Wordless Wednesday # 29 Abah

by cikmin on May 16, 2012

Terkenang Abah cikmin yang baru melepasi 1st chemotherapy untuk rawatan Acute Leukemia khamis last week..2 hari lepas..darah putih turun ke 0..darah merah pulak berlebihan..darah dari adik beradik abah diperlukan secepat mungkin..oksigen dah standby ditepi katil sebab semalam dulu dia semput..keseorangan tanpa sesiapa ahli keluarga disisi..

Setiap kali jenguk dia..dia cuba tunjuk yang dia kuat..padahal dia lemah sangat..semua dia nak buat sendiri..sampaikan mak tiri saya pun disuruh balik ke rumah tak perlu jaga dia..tapi bila kami lambat jenguk..asik telefon tanya mana tak sampai lagi..bila datang asik suruh balik cepat..ermmm..emosi betul dia..

p/s 25 may 2012 ni genap umur Abah 61 tahun…hari Jumaat…YA’ALLAH..KAU panjangkan lah usia Abah ku..!

Number of View :390

{ 8 comments }

Sorry Mama!

by cikmin on May 15, 2012

spacer
ini oder dari repeat customer Ainul TQ dear!

 

Sebelum nak bebel entah panjang entah pendik kat blog pagi ni,saja lah nak mengaku yang cikmin boleh TERLUPA nak buat kek untuk MAMA cikmin yang tersayang ni.Anak2 memang lah ucap Selamat Hari Ibu kat cikmin pagi Ahad tu..ada lah sorang je yang bagi hadiah katanya beli kat kedai murah je..takpa lah nak..ibu tak minta pun..tapi lain kali kalau korang nak bagi..minta lah duhet dengan abah korang..boleh beli hadiah mahal banyak untuk ibu!(read:PESAN)

[click to continue…]

Number of View :704

{ 11 comments }

Wordless Wednesday # 28 Koleksi Terbaru

by cikmin on May 2, 2012

spacer
Setelah aku pasrah tahun lepas..

Tambah koleksi terbaru..

Dapat  hari Isnin 30hb April lepas..

Namanya APO-ATENOL 50mg haru..

 

Number of View :1542

{ 18 comments }

Daun Belalai Gajah @ Sabah Snake Grass

by cikmin on April 28, 2012

spacer

Salam,

Cikmin masih dalam mood merehatkan badan dan minda,tak mahu stress yang mana jika cikmin stress terasa cepat darah cikmin naik..tapi perkara macam ni susah nak elak lebih2 lagi bila emosi dengan anak2 yang tak mahu mendengar kata,buat bising bergaduh je adik beradik..memang susah mak korang ni nak cool tau tak?

Oder2 Macaron dan kek tolak tepi buat masa ni,minggu depan cuba nak habiskan oder2 yang lepas dulu..harap2 keadaan tak stress almaklum lah buat macaron ni..seribu macam ragam ada.Hari ni sempat berPM dengan Adik Ayuni misi kat wad kanser kanak2 HKL mengenai abah cikmin yang sedang derita Leukemia Acute.Hasil berPM kejap tu dapat info mengenai Daun Belalai Gajah @ Sabah Snake Grass ni..terus update status kat FB dan google sendiri jugak..

[click to continue…]

Number of View :1579

{ 11 comments }

Terima Kasih YA’ALLAH!!

by cikmin on April 26, 2012

spacer

ini je pic yang sempat hubby snap

Terima Kasih YA’ALLAH..!!cikmin seolah diberi peluang kedua untuk bernafas semula dibumi ALLAH SWT ini.Pada yang tak tahu jalan cerita,cikmin kongsikan disini,yang cikmin memang pengidap darah tinggi jenis MILD hampir setahun yang lalu dan sedang makan ubat jenis Amlodipine 5mg setiap hari wajib dan adakalanya cikmin boleh terlupa jika sibuk dengan tempahan..(lepas ni memang tak berani nak lupa dah).

Pelbagai dugaan yang menimpa cikmin kebelakangan ini,anak dara cikmin yang besar kemalangan motor sehingga patah tulang bahu ke lengan..alhamdulillah..pada awalnya Pakar Tulang nak jalani pembedahan tetapi Pakar jugak mengubah keputusan untuk simen terlebih dahulu..insya’ALLAH dalam penghujung bulan 5 ni nanti akan dirujuk semula ke Hospital Temerloh..semoga lengan dia sembuh.

[click to continue…]

Number of View :2279

{ 30 comments }


gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.