Home Catz Jana Duit Kengkawan
spacer
spacer
spacer
spacer
  • Recent Posts

    • Kami Bakal Bertiga – Check Up 18 Minggu dan 22 Minggu
    • Tolonglah..Jangan Pergi..
    • TH Hotwheels 2009/2010 Collection
    • Don’t Follow me. I’m Lost too!
    • Akupun Blogger Gak!
  • RUMPUN BLOGGER 2010

  • Post Wajar Dibaca

    Sorry. No data so far.

  • Must Visit

    • Foto Ceria
    • GRK
    • HPA Online Network
    • Kerjaya Pelaburan
    • Lakaran Seni
    • MZMblog
    • Newbie Awe9
  • Networks

    • Blog Informasi IM
    • Buat duit dengan forex
    • Cake Sedap
    • Panduan SEO
    • Republik Blogger M’sia
    • Tutor Perniagaan Internet
  • Catzer..Bangun Wei!


    ShoutMix chat widget
  • spacer
  • spacer

Kami Bakal Bertiga – Check Up 18 Minggu dan 22 Minggu

By catzer on Tuesday, March 27th, 2012 | 40 Comments

Pergh..sangat lama aku tak update blog..hampir setahun boleh pecah rekod ni..Apapun kehilangan aku bukan disengajakan sebenarnya pertengahan tahun lepas terlalu byk isu yang perlu aku dahulukan..(Konon-kononnya).

Kali ini aku ingin berkongsikan kegembiraan aku bersama korang kerana 5 minggu lepas aku baru sedar aku pregnant 18 minggu!!!! Hubby aku pun terkejut sbb time pi urine test selama 3 bulan berturut-turut ujian urine aku menunjukkan negative (not pregnant). Jadi pada hujung bulan 2 aku pun gegaslah pi cari tukang urut pelik kenapa lah tak period, tp perut cam kembung2. Dengan bantuan sorang kawan di Bangi pada 23 Feb. aku pun merempit ke umah kakak tukang urut tu, tp bile time nak urut bahagian perut dia ckp cam ada baby jerk ni. So dia syorkan aku pi scan..So,dengan harapan 50-50 aku mengagahkan diri pi buat ultrasound dengan member aku di Poliklinik Al-Haj Bangi. Memula doktor tu cam keberatan takut aku stress kalau aku tak pregnant, tp aku ala2 memaksa nak buat gak ultrasound tu! Then time buat tu doktor tu sengih, then sahkan aku pregnant 18 minggu, baby dah nak masuk 400 gram dah pun..Ya Allah lembabnya aku! tak sedo pun pregnant since aku takde morning sick dan ujian urine test tu negative!!!!! Kenalah RM60 kot scan tu..tak silap aku..thanks pada freen yg teman aku tu..dia pun sengih2 feeling2 cam nak pregnant gak..(cukup2lah 3 dah anak ko).

spacer

Aku rempit balik ke Shah Alam dengan hati penuh berbunga2 dan penuh kesyukuran kepada Allah. Hampir 5 bulan baby dlm rahim aku tidak mendatangkan sebarang permasalahan pun pada mummy dia ni. Malahan aku yang sengal ni mkn mcm2 jamu dan ubat konon nak bg period lancar..Allah maha Melindungi si kecil ini. Aku menangis sepanjang perjalanan pulang, menangis gembira ataupun menangis sbb betapa bodohnya aku..akupun tak tau..hahahahah..Tp kepala hotak aku terfikir camne nak kabo ke en.hubby dan family..Argh..kusut sekejap! Balik sampai kat parking umah aku call mak aku, mak aku ckp itulah masa aku balik kampung bulan 11 dan nampak cam ala2 mode org pregnant jerk..hahahaha..pandai lah mak aku tu tune kasi mode aku tak serba salah..Then..en.hubby balik keje aku tunjuk pic doktor snap masa scan,huh..blur2 sekejap laki aku..akupun buat muke selamba jerk..hahahaha..

24 Februari aku buat checkup pertama kali di SALAM specialist Hospital, memula en.hubby beria nak syorkan KPJ Selangor aku ckp terang2 lah mahal kat situ mmg lah best selesa tp tak selesa poket kami nanti..hahaha..nak pilih DEMC kawan aku seorang doktor ckp baru2 ni ada case di DEMC..aish..buat aku risau plak, so aku pun gigih lah ke SALAM yang jaraknya tak sampai 5 minit dari rumah aku..hahahaha..sangat dekat sbb tu aku pilih SALAM. Lagipun en.hubby pun pernah kena warded di SALAM masa kena gigit tebuan dulu. Appointment aku pukul 2.30pm tp memandangkan hujan lebat aku sampai lewat gak dlm kul 3.15pm gitu. Aku tunggu dlm setengah jam nurse panggil check urine, blood pressure dan timbang berat 57kg(Gemuknya mummy u). Then, aku kena menunggu semula..hehehe..kul 4.15pm nama aku dipanggil untuk masuk jumpa Dr. Siti Mariam. Baik jerk doktor ni, diapun terkejut bile check aku pregnant 18 minggu baru tau..hahaha…dia ckp mungkin sbb hormon HCG aku tak stabil dan sepatutnya aku buat urine test tu seawal pagi baru boleh positive. So, dia tanya mmg nak delivery baby kat SALAM ke..akupun angguk, then dia ckp hari ni kena buat terus blood test. Tp before blood test dia buat ultrasound dulu, baby sangat aktif maklumlah dah petang masa untuk mengeliat! Time tak tau pregnant aku ingatkan angin yg berkocak2 dlm perut aku..hahaha..Dr.Siti Mariam ckp kat aku u nak tau tak jantina baby u..dah boleh nampak huh..Akupun angguk2..hahahaha..excited! Ok, dia pun kaco si kecik ni skit2 pusing2 then nampak lah ehem2 dia..Alhamdulillah Dr.Siti Mariam cakap 99% dia guarantee boy! Then aku kena pi tingkat 4 kot buat blood test,cucuk lengan kanan tak mau masuk jarum then darah pun tak mo keluar..huh..apa lagi dipersilakan lengan kiri plak..cepat jerk darah masuk cam lampu hijau huh..adoi lenguh 2 lengan aku! Lepas blood test terus aku pi bayor bil dan amik vitamin Obimin, sume RM215 terhegeh2 lah aku suruh member masukkan duit ke card maybank sbb cash tak cukup..Yosh..mummy yg sengal lenggang2 pi SALAM bawa duit cam nak pi makan KFC jerk plak.

spacer

Scan ni menunjukkan jantina dan baby aku tgh hisap jari..pergh sedap sgt ke zat dari mummy..hehehehhe…

Bile dah tau jantina baby, kegedikan nak bershopping bermula..sume baju2 baby nampak comei jerk..Tp memandangkan baju anak sedara aku si den2 tu masih ok so aku pinjam jerklah baju baby den2 yang baru nak masuk umur 2 tahun bulan depan. Bolehlah berjimat tak pyh beli pakaian newborn sgt,tp tetap jugalah kegedikan terhadap barang2 lain bermula..Tp aku tetap boleh control sbb poket den tipis! Sibuk2 gak cari nama untuk baby..la..la..la…express mummy!

Pada 23 Mac aku ada 2nd check up untuk 22 weeks, kali ni en.hubby teman kan siap amik cuti lagik..Aku sampai awal kali ni, tp kena tunggu gak lah dlm 15minit then nurse cam biasa check blood pressure, ukur berat dan urine test. Dalam 20 minit nama dipanggil masuk jumpa doktor Siti Mariam, dia tgk berat aku aish..pesal berat sgt ni 60kg, so buat ultrasound, dia ckp air ketuban aku banyak sgt, baby condition ok size sesuai dengan usia 22 weeks, doktor siap tunjuk jantina dia sekali lagi kat en.hubby dan tunjuk muke baby..(En.hubby ckp baby bulat cam muke u). Haish!!! Jantung aku berdegup kencang gelisah, dia tanya pasal pemakanan harian aku then check blood untuk pastikan aku takde diabetes. Alhamdulillah takde! Dia ckp kita tunggu 4 weeks lagi if air ketuban masih byk dia akan refer aku ke PPUM. Muke aku dah cam sedih2 serupa budak tak dpt makan ice cream McD. Bil checkup kali ni RM130. Balik tu aku google pasal air ketuban byk, sume pun nampak perspektif negative jerk..hahahah..tp sebagai seorang yg positive thinker aku bisik2 ngan baby, i believe you will be a good swimmer lah baby bile besar nanti. Then, baby akupun cam setuju dengan memberikan sign tendangan2 manja di perut aku ni. Bagi menghilangkan kegusaran aku call mak, kengkawan dan sape2 yg aku boleh borak pasal masalah aku ni. Semua pun takde pengalaman bab ni, tp aku tak kisah sgtpun sbb yang penting aku kena sentiasa positive thinking dan minta Allah lindungi baby aku sebagaimana Allah melindungi selama 18 minggu time aku blur tu ;) Aku tak minta rezeki mencurah2 cukuplah dia lahir penuh sifat dan sihat, dan aku boleh jaga dia sampai hujung hayat aku.

spacer Scan ni sebenarnya nak tunjuk muke baby sekali dengan pantasnya dia tutup balik muke dia dengan tangan..Sangat pemalu baby boy ni!

Ya Allah..panjang bebenor post aku kali ini. Tp niat aku sebenarnya nak share feeling2 nak jadi mummy ni dengan korang sbb byk info yg aku cari takde kat internet sgt. Maksud aku kengkadang nak jadi mummy ni kita mmg byk tanda tanya, ada mende kecik pun kita cam serious sgt sampai mengganggu emosi. Jadi bile aku share pengalaman aku ni aku harap bakal2 ibu lain lebih patut bersyukur kalau diaorg dpt tau diaorg mengandung lebih awal dari yg aku tau. Persediaan mental dan money mmg perlu diamik berat. Aku tak buat kad merah lagi di hospital gomen, member aku suruh buat..tp sedia maklum di Shah Alam ni takde hospital gomen just ada KK sek 19 dan sek 7 yg mmg sentiasa penuh.  Sedia maklum aku mmg jenis tak sanggup tunggu lama2, especially skang baby dah pandai bagi2 sign jgn berdiri lama2, jangan duduk lama2. Aku share cost checkup so next time sape2 yg nak buat checkup boleh pilih nak buat kat mana.Insan berpendapatan cukup mkn cam aku ni, dpt pi SALAM pun dah sengih!

spacer

SALAM maternity package pun tak semahal private yang lain, RM1999 untuk normal delivery termasuk specialist consultant, R&B (2 days 1 night), Baby vacc dan GST. Price ni tak termasuk kalau induce, forcep/vacuum,epidural or other complication(if any). Elective Caeserean plak RM5555 termasuk specialist consultant, R&B (2 days 1 night), Baby vacc dan GST. Price ni tak termasuk kalau other complication(if any). Aku doa2 lah nak beranak normal dan tak pyh epidural, bukan kedekut tp ramai cakap better normal senang nak jaga masa pantang. Ya Allah kau permudahkan aku bersalin nanti..hehehehe..tentang masalah polihidramnion tu aku tawakal jerk, aku harap korang dpt doakan kandungan aku selamat dan takde isu2 yg serius. Baby aku tendang2 manja lagi..mean dia pun minta korang doakan keselamatan mummy dia ni..hahahah (perasan).

Twitter This

Tolonglah..Jangan Pergi..

By catzer on Wednesday, July 20th, 2011 | 21 Comments

spacer

Bulan ni merupakan bulan dimana aku byk berehat dan bermuhasabah diri. Namun, aku ingatkan dpt rehat 100% rupanya ada insan yang perlukan khidmat nasihat dari aku yg mmg berminat dengar masalah org secara percuma ni.

Isu kali ni ialah bila korang kapel terlalu lama then tiba2 clashed! Yang minta clashed biasanya takde effect seteruk yang kena “cerai”.

Biasanya yang kena “cerai” ni mempunyai plan jangka masa panjang bersama bekas awek atau pakwe jadi hampir 100% tidak boleh menerima kenyataan yang dirinya telah di reject 100%. Ada yang terus membawa diri dan tidak kurang juga yang merayu2 untuk sambung balik.

Dari segi pengalaman aku mmg pernah di reject tetapi selalu mereject ialah skill aku paling terror sekali. Aku amik kes paling mudah, bila korang kapel lebih dari 5 tahun dan mmg ada plan nak jadikan calon korang tu teman sehidup semati dan suddenly kapel korang tu tiba2 berubah hati..Apa korang patut buat?

Pada aku sume mende pun kena back to basic..Memanglah korang akan ckp berkata2 tu lebih mudah dari perbuatan..bahu yg memikul lebih berat..etc2…

Tetapi pada aku mudah jerk! Kalau mmg bukan jodoh ko..ko kawen pun belum tentu diaorg akan setia dengan ko..ada kebarangkalian korang akan cerai gak suatu hari nanti. Sape yang pernah bercerai cuba korang tanya kenapa bercerai? Jawapan mudah “TAKDE JODOH”. Kalau orang dah kawen dan cerai boleh menerima hakikat takde jodoh, korang yang belum kenal erti hidup sebenar berumah tangga dok gedik2 frust menonggeng dan tak boleh terima kenyataan “TAKDE JODOH” sungguh pelik!

Korang sewajarnya mengambil peluang untuk mulakan kehidupan yang lebih baik, sejujurnya aku sendiri pernah frust! Tapi ubat terbaik untuk semua ni ialah menerima kenyataan Allah lebih tau apa yg lebih baik untuk kita!

Nasihat buat rakan aku yang masih tertonggeng frust pasal awek dia tinggalkan dia:

1. Hidup ni sementara jerk, rugi kalau mati tapi hati kita dipenuhi dengan perasan menyesal!

2. Cinta yang abadi ialah Cinta kita kepada Allah..Kalau ko lebih2 cintakan manusia, ko akan merana sbb Allah boleh amik dia bila2 masa jerk.

3. Kalau ko betul2 sayangkan dia, lepaskan jerklah dia semoga dia akan temui seseorang yang lebih baik dan bahagia.

4. Teruskan hidup ko mcm biasa dan bukalah pintu hati tu untuk orang yang sememangnya untuk ko..Jodoh ko yang sebenarnya.

Aku pernah kena reject sekali dalam hidup aku,waktu tu umur baru 19 tahun kot..Bagus gak aku kena reject sbb kalau tak mesti aku dah gatal nak kawen muda2. Time aku frust, aku dapat sambung belajar dan selama 3 tahun kot aku dok rebound love sampai satu tahap aku jadi seseorang yang matang dan mula fikirkan untuk cari lelaki yang boleh aku jadikan suami.

Sebenarnya orang yang cepat frust bile kena reject ni ialah golongan yang tidak matang dan tidak mampu mengawal emosi dan keadaan semasa. So, layak ke nak jadi suami dan isteri orang? Aku tidak kait kan soal umur dalam isu sebegini, matang tidak bermakna ko perlu berumur 30 tahun. Matang ialah bile ko boleh kawal emosi dan bersikap terbuka dengan setiap cabaran hidup.

Aku harap orang yang tengah frust skang ni fikir2kan kembali apa matlamat sebenar korang dalam hidup ni. Jika kerana lelaki/wanita yang telah reject korang, korang nak meroyan sampai berbulan2..aish!!! Jangan buat malu umat lah!

spacer
Twitter This
« Older Entries
  • Archives


  • Visit Internet Entrepreneur Malaysia
  • spacer

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.