Posted by Sir Marcello on Saturday,30 July, 2011 in My Escapade
Lambat pula aku nak update entry untuk My Krabi Escaped 2011, nie semua pasal kekalahan Harimau Malaya tempohari. Rasa lemah jer jari jemari nie nak menaip. Okay, bulan puasa pun nak dekat, dah banyak entry lain terpaksa aku hold atau biarkan begitu sahaja. Jadi aku ringkaskan untuk perjalanan kami yang berbaki 3 hari ini dan muatkan dalam satu entry. Boleh kan?
Day 3: Jalan-jalan Di Krabi Town
Pada mulanya kami bercadang nak cuba Island hopping, walaupun masing-masing duit poket dah makin susut. Macam biasalah, kami dapat harga yang agak menarik untuk pakej ini. Krabi nie menarik sebab menjadi hub untuk ke pulau-pulau indah seperti Four Islands, Phi Phi Island, James Bond Islands dan sebagainya. Kebetulan auntie di motels kami menginap nie tau tentang planning kami nak ke Four Islands, maka beliau pun menawarkan pakej yang menarik. Kalau tak silap aku 650 Bhat (RM65) berbanding pakej asal yang mungkin menelan kos 1000 Bhat (RM100). Apakan daya, cuaca tak menyebelahi kami. Laut bergelora, maka terbatallah planning kami untuk island hoping.
Disebabkan perkara ini, kami memutuskan untuk menyewa motorsikal dengan sewaan paling minima 140 Bhat (RM14) untuk melawat Krabi Town. Sewaan ini berdasarkan tempoh 24 jam, murah bukan? Tapi, ingat! Minyak petrol di Thailand adalah antara tertinggi.
Seperti aku maklumkan sebelum ini, Krabi Town tiada apa-apa yang menarik selain kemeriahan orang tempatan yang sibuk dengan urusan harian mereka. Kami habiskan masa dengan melawat beberapa tempat yang mungkin sesuai untuk sesi bergambar. Di sebelah petang, lewat matahari hampir bertukar shift dengan sang bulan. Kami pulang ke Aonang Beach dan terus melepak di tepi pantai. Di pantai ini tiada apa yang menarik, sekadar boleh berjalan-jalan di pesisirnya ataupun melawan ombak jahat. Kami juga sempat bermain bola sepak pantai bersama pelancong dari Bangkok, Thailand.
Day 4: Night Market at Krabi Town
Hari terakhir untuk berfoya-foya, kami memutuskan untuk kembali ke Krabi Town untuk bermalam disana agar mudah untuk ke airport keesokkan harinya. Perjalanan dari Aonang Beach ke Krabi Town menaiki Teksi? Tuk Tuk? entah apa namanya mengambil masa 30mins – 45mins. Kami menetap di sebuah hotel yang agak mahal ratesnya bagi para backpakers (ini kes malas dah nak cari motel) berharga 1100 Bhat (RM110) semalam untuk dua orang sebilik. Tapi, memang not bad lah biliknya. Memang best, puas hati keluar duit lebih.
Lokasi hotel kami memang strategik, memang berhadapan dengan tapak night market. So, lewat petang hingga ke malam dihabiskan dengan mencari cenderamata dan makanan yang sedap-sedap. Tapak night market ini tidaklah sebesar mana, tapi adalah antara lokasi yang terakhir perlu dikujungi saat ingin pulang ke tanah air. Beroperasi dari Jumaat sampai Ahad sekitar jam 5pm – 10pm.
Day 5: Bye Bye Krabi
Sebelum pulang, kami sempat singgah di sebuah outlet menjual barangan cenderamata – Farm Outlet. Tapi barangan kat sini boleh tahan mahalnya, semestinya fixed price tanpa boleh tawar menawar. Nasihat aku, belilah cenderamata di Aonang mahupun Night Market Krabi Town, murah dan boleh ‘ketu’ kaw-kaw punya.
Nota Kepala Kombat:
1. Bagi aku, kalau nak ke negara Asean nie elok bawa RM1k++ baru puas hati. Lagi best kalau duduk lama sikit, 5D4N paling ideal.
2. Kamera paling penting kalau pi mana-mana, tak kisah kompak atau yang overpriced tue.
3. Pergi dalam kumpulan agar mudah nak buat apa-apa aktiviti selain isu keselamatan.
4. Next backpack project? Vietnam-Cambodia
5. Mungkin akan turun ke Jakarta seorang diri..sekadar merasa tanah orang~
15 Comments
wahh..leh sewa skuter tu..
titan recently posted..Isu Ujikaji 100 artikel dalam 1 hari..gagal atau berjaya?
yup…paling kecil skuter..paling besaq macam virago tue…kalo ada superbike…mmg aku dah sewa~
pinjam moto ke…bukan sendiri
punya ke bawa naik kapal terbang.
lain kali jangan lupa bawa aku sekali.
nak pergi hong kong atau korea selatan.hehe..
wah kalo nak ke korea or hong kong…kena bawa lebih 2k…baru seronok…huhuhu
katanya ground floor ke Krabi ni mahal.. resort2 tepi pantai tu mahal2 ke?
madammondoq recently posted..Salam Ramadhan Dari Madammondoq
of course mahal! tue sesuai untuk yg nak honeymoon…view dia pun cantik…
tapi like I said before, yang nak main secara bajet/backpackers…dok motel jer cukup…mat salleh pun dok motel jer…
wah, seronok KA kalau dapat naik skuter tu..
Kamarul Azri™ recently posted..Komen tertinggi: Julai 2011
naik skuter…pusing satu town..mmg adventure~
saya nk tnya..taw x package mana yg murah utk ke krabi?kalau taw mintk tlg gtaw ea..trima kasih..:)
oh sorry cik iena…aku kesana secara backpack…beli ticket flight jer..sampai kat sana baru cari map etc..
try lah matta fair..rasanya krabi ada good package untuk ke sana~
eh eh..apa nama company yg makcik tuh suggest..aku nk try hooping island ngn rate tuh..ssh nk dpt rasanya..detail bro..
pG recently posted..Tsunami OBES!!!
company name? not sure…tapi mana2 penginapan mesti tahu mana2 agent yang best2…
salam bro…
sy plan utk honeymoon ‘singkat’ 3hari 2 mlm ke krabi
tiket n penginapan dah booking.sy bminat dgn water rafting
boleh bg info- bpe lama, harga…tqvm
am recently posted..KECIL TAPI DEWASA
hurm…nak ingat harga tue payah sikit…rate nie ikut musim..
kalo musim ramai pelancong..tak mustahil rate dia melambung tinggi…
tapi seperti yang aku maklumkan…cuba deal dengan sebaik mungkin…minta harga yang paling berpatutan…
dan kalau tak silap aku..banyak agent..so kena pandai cari dan tawar menawar…melalui pihak penginapan pun mesti ada juga kan?
dan jangan lupa tanya…untuk pakej skeian2 berapa jauh jarak rafting tue..macam aku dulu..masa mula2 dia bg dalam 2.5 km…so masa sampai..dia ada bagi tahu..nak tambah jarak like 1.5km etc…kena tambah duit…so be prepare…
salam u. how can i contact u about this krabi island. i need ur help