hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

KNizam on May 3rd 2012 jalan2x + melancong

Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Islamabad, Pakistan – Spring Is In The Air 2012

Jarang sebenarnya penulis bercerita atau menghasilkan satu blogpost untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh King Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini.

spacer

Di sinilah penulis solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang penulis bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.

: : click here to read the full story : :

5 responses so far

KNizam on Apr 24th 2012 jalan2x + melancong

Musim Bunga Ros Sudah Kembali | Rose & Jasmine Garden, Islamabad, Pakistan

Perghhhhhhh sekali pandang memang penuh dengan bunga ros kat Rose & Jasmine Garden ni. Dua kali pandang lagilah banyak yang nampak kan. hehe spacer Musim bunga kali ni macam tak berapa nak jadi. Tahun lepas lagi best rasanya. Apa-apa pun masih ada banyak bunga ros untuk jadi santapan lensa kamera kali ini. Letak satu gambar dulu ya!

spacer

Share|

4 responses so far

KNizam on Apr 22nd 2012 jalan2x + melancong

Bunga “Flames of the Forest” Atau “Shoroli” Sedang Berkembang Mekar Di Musim Bunga Kali Ini | Faiz-ul Haq, Pusat Commercial Blue Area | Islamabad, Pakistan

Dah lama sebenarnya penulis memerhatikan bunga-bunga berwarna merah darah ini. Pokoknya yang besar akan menggugurkan kesemua daun-daunnya pada musim luruh. Ketika musim bunga tiba, pokok ini akan mengeluarkan bunga-bunga yang sungguh garang warnanya, warna merah darah. Habis musim bunga, terus berdaun macam biasa.

spacer

Beginilah keadaan musim bunga di Islamabad. Di mana-mana sahaja pokok-pokok besar sebegini akan mengeluarkan bunga-bunga yang sungguh banyak. Satu pokok penuh dengan bunganya sahaja, kadang-kala tanpa daun sama sekali. Apabila bunga-bunganya gugur, akan muncullah dedaunan hijau pula. Jika anda terlepas menikmati keindahan musim bunga pada kali ini, sila tunggu pada masa yang sama yakni pada Mac/April tahun hadapan.

: : click here to read the full story : :

No responses yet

KNizam on Apr 19th 2012 jalan2x + melancong

Pokok Bunga Gerbera Kuning Sedang Mekar & Kumbang Merayap Di Pagi Hari, Di Laman Seri | Islamabad, Pakistan

Pagi tadi masa tengah sibuk-sibuk nak bersiap nak bersarapan, terperasan yang pokok-pokok gerbera kuning dan oren di laman dah mula berkembang mekar. Tak banyak lagi, ada la dalam 6-7 kuntum yang sedang mekar. Bila nak snap pic dengan iPhone terperasan juga dah banyak ladybirds berkeliaran merayap-rayap di taman kali ni. Memang musim bunga dah kembali. Sekejap je musim bunga ni, lepas ni masuk plak musim panas 48′c. hehe spacer

spacer

: : click here to read the full story : :

8 responses so far

KNizam on Apr 18th 2012 jalan2x + melancong

Tukang Gunting Rambut Bawah Pokok Paper Mulberry, Ala-Ala OldSkool Gitew! | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Anda pernah gunting rambut bawah pokok? Mungkin suasana sebegini agak janggal di Malaysia, namun di Pakistan ianya adalah suasana yang begitu klise di mana-mana jua. Di mana sahaja ada pokok yang rendang dan redup, pasti akan ada tukang gunting rambut di bawahnya. Jom gunting rambut! Kos dalam Rs.30-50 rupees sahaja (RM1=Rs.30). Murah kan!

spacer

Pagi ini secara tetiba penulis ingin merakamkan suasana persekitaran tukang gunting rambut bawah pokok di perkampungan Saidpur yang popular di Islamabad ini. Bersama beberapa orang rakan, penulis singgah ke salah satu daripada “kedai” gunting rambut di bawah teduhan pokok mulberri yang ketiadaan daun dek kerana musim dingin. Tidak ramai pelanggan pada pagi ini. Hanya ada seorang pelanggan. Baru sahaj sebentar tadi seorang budak berlalu pergi meninggalkan kedai ini. Penulis gagal merakamkan aksi budak tadi digunting rambutnya. Mungkin lain kali spacer

: : click here to read the full story : :

12 responses so far

KNizam on Apr 14th 2012 blog + bloggers

Nasi Lemak Panas Daun Pisang Warisan Sambal Opah FTW! | USJ 9

spacer

Live Update: 14 Apr ’12, 7.56am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Perghhhhhh memang terbaek. Bayangkan nasi lemak cukup santan dan garam dimasak panas-panas, semerbak harum bau daun pandan menusuk hidung. Dibalut dengan daun pisang dan di sulami sambal ikan bilis pedas membara sehangat api. Telur dadar memikat selera. Sambal sotong pedas extra kick pun ada! Malaysia is food heaven!

Share|

4 responses so far

KNizam on Apr 10th 2012 jalan2x + melancong

Bunga-Bunga Peach & Pear Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura di Musim Bunga Jepun | Perkampungan Bhurban, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

Saya letakkan dua gambar besar dahulu ya. Ceriteranya akan menyusul kemudian.

Ala2 teaser la ni spacer Tak perlu pergi ke Jepun untuk menikmati bunga-bunga Sakura!

spacer

spacer

Share|

4 responses so far

KNizam on Apr 6th 2012 blog + bloggers

It’s Feel Good To Be Back Again to My Country | Malaya

spacer

Live Update: 6 Apr ’12, 3.30am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Perghhhhh aku tak tau la. Walau pun dah 2 tahun di luar negara, setiap kali balik Malaya, setiap kali flight masuk ruang udara tanahair terchenta ni, ada suatu perasaan yang sungguh gembira. Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata2. Teringat bila kali pertama aku pulang ke tanahair setelah 2 bulan di Islamabad, ketika pilot mengumumkan yang pesawat telah memasuki ruang angkasaraya Malaya, memang rasa nak menangis pun ada. Betullah kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Asam pedas ikan merah here I come!

Share|

3 responses so far

Older Entries »

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.