Pelabur Underground

Share

“Tipu.”

Cakaplah begitu kalau kalian berjumpa dengan pihak yang menyatakan dia ada peluang pelaburan dan bisnes yang paling perfect. Bermula dari pelaburan emas & perak, hartanah, saham apatah lagi skim pelik-pelik yang banyak muncul di Malaysia. Sehinggakan beli emas pun ada yang percaya boleh dapat duit setiap bulan.

Sebenarnya tidak ada aset pelaburan yang paling sempurna. Kejayaan sesuatu pelaburan tidak datang kerana produk / aset itu sendiri. Tetapi ada banyak faktor seperti ilmu, masa dan modal.

Mari kita lihat.

Bayangkan kita ada banyak duit. Tetapi disebabkan kita kekurangan ilmu maka kita pasti sukar membuat keputusan yang terbaik untuk melabur. Malah, boleh jadi pening kepala sebab banyak sangat peluang tetapi takut kena tipu.

Begitu juga dengan masa. Sama ada ‘timing’ untuk beli atau pun masa untuk menguruskan sesuatu pelaburan. Maklumlah, kita ini orang besar dalam syarikat. Mesyuarat dan kerja sampai larut malam untuk selesaikan agenda syarikat. Mana ada masa untuk cari satu-satu pelaburan terbaik untuk diri kita.

Sama juga kalau tidak punya modal. Ilmu dah ada, masa pun ada. Tetapi duit cukup-cukup makan. Nak melabur bagaimana pula. Aduhai. Pening. Gigit bibir jelah sebab terlepas peluang.

Tapi Pakdi, ada orang cakap yang paling utama adalah tuah (luck).

Ya betul juga, sebab ini adalah definisi tuah yang saya pegang selama ini:

Skill + opportunity = luck

Saya perkenalkan rakan-rakan saya.

1. Tuan Bri; nak tahu pelaburan hartanah lelong & sekunder cari dia.

2. Zaidi Ismail; nak tahu cara manipulasi alat kewangan kawan dengan dia.

3. Ikram Adi; search sahaja di Google, pelaburan+silver.

4. Raja Kamil; nak tahu cara buat duit melalui internet inilah orangnya.

5. Wafi; hartawan silver berasaskan analisa teknikal

Mereka ini (dan saya sekali) bergabung dalam satu seminar yang dinamakan strategi pelabur underground. Saya seperti biasalah, berkongsi mengenai bagaimana prinsip kekayaan Nabi Yusuf dapat diaplikasikan dalam dunia pelaburan hari ini, khususnya berdasarkan strategi berkaitan saham indeks.

Seminar ini diadakan selama dua hari, dan kalian dapat bertemu dengan 5 lagi penceramah yang sama-sama berkongsikan pengalaman mereka.  Dengar kata ada 2 lagi penceramah jemputan untuk bagi kejutan kepada semua peserta.

Sangat sesuai kepada kalian yang mahu mendengar sedikit sebanyak peluang pelaburan yang ada di Malaysia sebelum mengambil keputusan mendalami lebih bidang tersebut dan menjadi specialist.

Tuan puan yang berminat boleh klik link di bawah untuk mendengar sendiri apa kata peserta-peserta lepas.

>> Strategi Pelaburan Underground

-

{ 0 comments }

$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

Share

spacer Peribahasa Melayu ada menyebut, “Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.”

Habis sahaja belajar, majoriti dari anak muda di Malaysia pasti berhutang. Kerja tidak sampai 3 bulan, sudah tambah satu lagi jenis hutang dan selalunya hutang kereta. Apabila ingin berkahwin, maka bertambah lagi hutang pembiayaan / pinjaman peribadi untuk menampung kos mas kahwin, hantaran, kenduri kendara dan seterusnya.

Isu hutang pendidikan, sama ada hutang PTPTN, hutang MARA, hutang yayasan negeri adalah isu yang banyak diperkatakan sekarang. Ada gerakan anak muda seperti #occupydataran yang sanggup tidur di Dataran Merdeka malah debat PTPTN antara Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli disiarkan secara langsung di ASTRO Awani.

Itu di Malaysia.

Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717. Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghapuskan hutangnya dalam tempoh 10 bulan.

Ya, dia mengambil tindakan yang drastik, ekstrem dan mengkagumkan untuk menyelesaikan hutang pendidiakn sebanyak $ 90,717 dalam tempoh 7 bulan! Lebih cepat 3 bulan dari sasaran asalnya.

Bagaimana dia melakukannya?

Satu, Cara Kedekut Macam Haji Bakhil

Antaranya:

1. Menggunakan semua simpanan.

2. Tidak keluar dating & tengok wayang.

3. Bawa bekal air keluar dengan kawan-kawan.

4. Tidak balik kampung untuk sambut raya (Krismas daa).

5. Tidak pergi parti bujang dan kenduri kahwin.

6. Meningkatkan kemahiran Do-It-Yourself (DIY) dalam pelbagai kerja rumah.

7. Tidak beli baju baru.

8. Tidak beli gajet baru.

9. Tidak simpan dalam KWSP versi Amerika (skim 401k)

10. Lambat bayar cukai (ya, dia kena penalti)

Dua, Cara Menambah Pendapatan

Antaranya.

1. Menyewa bilik lebih di rumahnya.

spacer 2. Pedi-cabbing (lihat gambar).

3. Bisnes lanskap.

4. Jual kereta kedua.

5. Jual motorsikal miliknya.

6. Jual basikal juga miliknya.

7. Garaj sale.

Fuh. Berpeluh juga.

Dia melakukan strategi kombo iaitu:

Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai

Jika dia mampu melakukannya, kenapa kita tidak? Kalau nak kira dalam Ringgit Malaysia, dia menyelesaikan hutang lebih dari RM 270,000 dalam tempoh 7 bulan.

Ya, untuk berjaya mesti memilih jalan ekstrem, dalam hal ini sama ada menjadi sangat kedekut untuk ada duit bayar hutang atau jadi sangat hebat dalam bisnes sampai tak perlu jadi kedekut.

Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. (Terima kasih Kak Kujie kongsi peribahasa yang menarik)

Ya, ia adalah pilihan kita. Jika kita mahu menyelesaikannya secepat mungkin kita pasti berjumpa jalan keluar.

InsyaAllah.

{ 2 comments }

Kisah Jutawan Kasut Online

Share

spacer Dua soalan:

1. Pernah tak beli kasut secara online?
2. Rasa-rasanya mustahil tak jual kasut secara online?

(Artikel ini merupakan sambungan kepada artikel: Kata-kata Bernilai USD 1 billion)

Saya sendiri tidak pernah membeli kasut secara online. Mungkin saya tergolong dalam golongan mereka yang masih mahu mencuba, memegang dan melihat sendiri kasut di kedai. Namun, masih ada orang yang tak kisah semua tu. Beli melalui katalog dan online sahaja pun mencukupi.

Mari kita lihat kata-kata Nick Swinmurn, pengasas Zappos.com, syarikat yang menjual kasut secara online:

“Footwear is a $40 billion industry in United States, of which catalog sales make up $2 billion. It is likely that e-commerce will continue to grow. And it is likely people will continue to wear shoes in the foreseeable future.”

Berikut adalah antara fakta penting mengenai Zappos.com:

1999: Bisnes cukup-cukup makan.
2008: Jualan mencecah $1 billion
2009: Amazon.com membeli Zappos.com dengan harga $1.2 billion.

Menarik bukan. Kisah zero to hero. Ada 3 perkara penting yang dapat kita belajar dari kata-kata tersebut:

1. Cari Pasaran / Industri Sedia Ada

Zappos tidak mencari pasaran baru. Mereka masuk dalam pasaran sedia ada yang bernilai $2 bilion, pasaran orang-orang yang membeli kasut secara katalog. Zappos bukan gergasi dalam pasaran $40 bilion tetapi akhirnya menjadi gergasi tersendiri dalam pasaran $2 bilion itu tadi.

2. Platform yang Lebih Murah

Internet telah mengubah budaya hidup tamadun manusia. Salah satu sebab Zappos dapat berkembang dengan cepat adalah kerana mereka menggunakan platform internet sebagai medium jualan utama. Justeru, kos operasi banyak dapat dijimatkan dan mereka fokus mengembangkan bisnes mereka berdasarkan budaya customer service yang terbaik.

3. Produk Yang Kita Guna Hari-Hari

Apakah yang bakal menggantikan kasut, selipar dan sandal?

Hmm… hmm… hmm….

Design kasut barangkali berubah-ubah tetapi manusia pasti memakai kasut setiap hari. Ia bukan satu produk roket sains. Ia adalah produk yang kita cari, paling kurang setahun sekali. (Musim raya atau musim buka sekolah)

Jadi, tiada yang mustahil.

Kita perlu sentiasa mencari jalan untuk menambah pendapatan walaupun ada orang kata itu adalah sesuatu yang mustahil seperti menjadi jutawan kasut dengan menjualnya secara online!

Bagaimana cerita ini dapat membantu kalian menjana pendapatan sampingan setiap bulan, khususnya setelah membaca 3 strategi menambah pendapatan bulanan yang telah saya tunjukkan dalam ebook Panduan CashFlow ?

{ 2 comments }

Beli Emas Dapat Duit Setiap Bulan

Share

“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.”

Ada beberapa cara terlibat dalam pelaburan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup. Antaranya:

1. Emas Fizikal

Beli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas.

Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.

Rujuk: www.pakdi.net/cara-membeli-emas-perak-patuh-shariah/

2. Akaun Pelaburan Emas

Beli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.

Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.

Rujuk: www.pakdi.net/akaun-pelaburan-emas/

3. Emas + Ar-Rahnu

Kalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah.

Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.

Rujuk: www.pakdi.net/hukum-pelaburan-emas-ar-rahnu/

4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa Malaysia

Setahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual beli di Bursa Malaysia. Wah Chan dan Habib Jewels masih Sdn Bhd. (Kalau saya tertinggal syarikat berhad dalam industri emas yang didagangkan di Bursa, tolong beritahu saya ya dalam ruang komen.)

Syarikat Poh Kong merupakan penjual emas dan barang kemas paling besar di Malaysia dan mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara. Beli saham Poh Kong Holdings Berhad dan kita berpeluang mendapat capital gain dari harga saham dan juga dividen tahunan. Saya ulang, dividen tahunan.

5. Skim Cepat Lingkup

Caranya, beli emas dapat dividen, duit dan pulangan x% setiap bulan.

Ini skim cepat lingkup. Emas fizikal tak beri dividen. Akaun pelaburan emas pun tak beri sebarang dividen. Kalau nak dapat dividen pun kena beli saham macam syarikat Poh Kong yang tersenarai dengan Bursa Malaysia untuk tujuan tersebut, tapi itu bukan beli emas tapi beli saham.

Kalau syarikat berkaitan emas yang paling besar pun cuma berani dan mampu beri dividen tahunan sahaja, kenapa boleh ada syarikat biasa-biasa yang nak janjikan pulangan dividen setiap bulan? Ia tidak masuk akal. Syarikat sebegitu adalah musang yang sedang membela ayam.

Apa yang sebenarnya syarikat sebegini jual? Emas ke saham?

Jika emas, mana emasnya? Jika emas tiada, emas tak boleh kita ambil maka itu sudah jadi transaksi / pelaburan haram di sisi Islam.

Kalau saham pula, adakah ia tersenarai di Bursa Malaysia atau mana-mana bursa saham lain ?

Apakah operasi sebenar syarikat tersebut? Terlibat dalam jual beli emas macam Poh Kong, Habib dan Wah Chan atau cuma sedang menipu orang ramai, penjawat awam dan makcik-makcik di kampung?

Modus operandi skim cepat lingkup bermula dengan model “pelaburan” semudah operasi skim Pak Man Telo dan Labu Peram. Kemudian disusuli skim forex, futures market, CPO, ternak lembu, rumpai laut, jala ikan, MLM dan kini pelaburan emas.

Tak percaya?

“Takkan dia tipu pula, sebab saya masih dapat duit tiap-tiap bulan Pakdi!” ujar seorang pegawai kerajaan.

Ok. Tiada masalah.

Pergi lah habiskan semua duit simpanan, duit simpanan nak pergi haji, pecahkan tabung anak, gadai tanah, buat pinjaman bank, minta duit & paksa emak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua masuk dan jumpa peneroka Felda dan orang kampung untuk terlibat dalam skim yang sama.

Pergi buat apa yang patut untuk terlibat dalam skim macam ni. Pergi buat untuk jadi kaya dengan jalan menipu. Teruskan mengikis duit orang lain.

Saya dah tegur dan ingatkan skim cepat lingkup sebegini melalui siri seminar, ceramah dan bengkel dan hari ini melalui blog. Saya cuma nak selamatkan diri saya, keluarga dan kalian yang mahu percaya sahaja.

{ 8 comments }

Testimonial Ebook Panduan CashFlow

Share

Berikut adalah emel yang saya terima mengenai ebook Panduan CashFlow.

Antara yang menarik adalah:

Satu daripada amalan yang saya praktikkan daripada 3 konsep yang diterangkan dalam ebook ini telah memberikan saya peluang untuk membeli gajet-gajet idaman saya yang bernilai lebih dari RM 7,000 dalam masa kurang 6 bulan.

Terima kasih & tahniah Tuan Aqif Azizan.

spacer

Baca bab percuma ebook Panduan Cashflow dan dapatkan 7 tips kewangan tambahan. Klik link di bawah untuk mendapatkannya:

Ya, saya mahu baca bab percuma Panduan CashFlow

{ 0 comments }

Rakan Bisnes Nabi Muhammad

Share

Sisi lain Nabi Muhammad saw adalah baginda merupakan orang bisnes.

Isteri pertamanya, Sayyidatina Khadjiah adalah jutawan Mekah. Dinikahi dengan maskahwin 20 ekor unta. Ketika baginda diangkat menjadi Rasulullah saw pada usia 40 tahun, maka urusan bisnes baginda dijalankan oleh rakan kongsinya iaitu …

al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi.

Ketika pembukaan Mekah, Nabi Muhammad saw bertemu dengan Sa’ib dan memperkenalkan kepada Sahabat yang lain:

“Selamat datang wahai saudaraku dan rakan bisnesku. Jangan bermain-main  dan cari pasal (dengan Sa’ib dalam urusan bisnes).”

(Direkodkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah, shahih pada nilaian al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi)

{ 0 comments }

Kenapa Harga Emas Jatuh?

Share

Saya tidak tahu.

Apa yang saya tahu, setiap yang naik pasti jatuh.

Harga emas jatuh ini menjadi perbualan ramai pihak. Bernama pun rajin tweet harga emas. Ho ho ho. Saya cuma nak berkongsi newsletter Robert T Kiyosaki ini kepada kalian semua.

Selamat membaca!

Conspiracy of the Rich; The 8 New Rules of Money
by Robert Kiyosaki
Online Exclusive Update – #117
May 17, 2012

WHY ARE GOLD AND SILVER FALLING?

While in Africa last week, I was asked, “Why are the prices of gold and silver falling?”

My answer was, “Because more people are selling than buying.”

Years ago, my rich dad said, “Most investors want to know the underlying reasons why prices are going up or going down. So they look in the newspapers or call a friend, and find a reason that makes them happy.”

Returning from Africa, I went looking for answers that made me happy. There was an article in the Wall Street Journal about the people of India not buying gold and that was the reason for the price of gold coming down. In another article, I read about the European crisis, more specifically the demise of Greece, as the reason for the prices of gold, silver, and oil coming down. Less people are buying and more people are selling.

Most people chase the ups and downs of the markets, investing for capital gains. In real estate, they are called “flippers” and in the stock market they are called “traders.” The most important question to ask is, “Why buy?” This question makes the most sense to me.

I have been buying gold since 1972. I began while flying in Vietnam. I am still a buyer of gold and silver, but not at the current prices. I am happy when prices come down because low prices give me a reason to buy. The same is true in real estate. When real estate prices were going up, idiots were buying and flipping houses they, themselves, could not afford to live in. When the market crashed, millions were crushed. Now is the time to buy, but it hard for most to buy when they are sitting on existing bad home-owner debt.

Most of you following my COR blogs know I buy gold, silver, and oil simply because I do not trust our government or corporate leaders. If I trusted the President, Congress, the Fed, or big banks, I would be holding dollars; but I don’t. With everyone printing money, savers of money are the biggest losers.

This is my reason for buying gold, silver, and oil when the price is right. What is your reason? Don’t buy or sell anything simply because you are following the herd. Do your own research, find your own reason, and do what is best for you. Everyone else is. That is why so many people are selling gold, silver, and oil, and why prices are coming down. They are simply doing what they think is best for them.

If the herd panics and begins selling in mass, I will once again begin buying, even more gold, silver, and oil.

Thank you for supporting COR.

Robert Kiyosaki

{ 4 comments }

← Previous Entries

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.