama seperti apa yang ada dalam kotak fikiran saya.

Kesah dalam berita hari ni, seorang remaja perempuan sanggup membunuh anak luar nikahnya dengan merendam bayinya sampai lemas benar-benar buat hati saya tersentuh. Apa taknya, kekejaman demi kekejaman disajikan oleh media setiap hari. Ia dah jadi biasa.

Masyarakat hari ini macam dah tak kesah dengan maksiat. Cuba perhati sekeliling kita. Apa jenis maksiat yang sedang berlaku? Semuanya ada. Tapi sedikit pun hati kita tak tersentuh.

Maksiat bukan sekadar berdua-duaan di tepi tasik. Cuba lihat maksiat secara lebih mendalam. Dalam tak sedar, mungkin kita juga sedang melakukan maksiat. Mata melihat benda haram, telinga mendengar caci maki, kaki pergi ke tempat perjudian.. pendek kata dalam diri kita sendiri sudah terbiasa dengan maksiat.

Memetik kata-kata seorang pendengar tadi, manusia jadi macam ni sebab utamanya adalah tidak tahu tujuan diciptakan. Anak-anak tidak diberitahu tentang tujuan hidupnya, malahan ibu bapa juga kelabu tentang hala tuju hidpunya.

Sesungguhnya manusia itu dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi dan beribadat kepada Allah.

Apabila kita tahu tujuan kita dihidupkan, maka kita akan ikut panduan yang diberikan. Panduan terbaik untuk manusia ialah Al Quran dan Al Hadith. Ikutlah dua-dua panduan ini, nescaya kita akan selamat dari kemusnahan.

Artikel berkaitan:

  1. Jumaat Datang Lagi
  2. Demi sesuap nasi..
  3. Motivasi : Mengubah Diri
  4. Pilihlah Aku Jadi Pasangan Hidupmu
  5. Sampah
Tweet

Tags: maksiat, maksiat jalanan, motivasi pagi

30 comments

  1. spacer Jebeng Otai™
    May 3, 2012 at 11:17 am
    # 1

    mmg kene slalu muhasabah diri..dalam x sedar kita dh bergelumang dgn maksiat..
    Jebeng Otai™ recently posted..Kamera Digital Androidspacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 3, 2012 at 11:41 am
      # 2

      Betul tu bro. Kanan kiri depan belakang semua maksiat. Macam mana nak elak?
      Cikgu Hairul recently posted..Apabila Maksiat Semakin Biasaspacer

      Reply
  2. spacer shraqs
    May 3, 2012 at 12:24 pm
    # 3

    Dah jadi lumrah sekarang ni… semua yang berkaitan dengan maksiat digambarkan dengan cara yang hebat dan gah. Bila ke arah kebaikan, orang buat tak peduli je…
    shraqs recently posted..Di Mana Nak Dapatkan Profesional WordPress Theme Percumaspacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 3, 2012 at 6:45 pm
      # 4

      Mungkin kita sebagai ibu-bapa boleh ubah mindset tu. Yang buruk kita gambarkan ia buruk dan sebaliknya.
      Cikgu Hairul recently posted..Apabila Maksiat Semakin Biasaspacer

      Reply
  3. spacer anif
    May 3, 2012 at 4:00 pm
    # 5

    Perlu sentiasa mengingatkan diri dan keluarga tentang tujuan kita hidup di dunia ini..
    anif recently posted..Berblog Secara Serius? Perlu Sentiasa Konsisten Menulis!spacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 3, 2012 at 6:41 pm
      # 6

      Itulah yang sebaiknya bro. Kadang-kadang kita lupa tentang tu.
      Cikgu Hairul recently posted..Apabila Maksiat Semakin Biasaspacer

      Reply
  4. spacer Ahmad Ijat
    May 3, 2012 at 5:35 pm
    # 7

    Apabila maksiat menjadi perkara biasa, itu tandanya kiamat dah semakin hampir….
    Ahmad Ijat recently posted..Seluar Palazzo Kain Lycra Kualiti Tinggispacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 3, 2012 at 6:30 pm
      # 8

      Sediakan apa-apa yang patut.
      Cikgu Hairul recently posted..Apabila Maksiat Semakin Biasaspacer

      Reply
  5. spacer titan
    May 3, 2012 at 5:45 pm
    # 9

    itulah masalah orang kita. aduhh..
    titan recently posted..Rakan Affiliate Terlebih Berat..spacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 3, 2012 at 6:29 pm
      # 10

      Kena baiki, supaya tak dipersoal nanti.
      Cikgu Hairul recently posted..Giveaway Buku PTS Pilihan Sayaspacer

      Reply
  6. spacer Izzuddin Fauzi
    May 3, 2012 at 7:04 pm
    # 11

    Dan apabila membiasakan maksiat… Meninggalkan amar makru nahi mungkar…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Domain .my Yang Betul Murah RM120 / 5 Tahunspacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 4, 2012 at 8:41 pm
      # 12

      Bila macam tu, terasa berat sangat tanggungjawab. Tak tegur salah, ditegur salah.
      Cikgu Hairul recently posted..Duit Gaji Bukan Kita Punyaspacer

      Reply
  7. spacer muazfaris
    May 3, 2012 at 8:10 pm
    # 13

    maksiat yg paling bahaya adalah jahiliah dlm diri kita.. ramai tak sedar tentang perkara ini.
    muazfaris recently posted..Menang Baucer RM800 dari PTS sempena PBAKL 2012spacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 4, 2012 at 8:58 pm
      # 14

      Jom kita sedarkan.. melalui cara menulis. tak dapat sedarkan dengan berceramah dan bagi kuliah, kita sedarkan melalui penulisan
      Cikgu Hairul recently posted..Masih Ada Yang Percayaspacer

      Reply
  8. spacer iza
    May 3, 2012 at 8:56 pm
    # 15

    Assalam…
    Dunia akhir zaman…
    Kadang kala, bila kita tegur tentang perlakuan (maksiat) tu, kita dimarahnya. Kawan pun lari dan ada yang kata kita ni ketinggalan zaman..Nauzubillah. Moga kita sentiasa beringat tentang dosa dan pahala..
    iza recently posted..SEO Lelaki Kacak.spacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 4, 2012 at 9:15 pm
      # 16

      Wslm Kak Iza,
      Itulah lumrah orang berdakwah. Takpe, asalkan kita ada semangat nak mengubah itu dah cukup baik. Biar orang tak suka kita sebab mengajak kepada kebaikkan, jangan orang sanjung kita sebab kita melakukan kemungkaran.
      Cikgu Hairul recently posted..Tolonglah Sayang Duit RM500spacer

      Reply
  9. spacer segalabenda
    May 3, 2012 at 9:35 pm
    # 17

    sekarang ni perkara maksiat dianggap biasa..berjalan berpegang tangan lelaki dan perempuan bukan muhrin pun dianggap sudah kebiasaanya..akhirnya generasi seterusnya tak dapat beza yang mana betul dan yang mana salah
    segalabenda recently posted..Bersiar-siar mensnap gambarspacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 4, 2012 at 9:16 pm
      # 18

      Itu yang sangat-sangat kita takut. Rasulullah pun ada cakap yang masa akhir zaman ni yang hak dan yang batil kita tak dapat beza.
      Cikgu Hairul recently posted..Apabila Maksiat Semakin Biasaspacer

      Reply
  10. spacer Mus
    May 3, 2012 at 10:47 pm
    # 19

    bersama-sama kita menjaga maruah bangsa dan agama kita dari terus tercemar..
    Mus recently posted..Cawangan Baru McDonald’s Jalan Sulaman Bakal Dibukaspacer

    Reply
    • spacer Cikgu Hairul
      May 4, 2012 at 9:20 pm
      # 20

      Insyallah
      Cikgu Hairul recently posted..Sepetang Di Pesta Buku Antarabangsaspacer

      Reply
  11. spacer tehr
    May 3, 2012 at 11:44 pm
    # 21

    kata pepatah
    alah bisa tegal biasa

    memang ramai yang dah tak kisah dengan maksiat
    tehr recently posted..Pantun Tidur Tak Lenaspacer

    Reply
  12. spacer benjy
    May 4, 2012 at 12:42 am
    # 22

    Prinsip Benjy senang je … jangan buat benda orang tak suka dan jangan menyusahkan orang lain. ikutlah norma2 kehidupan yang betul kerana manusia tidak kira agama, bangsa dan warganegara melarang melakukan perbuatan yang tidak baik spacer
    benjy recently posted..KEPUTUSAN HARI KE-3 GRAND PRIX GOLD BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012spacer

    Reply
  13. spacer Akulah.com
    gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.