Menara tertinggi di dunia Tokyo Skytree mula dibuka

  • zegxro
  • 0
  • Luar Negara
Tweet


spacer

SKYTREE kini menjadi mercu tanda Jepun menggantikan Menara Tokyo yang wujud sejak 1958.

TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam.

Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.
Sesetengah pelawat dilaporkan berbaris lebih seminggu untuk mendapatkan tiket ke situ walaupun cuaca Tokyo berawan semalam.

 

Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).
Binaan tertinggi di dunia ketika ini ialah Burj Khalifa di Dubai (828 meter).
Skytree bertindak sebagai menara pemancar bagi televisyen dan radio, selain menjadi tarikan pelancong. – AP

Credit – hmetro.com.my


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Tokyo Sky Tree Bangunan Tertinggi di Dunia
  2. Menara tertinggi dunia, Burj Khalifa dibuka
  3. Menara tertinggi di dunia
  4. Menara tertinggi dunia Burj Dubai ditutup
  5. Menara tertinggi dunia bakal dibina di Jeddah
  6. Ritz-Carlton hotel tertinggi di dunia
  7. Tokyo Catat Rekod Biskut Beras Terbesar di Dunia
  8. Menara Eiffel terima ancaman bom
  9. Menara 135m mercu tanda baru Langkawi
  10. lapangan terbang tertinggi di dunia akan dibina di china

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :) Cancel reply

 

Your email address will not be published.

spacer

@ Guna Facebook Comment di Bawah