• Home
  • Penanda Buku
    • club wordpress templates
    • used apple macbooks

DUNIA VOVINSKA

blog saya
ARKIB

spacer

spacer spacer

Categories
  • spacer fiksyen
  • spacer jurnal
  • spacer odesi cinta keempat
  • spacer panda cinta adventures
  • spacer panda cinta travel & tour
  • siri platun arnab liar

spacer

FAVOURITE + AMBIL HATI
  •  NEIL GAIMAN

  •  FIRDAUS ABDILLAH

  •  AINON MOHD

  •  LUCIUS MAX

  •  RAZAISYAM RASYID

  •  FDAUS AHMAD

  •  Liyana

  •  AZALAN HUSSAIN

  •  SAUFY NIZAR

  •  GHAZALI BUNARI

  •  ROSTAM MUSTAPHA

  •  FADLI AL-AKITI

  •  AMIR MUHAMMAD

  •  JAMIL HASHIM

  •  FARAH ADILLA

  •  MICHAEL CHEANG

  •  SHARON BAKAR

  •  BAINUN WAHEEDA

« Older Entries

spacer MAHADEWI – sebuah intro

April 10th, 2012 | Author: nazri

01

Matlamat hidup seorang manusia cuma satu – kerana cinta. Mungkin bunyinya macam celaka, tapi ityu hakikat.

Yang tidak mahu mengaku kebenarannya, boleh pergi mampus

#

Dia buka mata.  Tapi penglihatannya masih kabur. Dia tidak tahu di mana dia berada. Telinganya tidak dapat membantu. Pendengarannya juga masih belum sempurna.

Visual dan audio dirinya sedang diperbaiki seiring. Tapi makin lama telinganya dapat menangkap bunyi.

Bunyi yang sangat bingit. Dia seperti kenal dengan bunyi itu.

Bunyi ting! Ting! Ting!

Itu bunyi peluru.

Badannya tergoyang-goyang, seperti berada di atas buaian. Dia juga menangkap satu lagi bunyi. Bunyi enjin.

Matanya yang tadi kabur semakin lama semakin dapat menangkap visual di depannya. Dia berada di atas sebuah lori. Badannya terhuyung hayang mengikut gerakan lori yang laju membelah jalan.

Dia sudah nampak apa di depannya. Seorang lelaki, dengan rambut yang agak jarang, dengan rokok di bibir sedang memegang mesin-gun yang memuntahkan peluru-peluru keluar lori yang tidak berbumbung.

Dia tak pasti lelaki itu sedang menembak siapa atau apa.

Tapi lelaki itu menyedari dia sudah membuka mata.

Dia tersengih dengan rokok masih di bibir.

“Lepak bro, kita nak sampai, tunduk, karang takut sekali lagi kau terkena...”

ZAPPP!!!

Satu peluru laju hinggap di bahu dia. Pantas darah keluar membasahkan lengan yang sudah penuh dengan darah kering.

Dia mengeletar melihat begitu banyak darah yang keluar. Dia tak pernah lihat darah sebanyak ini. Dan melihat begitu banyak darah kering di bahunya, dia baru sedar yang tubuhnya sebenarnya sudah penuh dengan luka-luka.

Ia mengambil sekitar lima saat untuk audio dan visualnya kembali menjadi hitam.

#

Amar Amir meneliti laporan doktor itu. Dia bukannya faham apa yang doktor itu tulis. Tapi untuk memuaskan hatinya, otaknya menggagahkan diri melihat dan mencerna setiap maklumat yang tertulis di atas helaian kertas itu.

Meskipun laporan itu penuh dengan istilah yang tidak difahaminya, tapi dia faham konklusi laporan tersebut. Memang dia cuma perlu faham konklusinya sahaja.

Amar Amir tahu semua ini takkan mengubah apa yang dah berlaku.

Tapi hatinya masih cuba mahu menipu, mahu mengatakan ini semua mimpi. Dan hakikat mimpi, tatkala sedar nanti, semua ini tidak akan berlaku. Tapi Amar Amir tahu ini bukan mimpi.

Apa yang menanti di dalam bilik rawatan di depannya adalah realiti.

Amar Amir mahu menangis, tapi dia tidak boleh tunjukkan perasaannya ketika ini. Tidak di depan orang yang paling disayangnya.

Bukan hari ini.

Amar Amir menggumpal laporan doktor itu. Dia geram tetapi tidak tahu kepada siapa atau apa harus dilepaskan geram itu.

Doktor datang menghampiri Amar Amir.

“Encik Amar...”

Amar pandang doktor dengan wajah yang sayu.

“Jangan la gumpal kertas tu, saya belum fotostat kertas tu, nanti saya kena tulis balik kalau kertas laopran tu dah rosak, saya dah la banyak kerja,”

Amar sedar kesilapannya.

“Maaf...” Amar membuka kertas laporan doktor yang digumpal tadi. Kertas itu sudah keronyok, terkial-kial Amar cuba meratakannya kembali.

Doktor itu mengambil kembali kertas laporan yang sudah keronyok itu dengan muka mencuka. Amar Amir termalu.

Tapi bila dia memandang kembali bilik di depannya, malu terus hilang dan berganti duka.

Amar Amir hela nafas panjang.

Dia masuk ke dalam bilik.

Dia memandang isterinya, Ena, yang terbaring tapi tersenyum manis ke arahnya.

Segala duka di hati Amar Amir hilang. Walaupun mungkin untuk sementara sahaja.

#

“Babi!”

Kotak rokok Gudang Garam yang kosong itu dilempar jauh.

Firdaus “Pipiyapong” garu kepala.

Otaknya ligat berpusing mencari ilham di mana untuk mencari stok rokok seterusnya. Giannya terhadap rokok kretek itu mula datang.

Otaknya juga ligat memaki diri sendiri kerana tidak berfikiran jauh dan merancang stok rokok. Kini dia sendiri menanggung akibatnya. Dia sedang berkira dimanakah lokasi terdekat untuk dia mencari gudang garam.

Secara harfiahnya, dia sanggup bertarung nyawa untuk mendapatkan sekotak rokok.

Tiba-tiba datang rasa menyesal kerana baru semalam sekotak rokok telah ditukar untuk dua buku roti. Entah apa yang difikirkannya pada waktu itu. Memang perut lapar boleh membuatkan manusia bertindak di luar batasan. Menukar barang berharga seperti rokok misalnya.

Pipiyapong garu kepala.

“Woi lambat lagi ke?” jerkah Pipiyapong yang berdiri tidak jauh dari satu semak.

“Kejap la!” satu suara halus serak-serak basah membalas

“Tak boleh ke tunggu sampai kita jumpa stesen minyak?”

“Kejap la!”

Pipiyapong mendengus. Celaka. Kejap la, kejap la! Itu saja yang boleh dibalas? Tak faham ke yang hati dia sedang berperang, meroyan inginkan asap rokok.

Seorang budak perempuan, dalam lingkungan usia 13 tahun keluar dari semak.

“Dah basuh belum?”

“Dah!”

Budak perempuan itu terus berjalan. Pipiyapong memandang sambil geleng kepala.

Dalam kepalanya, suatu hari nanti, bila dia benar-benar terdesak, dia akan tukarkan budak perempuan itu dengan rokok. Mahu sahaja dia jual budak perempuan itu pada mana-mana bapak ayam yang masih meneruskan operasi perniagaan.

Baru padan muka budak perempuan itu menjadi pelacur pada waktu usia yang tersangat muda.

Dan baru padan muka Pipiyapong.

Dia tahu dia tak sampai hati hendak menjual budak perempuan itu. Dia pernah bertarung nyawa untuk menyelamatkan budak perempuan itu. Matanya mengerling ke arah budak perempuan yang sedang membetulkan beg ala bohemian yang tersandang di sisi bahu. Di tepi beg itu tersemat satu name tag – Fynn.

Pipiyapong dan budak perempuan itu berjalan beriringan, di tepi jalan yang penuh dengan bangkai-bangkai kereta, ada yang sudah rentung terbakar, ada yang sudah dirosakkan dan ada juga nampak elok tapi gayanya sudah tersadai lama.

Disebalik deretan kereta yang banyak di tengah jalan itu, tidak kelihatan langsung jasad manusia selain Pipiyapong dan budak perempuan itu. Namun Pipiyapong dan budak perempuan itu tenang berjalan menyusuri jalan seolah-olah pemandangan ini sudah biasa mereka lalui.

Dalam ketenangan itu, tangan Pipiyapong memegang erat tali senapang patah yang tersemat di belakang tubuhnya.

Di hadapan mereka kelihatan sebuah kota yang sudah musnah.

Dan sebuah papan tanda yang hampir jatuh tertulis – PETALING JAYA

Posted in fiksyen | 3 Comments »

spacer CERITA LAMA

April 4th, 2012 | Author: nazri

Saya tak pasti tarikh sebenar, tapi rasanya circa 2007 (atau 2008?)

Ketika itu saya baru sampai di Restoran Rasa Sayang yang terletak di jalan Yap Kwan Seng (sekarang sudah diganti dengan Restoran Tony Romas).

Ketika itu dua kenalan, Opie dan Bart sudahpun sampai.

"Eh, kata abang Aidit join?' soal saya.

"Dia tengah audition orang" jawab Opie.

Ohhh, saya angguk. Tak ada yang peliknya pada hemat saya kerana itu memang kerja dari dulu komposer Aidit Alfian

+++

Selang beberapa minggu kemudian saya kembali ke Restoran Rasa Sayang, juga bersama Opie, Bart dan kali ini disertai oleh beberapa orang lain, termasuklah Aidit Alfian.

Kami borak macam-macam benda. Dari benda entah apa-apa sampailah benda yang apa-apa.

Aidit, yang duduk di sebelah saya kemudian menceritakan hasil audition beliau dengan seorang gadis yang bermain gitar tempohari.

"bakat besar, boleh main gitar, gubah lagu," puji Aidit Alfian.

Saya angguk saja. "Apa nama dia?"

Abang Aidit jawab, memberikan satu nama.

Saya angguk. Tak pernah dengar nama tu. Malah balik rumah, saya dah lupa nama yang disebut oleh abang Aidit. Malah ketika bertemu Abang Aidit pada minggu seterusnya, saya tanyakan kembali apa nama awek yang dia audition haritu.

Dan Abang Aidit jawab lagi sekali "Ana raffali"

+++

Circa 2011

Nama Ana Raffali berkumandang sana sini. Beliau baru menang Anugerah Juara Lagu.

Di internet, rakan-rakan berseloroh mengenai siapa yang pernah ambil gambar dengan Ana Raffali.

Saya hanya tonton kemenangan Ana Raffali di live video internet. Saya senyum, dalam hati ucap tahniah, pada gadis yang namanya pertama kali saya dengar di restoran Rasa Sayang itu. Yang kemudiannya saya terlupa.

Saya tak pernah ambil gambar dengan dia. Walaupun sudah 2 kali membuat persembahan di MASKARA (rumah Pena).

+++

Tapi 31 Mac 2012, Ana Raffali kembali ke rumah PENA, ke acara MASKARA (mungkin buat kali terakhir?), mendendang beberapa lagu.

Termasuklah lagu tema dari sebuah filem yang gagal memikat penonton di pawagam.

Dan saya dipanggil duduk di sebelah beliau, ber pom pom pom pom.

+++

Saya tak tahu ke mana perjalanan seni muzik Ana Raffali, kerana saya yakin tiada siapa yang tahu selain tuhan. Tapi siapa sangka, malah saya tak sangka, nama yang saya dengar pertama kali dahulu, kini sudah jauh perginya. Malah mungkin, akan pergi lebih jauh. Dan secara peribadi, saya tak pernah menyangka akan duduk seiring di atas perntas ketika beliau membuat persembahan.

Pom Pom Pom Pom

spacer

Posted in jurnal | 4 Comments »

spacer CERITA KULI DIPAGI HARI

January 19th, 2012 | Author: nazri

Jam sudah hampir pukul 4, seperti biasa saya di depan komputer di tepi tingkap, hari ini cuba menghabiskan skrip yang bersusun-susun.

Selalunya pagi begini irama yang mengiringi kerja saya hanyalah deretan mp3 dari itunes saya dan orkestra geng anjing di kawasan perumahan orang asli berdekatan kondo saya.

Tapi pagi ini ada bunyi lain. Ada suara-suara orang yang agak tinggi volumne. Saya jenguk menerusi tingkap.

Terus ke bawah adalah jalan yang berhadapan dengan lobi blok kondo saya. Jalan itu gunanya untuk kenderaan penghuni kondo keluar dari kawasan parking bawah tanah mereka. makanya jalan itu bukan tempat untuk kereta parking, cuk

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.