Empunya

Khairul Amran bin Marhaban dilahirkan pada tanggal 5 Jun 1980 di Kg Parit Haji Ali, Mukim 8 Batu Pahat, Johor.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Setia Jaya di kampung kelahiran beliau 5 KM dari tempat tinggalnya. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Tazim. Setelah menamatkan peringkat menengah rendah, beliau meneruskan persekolahan di peringkat menengah atas di Sekolah Teknik Batu Pahat. Semasa di sekolah teknik beliau telah mengambil bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Selepas menamatkan peringkat menengah atas, beliau meneruskan lagi pengajian ke peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada bulan Julai 2001 beliau telah menamatkan pengajian di peringkat diploma.

Setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma, beliau telah berkhidmat dalam sebuah syarikat pengangkutan awam terkenal di ibu negara. Semasa beliau berkhidmat, hujung minggunya dihabiskan dengan  pengajian di peringkat ijazah pertama. Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi menjadi pilihan beliau untuk mendapatkan ilmu. Beliau telah mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan dalam pengkhususan Kemahiran Hidup.

Beliau sering menulis di dalam blognya cikguhairul.com untuk mengupas isu-isu semasa dan luahan hati menurut pandangan dari sudut kacamata beliau.Di dalam penulisannya beliau cenderung mengabungkan unsur-unsur santai, kritikan dan cadangan supaya para pembaca dapat membuka minda dan menjadi insan berfikiran kritis.

Find me on Bloggers.com

spacer

 

Cara Hubungi

Segala pandangan dan komen boleh dikemukan kepada beliau dengan mengisi borang di bawah :

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

Mengenai Blog Cikgu Hairul

 

Review Blog Cikgu Hairul. Klik pada banner ini ye.

spacer

PR Blog Cikgu Hairul


spacer

Inilah Dia Empunya Blog


4 comments

  1. spacer mankuchai
    July 3, 2011 at 8:21 pm
    # 1

    Selamat berkenalan cikgu….myvi purple dah keluar tak berminat ker?

    • spacer Cikgu Hairul
      July 3, 2011 at 9:48 pm
      # 2

      selamat..selamat.. Myvi purple? Tak ke kelakar bila ada atas jalan..

  2. spacer Ayabizz
    July 4, 2011 at 12:58 am
    # 3

    Keep blogging Cikgu Hairul… spacer

    • spacer Cikgu Hairul
      July 4, 2011 at 2:33 pm
      # 4

      Cayouk2.. hehehe.

Trackback e pingback

No trackback or pingback available for this article

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.