spacer RSS Feed   spacer Twitter
spacer spacer spacer

you'll be able download best movies here
premium wordpress themes
  • Langgan



    Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

    Delivered by FeedBurner

    spacer

  • Iklan

    spacer spacer
  • Santai

    spacer

     Online Users pengunjung di waktu ni..

Datuk Nicol David menang kejuaraan skuasy terbuka British

spacer May 20th, 2012 spacer zool

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
spacer
Image Hosting
Pemain skuasy no 1 dunia, Datuk Nicol David berjaya memenangi kejohanan terbuka British 2012 untuk kali ke 4 setelah menumbangkan pemain Mesir, Nour El Sherbini dengan 11-6,11-6,11-6. Keputusan ini telahpun dijangka memandangkan reputasi Nicol David yang cukup gah di dalam sukan skuasy ni.
Walaubagaimanapun, apa yang menarik adalah pemain yang ditentang merupakan pemain berumur 16 tahun dimana pemain dari Mesir itu pastinya mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang skuasy ini. Malahan tak mengejutkan jika beliau mampu menjadi pengganti sebagai pemain terbaik skuasy selepas Nicol David.
Sebenarnya tertanya-tanya dimana pemain yang akan menggantikan Nicol David ni. Rasanya sebelum ni ada pemain seperti Low Wee Wern tapi prestasi beliau masih agak kabur lagi. Bagaimana pula dengan pemain muda skuasy yang lain?
spacer
Image Hosting
Sherbini yang baru berumur 16 tahun dan berjaya ke akhir kejohanan utama skuasy

Sekian.

Sekian.

Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :48

BoboiBoy musim kedua bakal kembali

spacer May 20th, 2012 spacer zool

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
spacer

Uploaded with ImageShack.us
Mungkin ramai peminat kartun animasi 3D tempatan, BoboiBoy yang rindu setelah musim pertama rancangan ini tamat pada hujung tahun lalu. Atas sambutan yang menggalakkan dari peminat animasi 3D , syarikat produksi tempatan Animonsta Studios menyambung siri ini ke musim kedua.
Pastinya peminat Boboiboy, Ying, Yaya, Gopal,Papazola serta watak-watak lain ternantikan aksi untuk musim kedua ni. Saya juga ternanti-nanti watak baru yang akan diperkenalkan . Dalam promo trailer ada ditunjukkan watak seorang budak lelaki berkaca mata akan dalam musim kedua ini. Tak pasti samada budak lelaki itu akan membawa watak baik atau jahat. Apapun kita tunggu episod terbaru Boboiboy yang akan bersiaran bermula pada 27 Mei (Ahad) jam 7 malam hanya di TV3.
Sambil tu lyankan trailer promo ni..

Amacam? Terbaik tak?

Sekian.

p/s :- Untuk maklumat terkini boleh singgah ke Facebook page rasmi Boboiboy

Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :51

Domain dan hosting ligakampung.com diperbaharui sehingga 15 Jun 2013

spacer May 20th, 2012 spacer zool

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Seperti biasa sebagai seorang blogger yang menggunakan domain dan hosting berbayar, pembayaran tahunan perlu diusahakan. Nampaknya blog ligakampung.com telah menerima pemberitahuan dari penyedia perkhidmatan, Sempoihosting mengenai tempoh domain dan hosting yang akan tamat pada bulan Jun 2012 ini. Pembaharuan amat penting bagi mengelakkan masalah berbangkit nanti. Yelah, takut tetiba nanti berkubur pula blog ligakampung.com nanti. Kesian kepada pembaca setia (ada ke?) tiba-tiba taip URL ligakampung.com dah hilang kewujudannya. Kalau ikutkan nak tunggu sampai gaji untuk membayarnya tapi memandangkan ada sikit duit lebih maka si Zool ambil keputusan untuk bayar dulu tanpa bertangguh. Ini invois yang diterima..
spacer
Harap-harap blog ini dapat bertahan lagi.. Dan juga diharap tahun depan dah ada dana untuk bayar cepat-cepat. Bukan macam sekarang terpaksa korek tabung tu.. Huhuhuhuhuhu. Kepada yang membaca ni, jengok-jengoklah selalu ye. Kedatangan anda ke blog ini mampu membantu mengekalkan blog ini..
Sekian.

spacer Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :62
« Older Entries
  • Recent Comments

    • Jebeng Otai™spacer on Datuk Nicol David menang kejuaraan skuasy terbuka British
    • tehrspacer on Datuk Nicol David menang kejuaraan skuasy terbuka British
    • eims @ emasspacer on Komen jujur kena maki
    • eims @ emasspacer on BoboiBoy musim kedua bakal kembali
    • tehrspacer on BoboiBoy musim kedua bakal kembali
  • Blog Adik Beradik

    • Blog Ana UMP
    • Blog Download Area
    • Blog Kete – JV adik beradik
    • Blog Lawyer Anis
    • Blog Pen Peg Perancang Bandar
    • Blog Ragam Pemandu
  • Blogroll

    • Blog Azwan
    • Blog Ejam
    • Blog Kereta
    • Blog Menteil
    • Blog Totin
    • Indobrad
  • Blogroll 2

    • Blog Ailyl
    • Blog AYIE
    • Blog BBMemory Lane
    • Blog Benjystanis
    • Blog Cik Lolly
    • Blog Kak Jie
    • Blog Liez
    • Blog Sportxone
    • Blog Suliana
    • blog tarmizi dslr
    • Blog VROx Sport Centre
    • Firus Blog
    • RedMummy BLog Mak Vogue
    • Suffer8Zine
  • Link menarik

    • Blog Komuniti Blogger UiTM
    • Blog Kraftangan
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.