spacer

Mana satu pilihan hati....

spacer spacer spacer spacer spacer
spacer
spacer

Monday, 28 February 2011

Seronok guna kad kredit?

spacer Gambar dari On-line Warkah Daily

Menggunakan kad kredit memang seronok kalau anda dapat:
1. Bayar semula pada bank berapa jumlah penuh yang anda guna setiap bulan.
2. Bayar tepat pada masanya. Baca Suka bayar lambat!

Tapi apa yang berlaku sekarang?
Ramai yang kantoi. Anda memang kantoi bila :

1. Bayar sebahagian daripada jumlah dalam penyata akaun.
2. Kad sudah 'over limit'
3. Cuma bayar 'minimum payment'
4. Mula tertunggak 1-2 bulan
5. Buat pengeluaran tunai melalui kad kredit
6. Berhutang lebih daripada 2 kad
7. Disenarai hitam

Maknanya anda memang tidak berkelayakan untuk menggunakan kad kredit.
Apa nak kena buat? Kalau aku le untuk elak daripada tambah hutang.
1. Kita bakor je! Bakar kad tu le... dah terikut pengaruh Hantu Kak Limah pulak.
2. Gunting je kad kredit tu.
3. Tinggalkan kad kredit tu kat rumah.

Buat apa lepas tu?
1. Bayar hutang sampai habis, cuba bayar lebih daripada minimum!
2. Bila dah habis bayar, terus pergi bank dan batalkan kad tu! Jangan pakai kad kredit dah

atau bacalah kejap Hargai gaji anda!

Ini data aku sendiri ;
Mereka
yang call aku kerana nak bertanya tentang refinance kad kredit!
1. 90% daripadanya adalah lelaki. Wanita kurang guna kad kredit ke?
2. 99% adalah dari golongan yang bergaji antara RM1,000 ~ RM3,000.
3. Ada seorang ni masih bujang, gaji lingkungan RM1,000, tak ada tanggungan pun tapi jem nak bayar kad kreditnya yang had maksima cuma RM3,000. Tabiat buruknya suka keluarkan tunai guna kad kredit! Masalah tak akan selesai jika sikap tak berubah!

Baca fakta kad kredit di Online Warkah Daily.

p/s : Alhamdulillah kalau anda bijak menguruskan kad kredit anda! Ianya memudahkan jika digunakan dengan betul!

11 Comments:

spacer
Hanis Azla said...

Alhamdulillah, dah lama dah tak guna kad kredit time shopping.. guna kad kredit pun untuk isi minyak dengan beli tiket air asia aje..

spacer
Fairus Bin Mamat said...

DULU GUNA JUGAK.. SEKARANG TAK LAGI.. TAKLEH NAK CONTROL..

spacer
Kujie said...

had kad kredit kak jie 11K , satu kad lagi 7K

kalau lah ikut nafsu.........terlingkut semua tu.

tapi tak pernah sekali pun keluarkan cash guna kad kredit.
tak pernah beli barang kat supermarket guna kad kredit.... isi minyak dgn beli online, tiket kapalterbang atau tiket wayang ( sebab nak buat tempahan)

memang melawan nafsu betul ni..sebab dulu dlm thn 90'an ada juga pengalaman tak boleh kawal tapi tak de la serius mana, cuma bila ekomoni gawat masa tu, sakit.....

pengajaran dari pengalaman....

tiap bulan bayar satu kad tu rm 50+ ( bayar insuran melalui kad kredit)

satu kad lagi memang total statement penggunaan petrol.

mungkin dah matang - jadi boleh kawal....yang seriau xcluse muda yang baru kenal dunia.

spacer
-Sara- said...

mase swept mmg best, xingat donia! mase bayor tu yg xbest, menggigil2 tangan nih! haha :P

spacer
ummiross said...

Hehe bakor je...
hantu kak limah xpe lagi, hantu 'kak kredit' lagi bahaya..

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.