Aktiviti SatayDIY.com di Majlis Ihtifal Tadika Hira’ Klang

17 11 2010

spacer

Alhamdulillah, pada 7 November 2010 yang lalu, SatayDIY.com telah mengambil bahagian dalam acara jualan besempena Majlis Ihtifal Tadika Hira’ yang diadakan di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Klang. Berkebetualn, puteri sulung saya, Fatimah Az-Zahrah juga bersekolah di sana. Jadi majlis pada hari berkenaan adalah 2-dalam-1. Alhamdulillah, sambutan adalah menggalakkan. Satay yang berjumlah 1050 cucuk yang dibawa habis kesemuanya. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang sudi mempelawa untuk kami berniaga di sini. Berikut saya sertakan gambar-gambar yang berkaitan buat tatapan pembaca:

spacer

Satay ni InsyaALLAH sedap Ustazah. Tak percaya try dulu spacer

spacer

Ramai juga kat depan tu…cepat-cepat bakar Lan

spacer

Agak-agak boleh habis ke satay banyak ni kalau kta makan berdua? :p

spacer

Anak-anak comel yang mendapat pendedahan awal membuat persembahan

spacer Fatimah Az-Zahrah membuat persembahan spacer

Terima kasih kerana sudi membaca post ini. InsyaALLAH, akan datang akan kami update lagi dengan aktiviti-aktiviti yang berlangsung saban waktu.

Comments : No Comments »
Categories : Anak-anak, E'dil Adha, Fokus, Islam, Motivasi, Peniaga, Produk, Resepi Satay, perniagaan, rempah satay

Mengapa SatayDIY?

4 11 2010

spacer

Alhamdulillah, pada hari ini kami telah menerima 2 lagi order dari Yayasan Restu dan orang perseorangan. Tempahan pada hari ini agak istimewa kerana melibatkan tempahan satay kambing sebanyak 200 cucuk beserta satay lain. Untuk pengetahuan para pembaca, selain satay ayam, daging dan kambing, satay perut turut disediakan. InsyaAllah, di hari-hari yang mendatang, satay arnab dan rusa turut berada dalam perancangan.

Berkenaan tajuk posting pada kali ini, mengapa SatayDIY? Khalayak sudah maklum betapa di luar sana sudah ramai pembekal dan penjual satay di mana-mana. Jadi, mengapa kami? InsyaAllah, sekiranya diberi peluang oleh anda, kami akan mengusahakan tempahan-tempahan tersebut dengan bersungguh, dengan memberikan servis terbaik. Dari segi rasa, insyaAllah kami amat yakin dengan kelazatan satay kami. Selain rasa, servis dan maklum balas pelanggan amat kami titik beratkan. Segala kritikan membina amat kami alu-alukan, dan setiap yang baik akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

InsyaAllah, kami juga boleh membuat penghantaran untuk kawasan-kawasan Lembah Klang terutamanya Klang dan Shah Alam. Untuk lain-lain tempat, kami masih melakukan penghantaran sekiranya jatuh pada hari cuti atau pada sebelah malam. Buat masa ini, orang yang bertanggungjawab untuk penghantaran iaitu saya sendiri masih bekerja sepenuh masa di Kelana Jaya. Jadi, agak sukar untuk melakukan penghantaran pada hari bekerja. Apapun, kami cuba untuk tidak manghampakan permintaan pelanggan sepenuh mampu kami.

Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized

Tempahan Satay Untuk Hari Ini

23 10 2010

spacer

Alhamdulillah, kami baru sahaja selesai menyiapkan order satay untuk pagi ini. Tempahan pada pagi ini adalah untuk En Adli di Kelana Jaya. InsyaAllah, di sebelah petang pula kami akan ke Puchong untuk menghantar tempahan Puan Muru untuk majlis harijadi anak beliau. Untuk pengetahuan para pelawat. Blog yang budiman, bagi tempahan yang tidak melebihi 200, kami akan menggunakan bekas polistrin seperti berikut. InsyaAllah, satay akan tahan panas untuk tempoh 2-4 jam. Maaf atas kualiti gambar yang kurang baik, diambil menggunakan telefon dah agak obselete spacer

spacer

Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Iklan, Internet Biz, Matlamat perniagaan, Peniaga, Produk, Satay DIY, perniagaan

Blog SatayDIY.com bersambung di sini

17 10 2010

spacer

Semenjak 2 bulan yang lepas, www.blog.sataydiy.com bergelut dengan masalah malware dan trojan yang terus-menerus menyerang blog kami. Mungkin serangan demi serangan yang berlaku disebabkan security leak yang terdapat dalam wordpress versi sebelum ini. Agak lama juga saya berusaha untuk mengembalikan blog.sataydiy.com ke persada maya. Namun usaha tersebut masih menemui kegagalan. Buat masa ini, saya masih ‘stucked’ dengan masalah trojan yang agak sukar untuk dihilangkan. Segala macam jenis malware yang bersepah-sepah di blog tersebut berjaya dinyahkan. Tinggal trojan ini sahaja. Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dari para pembaca untuk mengatasi masalah ini.

Buat sementara waktu ini, aktiviti SatayDIY.com akan diteruskan dengan journal ini. Apapun, post-post terbaru sepanjang tahun 2010 hilang sama sekali, dan kebarangkalian untuk recover adalah agak tipis dengan skil terbatas saya buat masa ini. InsyaALLAH medium Facebook yang sememangnya popular juga akan saya manfaatkan untuk mencapai audien yang lebih besar. Kalau tak keberatan, “like” kami ya spacer Sila klik pada grafik Facebook di ruangan kanan journal ini.

Mudah-mudahan, para pembaca akan tetap setia mengikuti perkembangan kami di sini. InsyaAllah, nantikan update yang lebh kerap dari kami spacer

Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Blog, Satay DIY, perniagaan

Gambar-gambar di sekitar Rumah Terbuka Ei’dil Fitri Dato’ Rahman Palil-ADUN Sementa

28 09 2009

spacer

Sekadar perkongsian yang cepat. Sila lihat gambar-gambar yang dilampirkan ya spacer

spacer

Bertempat di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, Jalan Kapar, Klang
spacer

Memang ramai yang datang spacer

spacer

Mata masing-masing tertumpu ke arah satay-satay yang bakal diagihkan

spacer

Full dapur tu

spacer

Bila nak sampai turn kami ni? Tak dapat pinggan, cawan pun jadilah spacer

Comments : No Comments »
Categories : Uncategorized

« Previous Entries




gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.