RSS Feed

Senarai Harga Malaysia Coin Card

0 comments

Ini adalah post untuk lunaticg Blogtalk: Malaysia coin card challenge, senarai dan Harga Malaysia Coin Card (Malaysia Coin Card price). Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya kepada harga pasaran di sekitar Kuala Lumpur pada 29 April 2012. Harga coincard Malaysia agak menarik kerana walaupun ada di antaranya yang telah lama berada dipasaran, harganya masih lagi murah kerana masih boleh didapati dengan banyak dipasaran. Coincard yang mempunyai keluaran yang sedikit biasanya agak sukar dicari kerana pemilik coincard itu tidak mau menjualnya. Bagi coincard yang baru dan berharga mahal, biasanya ada peniaga yang memonopoli pasaran dan hanya melepaskan coin card tersebut ke dalam pasaran sedikit demi sedikit. Jika dulu harga coincard ini hanya dalam lingkungan RM15 sekeping, sekarang harganya sudah makin naik kerana semakin ramai yang mengumpulnya. Sesetengah coin kad sukar didapati di dalam pasaran kerana ianya tidak di edarkan melalui Bank Negara Malaysia seperti coincard Bandaraya Shah Alam yang kebanyakan diberikan oleh Datuk Bandar Shah Alam kepada kakitangannya.

spacer

Senarai Harga Malaysia Coin Card:
  • 1989-Duit Malaysia Siri ke-2=Bahasa Melayu (RM12)-English (RM25)
  • 2000-Thomas-Uber Cup=RM110
  • 2000-Bandaraya Shah Alam=RM450
  • 2001-Sukan SEA XXI (Sea Games)=RM30
  • 2002-10th Men's Hockey World Cup=RM150
  • 2002-Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XII=RM75
  • 2002-45 tahun merdeka=RM50
  • 2003-Non-Aligned Movement (NAM)=RM75
  • 2003-Langkawi International Maritime & Aerospace=RM90
  • 2003-Endangered Species-Land Animal series (12 coins)=RM210
  • 2003-Persidangan ketua-ketua Negara Islam ke-10 (OIC)=RM45
  • 2004-100 year of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.=RM50
  • 2005-The 30th annual Meeting of the Islamic Development Bank (IDB)=RM18
  • 2005-Endangered Species-Bird series (12 coins)=RM330
  • 2005-Sidang Kemuncak Asean ke 11=RM48
  • 2006-Songket Seni Warisan Agung The Regal heritage=RM38
  • 2006-50th Years of Felda=RM38
  • 2006-Endangered Species-Marine Animal & Reptiles series (12 coins)=RM280
  • 2006-50th Years of Universiti Teknologi Mara=RM130
  • 2006-Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9)=RM110
  • 2007-200 tahun sambutan penubuhan pasukan polis=RM180
  • 2007-Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIII=RM80
  • 2007-50 tahun merdeka=RM68
  • 2008-Ulang tahun ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF)=RM45
  • 2008-100 tahun St. John Ambulans=RM58
  • 2009-Ulangtahun ke-50 Bank Negara Malaysia=RM60
  • 2009-International Year of Astronomy 2009=RM38
  • 2009-Jubli Intan TLDM=RM38
  • 2009-Ulangtahun ke-50 Parlimen Malaysia=RM38
  • 2010-125 tahun Keretapi Tanah Melayu=RM38
  • 2010-125 tahun JUPEM=RM38
  • 2011-Duit Malaysia Siri ke-3=RM15
  • 2011-50 tahun ulangtahun WWF=RM50

PS: Jika anda hendak copy paste senarai dan harga di atas, tolong jangan lupa untuk sertakan link www.malaysiancoin.com. Jangan jadi pencuri dan bermegah-megah dengan hasil kerja orang lain.
Read more »

1 sen siri kedua

2 comments

Pada bahagian belakang denominasi 1 sen siri kedua mempunyai bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit. Pada bahagian hadapannya Rebana Ubi menjadi rekabentuk utama. Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan dibahagian tepi dan kayu tebak dibahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

spacer

spacer

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.78 mm.
Berat: 1.74 gm.
Ketebalan: 1.26 mm.
Komposisi: Copper Clad Steel.
The Edge: Plain.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


Gambar Duit Syiling Malaysia Siri kedua-1sen:
spacer

spacer

spacer

Tahun dikeluarkan:
1989 -28,429,082 pcs.
1990 -102,539,178 pcs.
1991 -100,314,734 pcs.
1992 -122,824,434 pcs.
1993 -153,805,875 pcs.
1994 -185,084,682 pcs.
1995 -208,611,295 pcs.
1996 -183,272,598 pcs.
1997 -172,215,681 pcs.
1998 hingga 2007 -tiada data.

Tahun tiada keluaran:
tiada.
Read more »

5 sen siri kedua

0 comments

Pada bahagian belakang denominasi 5 sen siri kedua mempunyai bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit. Pada bahagian hadapannya gasing menjadi rekabentuk utama. Permainan Gasing merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan. Pertandingan gasing menarik perhatian ramai kerana masing-masing berusaha menewaskan antara satu sama lain.

spacer

spacer

spacer

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.25 mm.
Berat: 1.41 gm.
Ketebalan: 1.04 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


Gambar Duit Syiling Malaysia Siri kedua-5sen:
spacer

spacer

spacer

spacer

Tahun dikeluarkan:
1989 -20,484,310 pcs.
1990 -58,909,374 pcs.
1991 -46,091,897 pcs.
1992 -67,843,674 pcs.
1993 -70,703,173 pcs.
1994 -83,026,018 pcs.
1995 -53,069,018 pcs.
1996 -51,812,529 pcs.
1997 -7,703,850 pcs.
1998 hingga 2011 -tiada data.

Tahun tiada keluaran:
tiada.
Read more »

Bank Negara Malaysia

4 comments

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah bank pusat di Malaysia. BNM ditubuhkan pada 26 Januari 1959 sebagai Central Bank of Malaya atau Bank Negara Tanah Melayu. Ia ditubuhkan dibawah Bank Pusat Tanah Melayu, 1958. Namun, Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo masih terus mengeluarkan mata wang sehingga 12 Jun 1967. Sejarah matawang Malaysia hanya bermula apabila BNM mula mengedarkan matawang Malaysia yang pertama pada 12 Jun 1967. Hanya pada tarikh 16 Januari 1969, mata wang Malaya lama telah diberhentikan edarannya.

spacer

Objektif BNM:
  • Untuk mengeluarkan mata wang, Ringgit Malaysia dan menyimpan rizab menjaga nilai mata wang;
  • Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan;
  • Untuk menggalakkan operasi pembayaran negara dan sistem penyelesaian yang boleh dipercayai, cekap dan lancar dan untuk memastikan dasar pembayaran negara dan sistem penyelesaian untuk kelebihan Malaysia;
  • Untuk mempromosi kestabilan kewangan dan struktur kewangan;
  • Untuk mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara;

Oleh itu, dengan objektif berikut, bank dicipta untuk mengawal selamat ekonomi Malaysia. Matlamat lebih luas bank adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, tahap yang tinggi pekerjaan, memelihara kestabilan harga dan satu keseimbangan munasabah dalam kedudukan pembayaran antarabangsa negara, membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Bank Negara Malaysia diketuai oleh seorang Gabenor yang menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Sejak ia ditubuhkan, Bank Negara Malaysia telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor.
  • Tan Sri W H Wilcock Januari 1959 - Julai 1962
  • Tun Ismail bin Mohamed Ali Julai 1962 - Julai 1980
  • Tan Sri Abdul Aziz bin Taha Julai 1980 - Jun 1985
  • Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein Jun 1985 - Mei 1994
  • Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don Mei 1994 - Ogos 1998
  • Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman September 1998 - April 2000
  • Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz Mei 2000 - Kini

spacer

Pejabat dan Cawangan BNM Seluruh negara:

(Walk-in Customer Service Centre)
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
Ground Floor, D Block,
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Fax: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS : 15888

Operating Hours: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Monday - Friday)

Bank Negara Malaysia Pulau Pinang
Jalan Corner Light
10200 Pulau Pinang
Tel: 604-262-7125

Bank Negara Malaysia Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: 607-224-0799

Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 6088-211-211

Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Tere
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.