Jurnal – i

Dalam laman Universiti Terbuka PTS, dinyatakan bahawa:

“Pasaran buku-buku motivasi sentiasa ada sepanjang tahun, tahun demi tahun”.

“Namun jualan buku-buku motivasi tidak meletup-letup, sebaliknya mendatar sepanjang tahun. Tetapi disebabkan pasarannya stabil, maka pada jangka panjang jualan buku-buku motivasi adalah menguntungkan”.

Selain itu, turut dinyatakan juga:

“Ada 2 aspek yang perlu diambil kira berkenaan buku-buku motivasi:

1. Jumlah penulis buku motivasi tempatan tidak banyak, malah sangat sedikit. Tokoh motivasi yang ada pula terlalu sibuk muncul di atas pentas dan di skrin televisyen sehingga mereka tidak dapat menghasilkan buku baru setiap tahun.

2. Buku-buku motivasi terjemahan memberikan input teori dan psikologi yang berkualiti tinggi, namun buku-buku itu tidak mempunyai input Islamik, manakala pembaca mahukan buku-buku yang ada input Islamik.”

Jurnal Inspirasi – Sumber Informasi Motivasi Islam

Dalam masalah, pasti ada peluang.

spacer

Sehubungan dengan itu, admin hadirofiee dot com bersama dengan seorang sahabat baik iaitu tuan Rozu telah mengorak langkah awal bagi mengisi kekosongan ini.

Hasilnya sebuah laman telah tercipta iaitu Jurnal Inspirasi – Sumber Informasi Motivasi Islam.

Pembinaan Jurnal Inspirasi dilihat sebagai langkah awal sebelum bergerak ke peringkat seterusnya iaitu penulisan buku.

Antara langkah lain yang dilakukan adalah membina laman sosial khas untuk Jurnal Inspirasi. Para rakan dijemput memeriahkan lagi laman sosial tersebut. Kami sentiasa ternanti kunjungan hormat dan pandangan persuasif daripada para rakan semua.

  1. Facebook
  2. Twitter

Walaupun masih di tahap awal, namun segala usaha akan dilakukan bagi menyampaikan ‘motivasi+input islamik’ kepada para pembaca. Mohon doa daripada para rakan semua. Amin.

Cetus Motivasi. Hasil Tindakan.
Cetus Inspirasi. Hasil Kejayaan.

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.