About

spacer
Friendster | Facebook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca budiman blog Rjuna.net

Selamat datang dan selamat berkenalan, blog ini telah diasaskan oleh Rjuna atau nama sebenar Mohd Jamil pada 7 Ogos 2007 . Dibangunkan atas format blog wordpress secara suka-suka dan caca merba.Kami tidak menetapkan sebarang niche (ketetapan tajuk) ke atas blog ini, ia bebas ditulis dengan bebas selagi tak menyalahi undang2 Malaysia dan agama Islam.

Apa itu RJUNA?
Rjuna adalah singkatan kepada Arjuna, sebuah tajuk lagu dari band kegemaran saya Dewa, bagi mengelakkan saya digelar mendewakan agama Hindu, saya pendekkan menjadi Rjuna, kreatif kan?

Penulis
Seiring dengan nama blog ini, saya mengambil pendekatan mudah menggunakan nama itu sebagai nama penulis, ia simple dan mudah diingati. Dilahirkan di Johor pada 7 Ogos 1983, berkelulusan SPM sahaja dan kini menjawat jawatan sebagai Pengurus sebuah syarikat pembekalan.

Sebelum ini saya pernah memilikki dua blog iaitu Cenderawasih dan Rjuna.blogspot.com, namun jodoh bersama blogspot tidak panjang bila saya berhasrat mahu mempunyai blog sendiri.

Selamat membaca dan bersantai disini Terima Kasih :D

Tweet