Dari seorang Blogger kepada seorang Entrepreneur dan Investor.

About

spacer Fauzi atau juga dikenali dengan nama pena CypherHackz, merupakan penulis dan pemilik BlogAku.Net, sebuah blog peribadi yang mengisahkan mengenai pendapat dan pandangan beliau dalam kehidupan seharian. Pelbagai isu semasa, hiburan, sukan dan sebagainya diolah oleh beliau sendiri agar pembaca dapat memahami apa yang beliau lihat dan nampak daripada kaca mata beliau sendiri.

Blog pertama beliau, CypherHackz.Net, sebuah blog teknologi yang dibuka pada tahun 2005 merupakan permulaan ke atas segala-galanya. Bermula daripada situlah lahirnya BlogAku.Net ini dan juga beberapa buah blog lain yang turut dikendalikan oleh beliau sendiri.

Di antaranya adalah, Ubuntu Newbie Malaysia, sebuah blog yang mengisahkan mengenai tips-tips bagi pengguna-pengguna yang baru mengenali Ubuntu. Beliau juga turut berkongsikan pendapat dan panduan beliau di Pengendali Blog. Blog ini merupakan blog yang khusus kepada mereka-mereka yang ingin mengetahui apakah tips-tips yang berguna bagi menjadi seorang blogger yang berjaya.

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau ingin menghubungi beliau, anda boleh menggunakan form yang telah disediakan di laman Contact ini. Tidak dilupa juga, anda adalah digalakkan untuk melanggan RSS feeds BlogAku.Net bagi memudahkan anda mendapat sebarang update terkini daripada blog ini.

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.