RSS Feed
spacer

Duit Malaysia siri kedua

Duit Malaysia siri kedua diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sabagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Siri duit syiling ini telah direka oleh Low Yee Kheng (sumber: Wikipedia, tidak pasti sama ada ini adalah benar) dan dicetak oleh Kilang Wang Bank Negara di Shah Alam. Beberapa perubahan telah dilakukan termasuk Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia, di bahagian hadapan dan gambaran item budaya Malaysia di bahagian sebaliknya. Pengumpul duit syiling Malaysia merujuk duit syiling ini sebagai "Siri Bunga Raya". Sebenarnya, Bank Negara Malaysia mengeluarkan ini sebagai "Siri artifak Budaya". Denominasi dikeluarkan adalah 1, 5, 10, 20, 50 sen dan 1 ringgit.

spacer

Bahagian belakang enam denominasi terbabit mempunyai reka bentuk yang sama. Dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit.


1 ringgit-Keris

spacer

Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran diraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni. Rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan Songket.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 ringgit.
Diameter: 24.50 mm.
Berat: 9.30 gm.
Ketebalan: 2.60 mm.
Komposisi: Cu: 84, Zn: 12, Sn: 4.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


50 sen-Wau

spacer

Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia. Read More: 50 sen siri kedua.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 50 sen.
Diameter: 27.76 mm.
Berat: 9.33 gm.
Ketebalan: 2,18 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Huruf Ukir.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


20 sen-Tepak Sirih

spacer

Tepak sirih yang diukir cantik digunakan untuk menyimpan daun sirih serta rencah-rencahnya. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu dan merupakan satu adat menyambut tetamu di kalangan orang Melayu. Read More: 20 sen siri kedua.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 20 sen.
Diameter: 23.59 mm.
Berat: 5.66 gm.
Ketebalan: 1.75 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


10 sen-Congkak

spacer

Papan congkak digunakan untuk permainan tradisional masa lapang dirumah di perkampungan Melayu oleh kanak-kanak dengan menggunakan biji guli. Ianya diperbuat daripada kayu dan mempunyai beberapa lubang. Permainan ini mempunyai beberapa peraturan dan dimainkan oleh dua orang. Papan congkak biasanya diletakkan di atas tikar anyaman tradisional yang banyak terdapat di perkampungan Melayu. Read More: 10 sen siri kedua.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen.
Diameter: 19.40 mm.
Berat: 2.82 gm.
Ketebalan: 1.75 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


5 sen-Gasing

spacer

Permainan Gasing merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan. Pertandingan gasing menarik perhatian ramai kerana masing-masing berusaha menewaskan antara satu sama lain. Read More: 5 sen siri kedua.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.25 mm.
Berat: 1.41 gm.
Ketebalan: 1.04 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


1 sen-Rebana Ubi

spacer

Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan dibahagian tepi dan kayu tebak dibahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu. Read More: 1 sen siri kedua.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.78 mm.
Berat: 1.74 gm.
Ketebalan: 1.26 mm.
Komposisi: Copper Clad Steel.
The Edge: Plain.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Tweet
Share
spacer
 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Interline Cruises,
spacer
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.