spacer
 

Benarkah Peluang Pekerjaan 3.3 juta?

spacer

spacer Semalam TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan dari 12 sektor industri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk minyak dan gas. Jika ianya benar seperti yang diumumkan bermakna belia mempunyai peluang yang terbuka di depan mata untuk mempertingkatkan diri dengan kemahiran luaran dan dalaman bagi memastikan peluang yang ada mampu diambil.

“Perkara utama untuk mencapai matlamat itu ialah menjana modal insan dengan kemahiran dan pengalaman supaya sektor ekonomi berkembang pesat dan peluang pekerjaan dapat dipenuhi,” katanya berucap merasmikan Karnival Kerjaya 2012 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), dekat sini, semalam.

Saya berpendapat sebagai belia, anda tetap perlu berusaha menjadi yang terbaik kerana kadar pengangguran setiap tahun juga mencapai hampir satu juta pelajar. Bermakna 3.3 juta peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam tempoh 8 tahun bukanlah kedudukan yang selesa untuk anda. Setiap peluang yang diberikan hanya akan diberikan kepada mereka yang layak dan bekelayakkan sahaja.

Dalam suasana hari ini, kemahiran menjadi fokus utama kerajaan untuk membantu negara dalam membina momentum ekonomi yang lebih tinggi. Namun dalam masa yang sama belia perlu menonjolkan sifat kepimpinan diri dan modal insan yang tinggi sebagai bonus untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik.

Walaupun tahap pengangguran di Malaysia belum mencapai tahap kritikal berbanding negara lain, seharusnya situasi tersebut tidak boleh dibandingkan kerana situasi dalam setiap negara adalah berbeza. Hari ini anda dunia pembelajaran boleh menyebabkan anda berhutang sekitar RM30k -RM70k. Setelah tamat pengajian, anda mula menanggung beban hutang dan mungkin akan disenaraihitamkan. Jadi tidak dapat tidak dalam tempoh 6 bulan anda mesti mendapatkan pekerjaan tetap untuk memperbaiki keadaan hidup yang semakin hari semakin menekan.

Be the first to comment - What do you think?

Minat Kerjaya Kulinari

spacer

“Saya merupakan lepasan SPM,sekarang saya keliru apakah course yang sepatutnya saya pilih? Saya suka makanan tetapi kemahiran memasak tidak memberangsangkan. Sebab itu saya fikir nak ambik kulinari tapi tak yakin sangat dengan kemampuan diri saya. Mohon pandangan dari MK. Lagipun saya fikir kulinari ni menjamin masa depan dari kerjaya lain. Orang kata mesti ada minat kalau nak pilih sesuatu course tu. Kalau tak, tak boleh carry on. Kalau minat tu hanya ade sikit patut ke saya mencuba?” [Nadhrah]

Terima kasih kepada Nadhrah kerana sudi bertanyakan soalan kepada saya. Bidang kulinari juga pernah menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu. Memasak adalah satu bidang kerja yang unik. Di dalam bidang ini Nadhrah bukan hanya belajar tentang memasak, tetapi SENI MEMASAK, KEPIMPINAN DIRI, PERANCANGAN dan pelbagai elemen-elemen lain sebagai pembangunan diri.

Semestinya jika ingin membina kerjaya yang baik dan bertahan lama, Nadhrah perlu mempunyai minat dan keinginan yang tinggi. Tanpa kedua elemen ini, kerjaya yang diceburi tidak akan mempunyai kreativiti dan inovasi yang tinggi. Lebih-lebih lagi dalam seni kulinari, seorang chef perlukan kreativti untuk mencipta resepi-resepi terbaru dan menjadikannya lebih baik. Kerjaya ini boleh memberikan masa depan yang baik kepada Nadhrah. Jangan bimbang tentang masa depan dalam kerjaya ini kerana di luar sana industri yang berasaskan makanan sangat berkembang pesat. Mungkin juga Nadhrah boleh memasak di restoran sendiri nanti.

Apa yang penting ialah belajar. Tidak ada seseorang manusia yang lahir ke dunia pandai tanpa belajar. Semuanya perlukan usaha yang tinggi untuk belajar dan belajar. Seni kulinari memerlukan komitmen yang tinggi. Jadi pastikan Nadhrah berikan 100% sepanjang sesi belajar di universiti nanti. Belajar dengan berkesan setiap ilmu yang dipelajari. Apabila peluang hadir di depan mata, jangan biarkan ianya berlalu tanpa cubaan. Semoga Nadhrah berjaya dalam bidang ini dan membuka mata rakan-rakan yang lain.

Be the first to comment - What do you think?

Monday Blues Syndrom (3)

spacer

Isnin datang lagi :D. Itulah yang perlu anda hadapi setiap minggu. Kasihan bagi anda yang terpaksa melalui awal minggu dengan blues sepanjang hari. Maklumlah hari ini pun masih buat kerja yang sama juga. Inilah situasi yang menyebabkan mengapa hari Isnin anda tidak gembira.

Tiada pembangunan dalam kerjaya

Sesuatu yang anda perlu fahami, majikan anda perlu menyediakan pelan pembangunan untuk kerjaya anda. Majikan tidak boleh meletakkan anda pada satu posisi dalam syarikat dan berharap anda untuk terus bekerja di posisi tersebut. Sebagai manusia biasa, pastinya anda inginkan perubahan berlaku dalam karier yang anda ceburi. Jangan selesa dengan tugas anda sekarang, kerana anda memang boleh pergi lebih jauh dari apa yang anda ada hari ini.

Inilah antara faktor yang menjadikan anda melakukan kerja rutin bertahun-tahun lamanya. Bayangkan! Kalau 10 tahun anda bekerja sebagai jurutaip sememangnya akan hilang rasa seronok kerana anda telah mahir dengan kerja tersebut.

Jadi penting bagi anda, untuk menyuarakan perkara ini kepada majikan. Berbincang dan tanya bagaimana masa depan anda bersama mereka. Jika majikan seperti tidak endah atau bercadang untuk terus meletakkan anda pada tahap yang sama, tidak salah jika anda mula mengintai-intai peluang kerja yang lebih baik di luar sana.

Jangan fikirkan susahnya nak dapat kerja! Fikirkan juga bahawa anda mula menipu diri sendiri kerana bekerja sambil lewa, tidak memberikan komitmen 100% dan membantutkan potensi diri sendiri.

Be the first to comment - What do you think?

Trend Berniaga

spacer

sekadar gambar hiasan

Selepas PM mengumumkan kadar gaji minimum sebanyak RM900 bagi golongan berpendapatan rendah, sedikit sebanyak memberikan nafas lega. Namun dalam situasi seumpama ini, ada pihak lain yang cuba menangguk di air keruh juga. Selalunya trend perniagaan di negara kita apabila diumumkan kenaikan gaji maka barang-barang di kedai pun tak semena-mena turut naik.

Seharusnya sebagai peniaga bertanggungjawab tidak boleh naikkan harga ikut suka sahaja tanpa alasan yang munasabah. Situasi seumpama ini tidak akan membantu golongan berpendapatan rendah dalam membina kehidupan mereka.

Tidak salah mengambil untung dalam berniaga. Namun janganlah mempergunakan situasi tertentu untuk melipatgandakan keuntungan dengan cara yang tidak munasabah. Seringkali pengguna mengeluh kerana peniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga terutama kedai-kedai makan. Sebagai peniaga niat utama adalah untuk membantu sesama manusia. Keuntungan akan hadir jika niat ikhlas dan betul.

Be the first to comment - What do you think?

Gaji Minimum RM900

spacer 1 Mei baru-baru ini menjadi helaan nafas lega kerana PM mengumumkan kadar gaji minimum bagi golongan berpendapatan rendah ada kadar RM900. Dalam situasi yang mendesak kerana taraf hidup yang semakin menghimpit, pengumuman ini akan memberikan ruang untuk pekerja tahap rendah untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Pengumuman yang dibuat sempena Hari Pekerja, Najib berkata, kadar itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sejak tarikh ia dikuatkuasakan dan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lima juta tenaga kerja.

Seharusnya pada zaman sekarang tidak ada lagi golongan yang bekerja makan gaji merempat kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi. Dengan gaji asas RM300-RM400, pastinya tidak akan mampu memberikan kehidupan yang stabil dalam sesebuah keluarga. Kos makan, bil-bil utility, kad prabayar dan kos perubatan ini semua perlu diambil kira oleh majikan.

Di luar sana juga masih banyak majikan yang tidak mengambil endah terhadap arahan kerajaan, bahawa mereka perlu mencarum untuk masa depan pekerja-pekerja mereka. Kebanyakkannya mengambil kesempatan dengan memberikan gaji rendah tanpa mencarum di KWSP. Mudah-mudahan dengan gaji minimum ini, membantu anda untuk merancang kehidupan yang lebih baik.

Be the first to comment - What do you think?

Kesihatan Dan Kerjaya (2)

spacer Selidik apa yang anda makan

Bagaimana anda bekerja pada hari ini? Semoga sihat hendaknya. Antara punca panyakit-penyakit berangkai menghidapi kita ketika usia muda ialah faktor pemakanan. Sebenarnya tidak kisah apa yang anda nak makan, tetapi yang dikisahkan ialah bagaimana cara anda makan. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan yang amat memudaratkan jika diambil dalam jumlah yang tidak terkawal.

Bayangkan anda bekerja ada usia 25 tahun dan mula mengharungi hidup dengan diabetis. Apa hal tu? Seharusnya kita tahu berapa banyak gula untuk setiap makanan yang kita ambil setiap hari. Pasti anda menjawab saya bukan pakar untuk cari semua tu. Mungkin anda ada banyak RM untuk menampung kos perubatan sehingga akhir hayat.

Terutama jika anda orang yang suka minum air tin bikarbonat atau air pemberi tenaga di pasaran. Tahukah anda setin air pemberi tenaga bersamaan lebih kurang 11 sudu gula. Wow! Dahsyatlah kalau kita minum bertin-tin dalam sehari. Tidak salah anda perlukan gula lebih jika anda bekerja menggunakan fizikal dengan aktif seperti kerja buruh di tengah panas. Kandungan gula akan cepat ditukarkan kepada tenaga. Tetapi kalau kerja di bilik yang berhawa dingin dan hanya duduk statik di kerusi anda sahaja, memadailah anda mengambil gula pada kadar yang sesuai.

Kurangkan ke kedai mamak spacer

Mengapa? Di kedai mamak anda selalunya anda akan order teh tarik dan juga roti canai. Tahukah anda jika anda amal makan dua menu ini setiap hari selama sebulan sudah cukup memastikan kandungan gula anda berada tahap yang tinggi. Bayangkanlah pula jika anda mengambilnya dua kali sehari. Belanja murah tapi harga mengubatinya sangat tinggi.

Ini belum cerita lagi tentang kari dan lemak yang anda makan kat kedai mamak. Nasi kandar kayu, kandar yang takde kayu. Pernah tak anda hitung berapa kalori yang diperlukan badan, dan berapa pula kalori yang anda sumbat dalam badan anda? Wanita hanya memerlukan 1600 – 2000 kalori sehari dan lelaki pula memerlukan 2000 – 2500 kalori sehari. Paling menarik 8000 kalori yang terkumpul dalam badan anda boleh menaikkan berat badan anda sebanyak 1kg. Sikit je kan? :D

Sebagai rujukan ringkas;

Lauk pauk orang Melayu :

Seekor ikan kembung : 140 kcal kalori

Sepotong ayam goreng : 255 kcal kalori

Sebiji Telur Goreng : 110 kcal kalori

Sepotong ayam dalam kuah kari : 250 kcal kalori

Satu burger keju : 425 kcal kalori

Kentang Lecek : 90 kcal kalori

Seketul Nuget Ayam : 60 kcal kalori

Secucuk Sate Ayam : 35 kcal kalori

 

Ikuti bahagian ketiga..

1 comment - What do you think?

Monday Blues Syndrom (2)

spacer

Anda sudah membaca topik ini dalam posting saya yang lepas? Jika belum elok sekiranya anda baca dari yang pertama.

Kerja rutin

Antara faktor yang menjadikan Isnin adalah hari yang anda tidak suka ialah anda melakukan kerja yang sama setiap hari, setiap minggu, setiap bulan hinggalah melangkah ke tahun berikutnya. Memang sesiapa pun begitu jika melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali. Saya pernah melihat situasi seperti ini di sektor kerajaan. Sebagai contoh jika anda bekerja di bahagian fotocopy, bayangkanlah anda melakukan perkara yang sa

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.