About

  • Tweet
  • Tweet

spacer

Doktorcinta.com merupakan sebuah laman blog luahan hati, perasaan dan penyelesaian masalah serta tips dan tricks berkaitan cinta.

Kadang-kadang terdapat masalah yang tentunya diri kita sendiri pun tidak boleh tanggung dengan sendirinya dan perlu diluahkan atau dikongsi. Lebih lebih lagi apabila ia berkaitan dengan hati dan perasaan. Keperitan dan bebanan yang ditanggung tentunya lebih besar jika disimpan dan dibiarkan sendirian. Oleh itu, kami disini sedia membantu walau sejauh mana besar mahupun kecil masalah yang anda ingin kongsi bersama.

Sebarang luahan perasaan yang kami terima akan dilayan sebaik mungkin selagi berlandaskan jalan yang betul dan tidak jauh menyimpang dengan tujuan asal blog ini.

Juga ingin diberitahu bahawa “doktor-doktor cinta” yang kami ada sekarang sedikit pun tidak berkelayakan dan hanyalah bertujuan untuk menolong insan-insan lain yang lebih memerlukan dari segi pandangan dan nasihat. Boleh baca disclaimer kami di sini. Banner official doktorcinta.com juga boleh diambil untuk diletakkan dimana-mana yang korang rasa sesuai. Promosikan kami! Boleh ambil html code banner2 kami di sini.

Luahkan masalah anda di sini dan mungkin kami boleh membantu dari segi nasihat dan juga jalan terbaik untuk penyelesaiannya.

Semoga laman blog ini dapat membantu anda di dalam perhubungan sedikit sebanyak ke arah yang lebih baik, diredhai dan diberkati.

Kami mendoakan hasil yang sebaik mungkin akhirnya kelak. AMIN.

Email : doktorcinta.com@gmail.com

Facebook fan page : facebook.com/doktorcintablog

Twitter : twitter.com/doktorcintablog

Luahan Masalah : www.doktorcinta.com/masalah