Harum Manis

Posted on by mymekar
12

Assalammualaikum…

Dah lama benor saya tak update blog. Hari ni daku gagahkan diri juga untuk menulis sepatah dua kata. Sebenarnya saya dilanda masalah yang besar..huhu.. itu sebabnya blog pun menjadi sunyi sepi. Apa la masalah saya tu kan?…mmm ..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. spacer

Saya dilanda masalah ‘kurang rajin’… diulang sekali lagi..’kurang rajin’. Bukan malas tau ! idea nak menulis pun tak kunjung tiba. aduhai spacer

Okeylah, stop cerita pasal masalah kurang rajin tu. Hari ni saya nak kongsikan berkenaan satu produk hebat yang hanya terdapat di negeri utara semenanjung Malaysia di mana lagi kalau bukan negeri Perlis. Dari tahun lepas saya cuba utk mendapatkan produk ni. Namun baru sekarang saya berjaya memperolehinya. Kenapa susah benor nak dapat eh….? Produk apa tu Mekar?

Kalau saya kata teringin nak makan buah mempelam, mesti ada yg menjebek. Maklum la buah mempelam ni merata-rata kedai ada jual. Hatta di Tesco, Giant malah kedai runcit biasa pun ada stoknya. Tapi apa yang special sangat dengan mempelam yang satu nih spacer

Continue reading

spacer
Posted in Informasi, sembang umum | 12 Replies

Seharum Lavender

Posted on by mymekar
9

 Assalammualaikum…

Siapa antara anda semua suka dengan lavender? Mesti ramai orang perempuan yang suka..kan? Dah agak dah..! Anda tau tak lavender ni bukan sekadar wangi tapi memiliki manfaat-manfaat lain. Baru-baru ni baca kat blog suri pasal macamana nak buat minyak lavender.. mmm…, Nampak mudah je sebab kita hanya carik2 kan kelopak bunga tu dan rendam kan ke dalam minyak zaitun selama beberapa hari..akhirnya siap la bau yang harum tu… Nak tengok video cara membuatnya? klik suri

spacer Lavender – Aroma bunga ini sangat digemari oleh wanita eksekutif dan surirumah. Bunganya berwarna lembayung muda. Kini dibudayakan di berbagai penjuru dunia. Sari minyaknya diambil dari bahagian pucuk bunga selain mampu mengusir nyamuk ternyata juga memberikan efek meningkatkan ketenangan, keseimbangan, rasa nyaman, rasa keterbukaan, dan keyakinan. Selain itu juga ia dapat mengurangi rasa tertekan, stress, rasa sakit saat menstruasi, emosi yang tidak seimbang, hysteria, rasa frustrasi, dan kepanikan.

Continue reading

spacer
Posted in Hobi, Informasi, sembang umum | 9 Replies

Cerita Seorang Ustaz Tentang Perubatan Secara Islam

Posted on by mymekar
21

Salam Hari Jumaat yang penuh Baraqah.

Ini kisah kami yang mempunyai seorang sahabat merupakan seorang Pengamal Perubatan Islam. (korang jangan salah faham. dia bukan bomoh/dukun yang mengamalkan perubatan secara syirik tetapi beliau mengubati orang berpandukan ayat-ayat Al-quran). Untuk memudahkan cerita, saya gelarkan dia dengan panggilan Ustaz S. Walaupun umurnya masih muda tetapi ilmu agama yang dimiliki membuatkan kami rasa seronok berkawan disamping mendapat sedikit ilmu agama daripadanya.

spacer Untuk makluman, lokasi klinik perubatan Ustaz S adalah di rumah keluarga beliau sendiri yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Kadang-kadang jika saya dan mr suami turun ke Kedah, salah satu agenda kami adalah singgah menziarahi beliau. Kadang-kadang kami keluar makan bersama, kadang-kadang kami ajak beliau ke Langkawi untuk dia menghilangkan stress (itupun jika beliau tiada appointment dgn pesakit2nya).

Continue reading

spacer
Posted in agama, sembang umum | 21 Replies

Wordless Anyday – Benarkah Mustajab … !!

Posted on by mymekar
9

spacer

pst : aduhai… perut ku dah macam ropol-ropol kain langsir akibat nafsu makan yang semakin melampau. Tiba-tiba teringat kerampingan si Nora Danish dalam iklan TV spacer

Continue reading

spacer
Posted in Informasi, kesihatan, sembang umum | 9 Replies

Tips Menggunakan Komputer Agar Mata Tidak Rosak

Posted on by mymekar
9

Assalammualaikum…

Saya rasa semua orang di zaman moden ni menggunakan komputer dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Betul tak? Kadang-kadang kita lupa, penggunaan yang terlalu kerap boleh mengganggu kesihatan kita. Patut la, bila saya dapat info kat Homefamilysite, barulah saya rasa terdetik kenapa mata saya rasa sedikit kabur sejak kebelakangan ni ..err.. spacer

Menatap skrin komputer terlalu lama bukan saja meletihan mata, malah ia juga boleh merosakkan mata. Untuk mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi, berikut beberapa cara menggunakan komputer yang tepat.

spacer

Continue reading

spacer
spacer
Posted in Informasi, sembang umum | 9 Replies