About Me

spacer

Berumur 25 tahun pada 2009 dan merupakan anak pertama dari dua beradik. Saya juga merupakan salah seorang kakitangan awam yang baru dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. So senang cite keje gomen la kan..hehhe..

Baru je menamatkan zaman bujang.ops..baru je menghabiskan Diploma nya dalam bidang multimedia dan merupakan part time blogger dan juga baru bertatih dalam bidang fotografi. Tak nak sampai jadi pro sangat fotografi, cukuplah kalau dapat tangkap gambar yang cantik dan bermakna..hehe..apa itu?

Reezluv.com merupakan domain kedua selepas Reezluvdesign.com yang telah terkubur pada 2 tahun yang lalu dan kini hanya menggunakan Reezluv.com sahaja. Berhasrat ingin menjadi blogger yang mendapat income hasil bloggingnya dan telah selamat menuntut ilmu dari sifu blogger yang tak asing lagi iaitu saudara Rohaizad.com yang sudi menjadi sifu kepada Reezluv.com dalam menjana pendapatan daripada blog dan hasilnya Reezluv sudah mempunyai lebih dari 4 domain dan juga blog dan akan bertambah dari semasa ke semasa.

Reezluv juga membuat service design minisite,ecover dan juga logo design bagi web yang mana lebih menumpukan kepada pasaran online sahaja dan lebih kepada pasaran tempatan berbanding luar negara.Rasanya cukup setakat ini sahaja dan….selamat membaca!